Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Alahmdulillahi rabbilalamin, kami mahasiswa tahun 2 dan tahun 1 FKUP baru tamat peperiksaan akhir semester a.k.a akhir tahun pagi atau petang tadi. Lega sangat rasanya, macam amhu menjerit pun ada tadi, macam masa tamat SPM dulu, ‘Merdeka, merdeka, merdeka!’
*******************************************************************************************************
Pernahkah anda mengalami saat2 genting, keadaan yang sangat bahaya, di mana terasa bagaikan nyawa anda seperti telur dihujung tanduk, seperti ajal bakal menjemput dalam beberapa saat lagi? Kalau pernah, apa yang anda fikirkan atau terlintas di fikiran pada waktu tersebut?
Tuah tiadalah samapi merasakan seperti telur di hujung tanduk, tapi ada satu situasi yang amat mencuakkan sehingga terasa ‘adrenaline rush’ pada diri Tuah. Benda seperti ini pernah berlaku pada Tuah. Perkara ini berlaku semasa dalam perjalanan pulang dari masjid.
Pada sesiapa yang duduk di kawasan kediaman Tuah (Gentramanah), pasti tahu yang jalan ke masjid berdekatan akan melalui satu rumah yang ada membela seekor anjing, besar juga saiznya. Tuah bukanlah jenis yang takutkan anjing, tapi, boleh berderau juga darah.
Bayangkan kita tengah ngantuk2 balik dari solat subuh di masjid tiba2 ada anjing besar yang ikut dari belakang, bukan berjalan, tapi berlari ke arah kita. Tuah pun ikut berlari bersama, ada dalam 50 meter. Kerana sudah hilang rasa terkejut tadi, Tuah dengan cuaknya berhenti lari dan pusing belakang perlahan2.
Yang peliknya anjing tersebut pun berhenti berlari. Tuah tenung anjing tersebut lama2, anjing itu pun tenung Tuah balik. Dengan mulut ternganga dan air liur meleleh, cuak juga Tuah tengok. Dan, pada masa tersebut Tuah tidak bayangkan apa akan jadi kalau anjing itu mula berlari ke arah Tuah balik dan terkam Tuah, mungkin sampai itu sahaja ajal Tuah.
Pada masa itulah macam2 benda terlintas difikiran, kalau2 anjing itu terkam Tuah. Ada Tuah fikir mengenai masa depan, cita2 masa dah habis belajar, pasal kahwin, dan pasal abah ummi yang jauh di Malaysia, dan pasal dosa2 Tuah yang menimbun dan amal yang amat sedikit.
Takut sangat, kalau umur sampai takat itu sahaja, tidak bolehlah Tuah sambung pelajaran dan jadi seorang doktor, tidak bolehlah Tuah jumpa dengan bakal2 isteri dan anak2, tidak bolehlah Tuah berjumpa dengan abah dan ummi, melepaskan rindu setelah lama tidak pulang menjenguk mereka, dan segala azab kubur dan neraka yang Tuah pernah dengar, semuanya datang serentak.
Memang terasa sangat ‘adrenalin rush’ masa itu.
Selang beberapa saat (lama juga rasanya), Tuah pun cuak tidak ingat dunia. Anjing itu pun mungkin sudah bosan main tenung2 dengan Tuah terus pusing belakang dