Monday, July 27, 2009

Here's A Thing...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Here's a thing that a boyfriend or girlfriend should know which is we the Muslim or Muslimah are banning couple who always hook up before they are married, even with 1ooo friends with them or their whole family are there too.

Don't you guys knows that if you never see you future husband or wife before married it will be one of the great nikmah that a newlywed people will have. Here are the tips for the people who are in those situation:

BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??

BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.

WOMAN : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

GIRL : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly.What do u think, Peter?
BOY : A bit of both. I think you're pretty ugly.

GIRL : "...And are you sure you love me and no one else ?"
BOY : "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

~true love waits~

*******

Pepatah Tuah: Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, July 20, 2009

Khadijah Isteri Nabi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

"WANITA penghuni syurga yang paling mulia ada empat orang, iaitu Khadijah binti Khuwalid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiyah isteri Firaun," sabda Rasulullah s.a.w. sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abbas.

Terdapat ramai wanita utama di dunia ini, tetapi mengapa Allah memilih empat peribadi ini? Apa keistimewaan mereka? Ternyata mereka mewakili keempat ciri keperibadian seorang wanita yang wajar mendapat penghargaan, malah oleh masyarakat moden seumpama hari ini.

Tentang keutamaan Khadijah di sisi Allah, sememangnya tidak perlu diragukan lagi. Beliau adalah manusia pertama yang mengakui kenabian Muhammad s.a.w. Ia merelakan seluruh hartanya yang berlimpah ruah digunakan untuk menegakkan syiar Islam. Ia juga membaktikan jiwa dan raganya, sehingga Allah mentakdirkan ia meninggal tanpa sempat menikmati sinar-sinar kejayaan Islam. Dari celah-celah kisah hidupnya yang amat mulia itu, kita akan menjumpai satu keperibadian yang jarang dimiliki oleh kaum wanita:

1. Tokoh Masyarakat:

Ia disunting pertama kalinya oleh 'Atiq bin 'Abid. Apabila suami meninggal dunia, ia kemudian menikah dengan Abu Halah. Tetapi sekali lagi terpaksa menjanda apabila suaminya ini juga meninggal. Setelah itu ramai tokoh masyarakat Quraisy yang datang melamar, namun semua ditolaknya secara halus. Kedudukannya di tengah masyarakat Quraisy sememangnya amat dihormati. Ini bukan disebabkan oleh keturunan atau harta, melainkan kerana keperibadian dan budi pekertinya yang luhur. Ia bahkan dikenali dengan panggilan "at-Thahirah", yang bermaksud Wanita Suci.

2. Gigih Bekerja:

Masyarakat mengenali Khadijah sebagai usahawan yang berjaya. Selain memiliki hamba laki-laki dan perempuan, Khadijah juga mempunyai ramai pekerja yang bertugas untuk menjualkan barang-barang dagangannya ke luar negara. Apakah kejayaan itu ia peroleh dengan cara mudah? Tentu sahaja tidak.

Sebagaimana peniaga lain yang terpaksa melakukan perjalanan jauh mencari barang-barang yang bermutu untuk diperniagakan, maka Khadijah juga melakukan hal yang serupa. Selain cekap menghidu peluang, peniaga juga perlu pandai menjalin kerjasama dengan kakitangan mahupun pelanggan.

3. Berani dan mempunyai keyakinan diri:

Sebagai isteri, Khadijah memberikan sokongan penuh kepada Muhammad untuk menempuh jalan kebenaran, sekalipun terpaksa melawan arus dan adat resam. Tindakan suaminya untuk menyendiri ke gua Hira' misalnya, termasuk tindakan sangat aneh dan boleh dianggap tidak mendatangkan manfaat dari segi nilai ekonomi. Apa rasionalnya seseorang meninggalkan kehidupan yang tenteram bersama anak isteri dengan harta yang berlimpah, kemudian mengasingkan diri di sebuah gua di puncak bukit di tengah padang pasir yang tidak berpenghuni selama berhari-hari.

Tetapi tanpa berasa khuatir tentang ejekan orang lain, Khadijah dengan setia menguruskan keperluan suaminya selama berkhalwat di gua Hira'. Jika bekalan habis, Khadijah akan menghantarkan tambahannya, dan ia terpaksa mendaki bukit yang terjal yang miringnya hampir 45 darjat. Malah ada kalanya Khadijah menemani suaminya dengan mendirikan khemah tidak jauh dari gua tersebut. Khadijah melakukan semuanya itu hanya dengan satu tujuan; mencari kebenaran yang secara logiknya mustahil dijumpai tengah-tengah bangsa mereka yang jahiliah itu. Satu hasrat yang tak mudah difahami orang lain, namun Khadijah berani menghadapinya!

4. Tempat Mengadu:

Usia dan pengalaman hidup menjadi pendorong sikap penyantun dan watak keibuan dalam dirinya. Ketika menikah dengan Muhammad ia usianya 15 tahun lebih tua, dan telah menikah dua kali serta mempunyai anak. Secara psikologi, keperibadiannya yang keibuan dan penyantun itu memancarkan sifat keibuan yang tidak diperoleh secara sempurna oleh Muhammad selama hidupnya.

Secara fizikal dan psikologi Khadijah memang memiliki banyak kelebihan. Keadaan ini terpancar semasa Muhammad mengalami kejutan kerana datangnya wahyu. Khadijah justeru bertindak sebagai penyelamat yang menguatkan semangat Rasulullah. Bagaimanapun sebagai isteri solehah, ia tetap bersikap taat pada keputusan-keputusan suaminya dalam urusan rumah tangga mereka.

Keempat-empat keperibadian Khadijah ini adalah keperibadian yang sewajarnya ada pada setiap kaum Muslimah yang akan membawa pemiliknya menuju syurga, sekiranya dimanfaatkan dengan baik. Dunia Islam hari ini memerlukan watak-watak seumpama ini bagi membolehkan muslimah yang aktif dan dinamik mewarnai masyarakat Islam hari ini.

Tuah selalu terbayangkan adakah lagi wanita seperti Khadijah di zaman ini? Kalau masih ada tunjukkan di mana rumah orang tuanya pasti kan ku pinang tanpa menunggu lama, (tapi suruh abah dan umilah yang pinangkan). Dia bukan sahaja seorang isteri yang solehah dan hamba yang taat tetapi contoh tauladan walau kepada yang bukan Muslimah.

Wallahualam.
~badgirl gone good~

*******

Pepatah Tuah: Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, July 17, 2009

Oh English, Oh Writing...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Some people said to be good in learning something one must pactice according to a saying: practice make perfect. And to be good speaker one must practice to speak. And to be good in writingone must practice writing.

So, to improve my writing technique I will keep writing something, anything including poet or short story. In order to improve my writing technique in English I will write an English post some time when I have the mood, hehe. Because. usually I will automatically use English if I have to use it like in exam or interview, or when I want tospeak with people who not familiar with Bahasa Malaysia or don't even know that language, poor them.

I also will use English if I am mad. If you notice that I use English when I speak or writing before that's mean I am mad at that precise time. Well, not everytime but most of the time. I don't know why I don't when it has began. Some people also said that if you already master one language you will use that language in your dream. But, i'm not sure about that.

But, by just only practice will not improve my technique without correction of my mistake if there any, I think. So that, please help me improve my 'capabalities' in writing by teach me anything that will help me for improvement. I will be ready to be your student, my master.

So, that's all for now. Keep in touch and take care. Astalavista.

~it's been a long time ago since I make a composition on paper~

p/s: remedial exam is still on, help me!
*******

Pepatah Tuah: I am nobody + nobody is perfect = I am perfect...hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, July 14, 2009

Bring Islam Back, Bring Islam Back

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Buka berita atau baca paper online atau laman2 Islamik sekarang tengah panas dengan 2 cerita:

1-pembunuhan wanita Mesir bernama Marwa Al-Sherbini di dalam mahkamah di negara Germs,
2-pergolakan dan pembunuhan ke atas umat Islam di wilayah Xinjiang, China.


~Al-Fatihah buat Marwa Al-Sherbini,
semoga diletakkan bersama para syuhada'~


Kes Marwa ni Tuah tengok kat artikel Dakwatuna bertajuk 'Islamofobia Terjadi di Jerman' 4 hari lepas kot, dan kes Xinjiang ni kat Utusan Online bertajuk '140 Terbunuh di Xinjiang' lebih kurang seminggu lepas. Masa tengah sibuk nak remedial exam ni Tuah taknak pula ketinggalan dengan isu2 semasa dunia ni.

Masa baca kes Marwa ni Tuah memang panas gila2 sampai buat shout-out kat YM nak bagi tahu suma orang pasal berita tu sebab takde masa nak buat post masa tu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa marah dan sedihnya Tuah baca kisah tu. Nasib Tuah ni bukan yang jenis suka menangis, kalau tak memang menangis juga masa tu.

3 perkara yang menyayat hati masa tu:

1st, kerana wanita tu dipanggil terrorist hanya sebab memakai tudung.

2nd, wanita tu dibunuh dengan 18 tikaman selepas berjaya mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah sejati yang memakai tudung demi Allah setelah menang saman ke atas lelaki tersebut.

3rd, sebab apa polis tak tolong masa Marwa ditikam depan mata diorang tu, malah apabila suami Marwa tu nak tolong dan kena tikam juga 3 kali, kena tembak pula di kaki oleh polis yang buat bodoh taknak tolong. Bukannya nak tolong lagi dia tembak suami Marwa tu. Alangkah bangsatnya semua polis yang ada masa tu yang boleh tolong tapi tak tolong.

Pasal kes kat Xinjiang ni pun satu hal. Bermula dengan rusuhan yang berpunca dari satu demonstrasi aman tapi tiba2 jadi teruk. Selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan China. Ada seorang pekerja perempuan yang disepakterajang oleh rakan sekerjanya berbangsa Han yang tak tahu pulak apsal disepaknya perempuan tu sampai mati pulak tu.

Memang tak paham dengan perangai diorang ni. Tapi memang Rasulullah dah bagi tahu dulu yang musuh Islam ni takkan puas selagi umat Islam ni tak ikut cakap mereka, tak ikut agama mereka. Satu lagi hadis riwayat Imam Abu Daud r.a. yang ni:

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadiri makanannya".

Mereka bertanya:" Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "malah kamu ramai, tetapi laksana buih di lautan, dalam hati mereka para musuh kamu tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit wahan,"

Mereka bertanya:" apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?.
Jawab baginda;" perasaan cintakan dunia dan takutkan kematian."

Maka, marilah bangkit saudara2ku di seluruh dunia dari tidurmu yang sudah lena sekian lama. Seperti lagu Soldier Of Allah 'Sleeping Gient':

The poison is injected,
The giant is asleep,
He’s chain into sections,
To keep him off his feet,
The mission is forgotten,
The bond is getting weak,
Wake up oh Muslim Ummah,
Before we face the hea
t.

Jom pemuda pemudi Muslimin wa muslimat sekalian, ayuh bangkit bersama Islam. Kita tegakkan kembali sistem Khalifah yang telah terbukti berjaya membela nasib umat Islam di zaman kegemilangannya dulu. Umat Islam takkan lagi dimalukan di muka bumi ini lagi, amin.

Bring Islam Back, Bring Islam Back

~khalifah pembela ummah~

*******

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, July 13, 2009

Soal Jawab Kesihatan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Dalam satu temubual bersama Doktor Shahab yang baru wisuda dari Fakulti Perubatan Universiti Padjadjaran, Tuah sempat bertanya beberapa perkara mengenai kentut:

Tuah - T
Doktor Shahab - S

T: Dari mana datangnya gas kentut?
S: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.


T: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
S: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida danmercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.


T: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
S: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah gosip terhadap pipi punggung.


T: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
S: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur.

Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak.

Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


T: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
S: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.


T: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
S: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.

Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.


T: Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
S: Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.


T: Soalan terakhir dari saya, adakah khabar angin yang mengatakan bahawa sesetengah orang tak pernah kentut seumur hidup mereka?
S: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Berikut tamat soal jawab bersama Doktor Shahab yang boleh di dapati di sini.

~fire-fart, fuyooooo!~

p/s:
1) post ni ditujukan kepada mereka yang 'kaki kentut' contohnya ex-roomy 43, wakaka!
2)hari ini birthday Tajul yang ke 57, wuhuuu! takde telur dengan tepung ke?
3) semua budak tak remed dah balik, huhuhu! aku?

*******

Pepatah Tuah: Membujur lalu melintang pukang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, July 10, 2009

Filem The Movie

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Kalau ditanya atau jika diajak menonton panggung wayang gambar di pawagam dan yang nak ditonton tersebut adalah filem Melayu atau Hindi atau Cina mesti Tuah balas, 'Sorry, Tuah layan cerita Barat je'. Bukan nak merendah2kan atau 'pilih bulu' (bulu apa yang nak dipilih pun) tetapi seriously Tuah dah muak dan bosan dengan filem2 selain dari Barat ni. Banyak kriteria yang Tuah tengok pada satu2 movie baru Tuah berani luangkan masa nak tengok, samada di wayang atau di rumah dengan DVD sahaja.

Setelah dilakukan penelitian dan perincian, telah Tuah kenal pasti kelemahan2 yang terdapat dalam filem2 atau drama2 Malaysia, Cina dan Bollywood yang sehingga menyebabkan Tuah taknak dah tengok cerita2 tersebut.

Mula2 ceritaMelayu:

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:

a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu.

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya dia yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon complaint kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. (Topi kuning utk pekerja buruh la bang).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib: "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". (Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia, memang penonton atau pesakit tak faham, tapi terangkanlah, sebagai ilmu tambahan).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat rumah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot).

9.Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakairantai dan pakai bracelet.

10.Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

~Sembilu 1 & 2: box office kat Malaysia, takde filem Malaysia yang dapat pecah rekod ni~

Filem2 Cina pulak:

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat Hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. (Tak seram pun).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

~Crouching Tiger Hidden Dragon: favorite movie ~

Kalau filem India/Hindustan pulak:

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur English dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha...bla...bla...bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita dah boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Pendek kata, semua cerita depa ni stereotype. Bosan gila, buat masa tenaga dan duit sekali. Tapi, satu je kelemahan cerita Barat ni, mesti ada babak yang lucah at least peluk cium yang paling sedikit 3x. Tapi, kan boleh forward benda tu, jangan sengaja tak forward plak. Pandangan pertama rezeki, selepas tu bala. Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem dan penonton2 yang ingin memilih filem yang mahu ditonton sebentar lagi, kalau ada.

~Kabhi Khushi Kabhie Gham: filem Bollywood yang mendapat perhatian Tuah nak tengok 2x~

*******

Pepatah Tuah: Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, July 3, 2009

Pantun Lah Pulak

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Dah dekat seminggu takde post baru kan? So, ni Tuah nak kongsi sikit perasaan menyesal yang tak sudah kerana telah bukan sekali dua tapi banyak kali telah lalai dalam menunaikan rukun Islam ke-2 ini. Well, sebahagian kita kalau tak sekarang tapi masa zaman 'jahiliah' dulu mesti selalu atau pernah tinggal solat dengan sengaja, separuh sengaja atau tak sengaja. Maka, tiada cara lain untuk menghapuskan dosa meninggalkan solat ni melainkan taubat nasuha. Hanya Allah sahaja yang mampu menerima taubat kita ni.

Kalau difikirkan sejenak 2 jenak memang pelik kenapa kita boleh tertinggal solat lima waktu ni. Bukan susah atau lama mana pn solat ni. Tapi, kalau hal dunia 90 minit pun kita boleh tunggu (for football fan lah). Untuk mereka yang dah mula terasa2 ni Tuah sediakan pantun ini untuk pedoman dan renungan kita bersama. Semoga kita akan lebih tekun lagi menunaikan perintah Allah ini dan yang lain2nya, amar makruf nahi munkar.

Pantun Apasal Lah Aku Malas Sembahyang

Apasal lah aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la ak malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nakmat kenapa aku tak kenang...

Apasal lah aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balung sorang-sorang....

Apasal lah aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!

~walau hidup seribu tahun kalau tak solat apa gunanya~

*******

Pepatah Tuah: Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal ketiak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, June 27, 2009

Kisah Tuah Dan Teman Beliau

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sebulan lagi nak balik Malaysia. 2 bulan lagi nak masuk bulan Ramadhan. 3 bulan lagi nak masuk bulan Syawal. "Alangkah indahnya saat ini," kata Tuah ketika melihat kalendar di desktopnya. Semua tarikh2 penting sudah beliau marked dengan niat untuk menaikkan semangatnya yang kini sedang dilanda masalah homesick yang paling teramat sangat.

Andai result masa judicium 1 untuk final yang baru lepas ini tidak meng'izin'kan beliau untuk remedial test pasti dia boleh pulang awal dari tempoh masa sebulan. However, beliau sudah membeli tiket untuk pulang sebulan lagi, dengan niat untuk mengadakan suatu ekspedisi menjelajah Bandung atau Jakarta bersama2 rakan yang tidak remedial tetapi akan stay back untuk pulang menemani rakan2 yang remedial. "Who with me?" he asking all his friends when he mentioned all his plan during dinner last night.

Apabila ditanya oleh teman mengapa tidak bercadang untuk pulang awal jika tidak perlu remedial exam, beliau menjawab, "bukankah banyak benda yang bermanfaat boleh dilakukan disini seperti bersilaturahim dengan teman2 ikhwan Indonesia yang mana tidak terdapat di Malaysia". Tambah beliau, ini merupakan peluang yang ditunggu2 selama ini yang tergendala dek peperiksaan yang memakan masa sebulan termasuk studyweek.

Apabila ditanya apa result yang beliau target untuk exam kali ini, dengan tanpa berfikir panjang beliau menjawab, "walau apa pun resultnya hamba terima seadanya, asalkan semuanya A atau paling kurang pun dapat pointer 4 flat. Sama ada result itu baik atau buruk semuanya merupakan ujian daripada Allah,. Bukan sahaja gagal dalam peperiksaan tetapi cemerlang juga ujian dari-Nya. Seperti dalam Surah Al-Anbiya' ayat 35 (21:35) yang maksudnya, "Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan." Tercengang sambil ternganga mulut teman beliau apabila mendengar yang kebaikan juga cubaan dari Allah.

Untuk menutup atau mengurangkan kadar keterbukaan mulut teman beliau itu lantas beliau pula bertanya, "pernah dengar istidraj?" Maka di jawab teman beliau itu, "tidak wahai Tuah, tidak pernah hamba dengar seumur hidup hamba. Cuba tuan hamba khabarkan kepada hamba apa kebendanya maksud benda alah tersebut."

Dengan mengerutkan dahi beliau cuba untuk mengingatkan kembali maksud istidraj yang beliau pernah ditugaskan untuk hafal oleh ustazah yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah menengah beliau dahulu. Setelah pasti dengan maksud istilah tersebut maka beliau menjawab, "merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini, pengarang kamus ini berkata Istadrajahu membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya."

Tambah penulis tersebut, jika dikata "Istidrajullah al-abda" yang bermaksud Allah meng’istidraj’kan hambanya; membawa erti yang setiap kali hamba-Nya membuat, menambah atau membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat, menambah atau membaharui nikmat-Nya ke atas hamba-Nya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hamba-Nya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Berpandukan surah Al-An’am ayat 44 (6:44) yang bermaksud, “Ketika mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka dapat itu, lalu dengan tiba-tiba Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa.”

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba-Nya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hamba-Nya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am).”

Tamat Cerita "Istidraj". Semoga tuan hamba faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah pada masa hadapan.

Setelah itu, Tuah lantas menamatkan post beliau buat kali ini dengan menaip “segala yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari hamba yang datangnya dari Allah tapi disandarkan pada hamba sebagai sandaran kepada kalian semua.”

Wallahualam.

ada band Black Metal nama Istidraj, tak tahu kenapa nak guna nama ini juga

p/s:
1) kisah ini tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupun yang mati
2) hei Joe, KMM 2006/07 takde reunion ke?

*******

Pepatah Tuah: Ikut hati mati, ikut rasa merasa lah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, June 25, 2009

Siapa Yang Kata, Huh?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa? Siapa kata? Siapa kata hanya perempuan je yang akan dipinang? Laki tak laku? Siapa kata tu cara kuno? Siapa kata perempuan yang cuba pinang lelaki tu perempuan tak tahu malu? Siapa kata perigi tak boleh cari timba? Siapa kata? Siapa?

Bukankah Siti Khadijah yang melamar atau meminang Rasulullah melalui pak cik beliau. Ada siapa2 yang berani komen? Bukankah lebih cantik kalau perempuan yang pinang lelaki? Kan bagus kalau adatnya sebegitu? Takdelah lelaki2 yang gatal ni sibuk nak poligami walau tak mampu zahir mahupun batin. Cuma bersandarkan nafsu dan keberanian mereka yang tak bertanggungg jawab ni senang2 je nikah lain. Memang tak adil dan tak patut kepada isteri dan bakal isteri dia, kan?

Ada pendapat mengatakan lelaki ni lebih banyak memikirkan pasal seks berbanding perempuan. Ada pula yang mengatakan otak lelaki lebih banyak memikirkan fasal seks berbanding benda2 lain berbanding perempuan. Even lecturer Tuah kat Unity College dulu pun cakap macam tu. Betul ke macam tu? Apa kata anda lelaki2 sekalian?

Memang tak dinafikan, nafsu lelaki pada seks lebih jelas pada mata kasar.Contohnya, semua kes rogol hanyalah disabitkan pada lelaki even mungkin mula2 maybe, I think maybe mulanya atas dasar ready rela redha kedua pihak tapi bila dah takut atau lepas kena marah dengan parents atau parents yang suruh maka barulah kes tu direport sebagai kes rogol. I said maybe.

Sebagai lelaki Tuah nak mengaku kat sini memang adakalanya masa tengah duduk2 minum2 or tengok tv or main game dengan kawan2 lelaki akan berserita fasal seks. Adakalanya mereka akan menonton cerita2 yg diklasifikasi sebagai 18sx ni. Bukan niat mereka untuk mengisi masa lapang atau sebagai hiburan seakan bermain game tetapi sebagai cara untuk menyalurkan keinginan nafsu mereka yang mungkin pada ketika itu tak dapat dibendung.

Ada kawan datang kat Tuah nak buat confession yang macam ni bunyi dia, "aku rasa macam nak rogol orang je sekarang lepas tengok awek hot depan aku tadi." Tuah langsung tak salahkan dia sebab dia tak buat salah pun, cuma terlihat je, I trust him because he can be trusted. Kadang2 perempuan ni macam nak dirogol je rupa mereka berpakaian. Bukan semua, segelintir. Yang free hair dah tentulah, tapi yang bertudung pun sama. Harap je bertudung je tapi pakaian seperti bertelanjang. Terutamanya masa bersukan or masa kat rumah. Memanglah kat rumah dia, bila orang datang rumah tolonglah cover2 sikit.

Kembali kepada cerita asal di perenggan pertama, siapa kata lelaki zaman sekarang tidak lagi dipinang tetapi hanya meminang. Harap2 abang2 Tuah tak baca post ni, hehe. Baru 2 minggu lepas abang sulong Tuah dipinang buat kali keempat oleh, well, bukan awek tu sendirilah datang tapi macam style Siti Khadijah pak cik dia yang datang merisik langsung meminang. Memang kalau perempuan yang buat kerja ni memang buat kerja langsung ek? Risik langsung pinang. Dah 4 kali dah.

Itu baru abang yang sulong. Abang yang kedua yang baru start kerja tak sampai setengah tahun pun dah dipinang dua kali. Nak buat macam mana, mereka memang hot. Wakaka. Tapi, seriously, ramai tak lelaki diluar sana except my brothers yang dipinang? Well, kedua2 abang Tuah tu tak jawab satu pun sebab masing2 sibuk nak kerja dan tolong adik2 dulu. Tak tahu pulak kalau mereka cuba untuk jual mahal. Sebab kalau yang dipinang tu Tuah, tak payah delay 10 saat pun Tuah dah terima. Tak payah tunggu grad pun boleh kahwin apa? Kalau abah izinkanlah. Tapi, siapa yang nak lelaki yang tak berijazah macam Tuah ni. Tunggulah 10 tahun lagi. Akan ku tunjukkan siap Al-Tuah Al-Shahab yang sebenarnya.

Maybe anda semua dah menyampah baca celoteh Tuah ni, sebab hanya karut marut semata. Tak tahu apa faedahnya yang Tuah type ni. Maybe berguna untuk membri harapan kepada lelaki2 yang masih bujang dah dah boleh kahwin tapi takut nak buat 1st move bahawa tak semestinya anda yang buat 1st move. Tapi, kalau anda sanggup menunggu sampai ke tua maybe anda akan dipinang. Tapi tak pastilah bila. Dan juga mungkin memberi idea kepada wanita2 yang hampir meng'andartu' untuk mula mengguna cara ni bagi mengelakkan bahana tersebut menimpa anda.

Ingat bahawa jodoh pertemuan di tangan Allah, bukan di tangan bapak bak kata Mahsyur Al-Buaya dalam cerita Ahmad Al-Bab. So, kalau ada rezeki tunggu je lah. Tapi, kalau nak tentukan siapa jodoh anda cuba usaha lebih sedikit berbanding menunggu prince charming anda.

Wallahualam.

p/s:
1)Jom tengok Transformers: Revenge Of The Fallen kat Jatos malam ni ramai2.
2) result kluar 30 jun ni, lambat sangat rasanya. Kalaua keluar awalkan boleh balik awal.
3) lama dah tak jejak kaki di Malaysia. I love you Melaka!
4) ada siapa2 nak pinang Tuah sila jumpa dengan parents dia di Melaka. Pastikan anda mempunyai Ferrari dan simpanan melebihi RM1000000 sebagai syarat minima kelayakan meminang, hehe.
5) tolong berhenti buat benda tak senonoh guys!

suka pergi majlis kahwin saudara atau kawan sebab 2 benda, majlis akad nikah dan kek kahwin

*******

Pepatah Tuah: Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili padi tu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, June 22, 2009

F.U.C.K.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

There is 2 things that I don’t know what I am doing right now. First of all, why am I type this post in English? Because I really love Bahasa Malaysia even I want my brothers and sisters and my child(s) to learn math and science in English, really mean that. Second of all, why on earth I make this F.U.C.K. post? Never mean to make unpleasant or uncomfortable situation by posting this post but to let every body know what the meaning of this word is, how it surface to this world and as your common knowledge.


During my high school life, this word used to come out of my mouth. At that time I don’t what is the exact meaning of the word. Is it mean penis, or sexual intercourse or a rude word same as bangang or bangsat. So, in form 4 I had start a research entitled ‘What is the FUCK really mean?’ Because, from my observation, it is not only the student or teenagers that always use this word, but my teacher or even a man we called him ustaz also use this word.


As a result of the research that just finish last night (well it is as a result of ‘boringness’ because don’t have plan for holiday after finish my final exam), I want to share the result with you all. The research have been done throughout Malaysia (well not exactly through), in Indonesia for the past 5 month and from every part of source that I can get such as older man, teenagers of course, mat masjid and national leader (he don’t want me to put his name here, sorry).


For the result, I don’t whether it is accurate or not because I did this research alone, as a lonely researcher boy. This are the result and the conclusion of my research.


In which I been told with a straight face that the word 'fuck' originated as the acronym of 'Fornication Under Consent of the King' (or some variation thereof) it is been circulating since 1960’s and coming from United Kingdom.


1. In ancient England a person could not have sex unless you had consent of the King (unless you were in the Royal Family). When anyone wanted to have a baby, they got consent of the King, the King gave them a placard that they hung on their door while they were having sex. The placard had F.*.*.*. (Fornication Under Consent of the King) on it.


2. The word fuck comes from colonial times, when someone would be punished for 'prostitution' It was an acronym for the words 'For Unlawful Carnal Knowledge'. FUCK was written on the stocks that held these criminals because For Unlawful Carnal Knowledge was too long to go on the stocks.


3. One subject said that he had heard that "F.U.C.K." originated in the 1800's in London, when they used to charge prostitutes "For Unlawful Carnal Knowledge". So officer got sick and tired of writing those, um, lessee, 26 characters, not including spaces, so it got abbreviated FUCK and stuck.


4. One subsect said that word fuck did not originate as an acronym. It crept, fully formed, into the English language from Dutch or Low German around the 15th century (it's impossible to say precisely when because so little documentary evidence exists, probably due to the fact that the word was so taboo throughout its early history that people were afraid to write it down). The American Heritage Dictionary says its first known occurrence in English literature was in the satirical poem "Flen, Flyss" (c.1500), where it was not only disguised as a Latin word but encrypted - gxddbov - which has been deciphered as fuccant, pseudo-Latin for "they fuck."


5. According to the national leader that I have mentioned before, the earliest claims in print of supposed acronymic origins for the F-word appeared during the 1960s. An underground newspaper called the East Village Other published this version in 1967:


6. Some said that it's not commonly known that the word "fuck" originated as a medical diagnostic notation on the documests of soldiers in the British Imperial Army. When a soldier reported sick and was found to have V.D., the abbreviation F.U.C.K. was stamped on his documents. It was short for "Found Under Carnal Knowledge."


7. My friend claims that the word fuck originated in the 15th Century, when a married couple needed permission from the king to procreate. Hence, Fornication Under Consent of the King. I maintain that it's an acronym of a law term used in the 1500s that referred to rape as Forced Unnatural Carnal Knowledge."


So, undoubtedly the most famous use of this etymological travesty was as the title of the 1991 Van Halen album, "For Unlawful Carnal Knowledge."


In Malaysia, I don’t get the clear history of when and how it came to that country. But, in my opinion it is the British colonial that brought that word there or from student who studied in UK and when they came back to Malaysia they also brought this word, besides the knowledge that they had learned there and oleh-oleh.


The moral is don’t bring anything bad from any country that you been study right now or in future back home, okay? (What the fuck am I typing right now?) That’s all.

*******

Pepatah Tuah: Don't try this at home, but please try at school or shopping complex or at office

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.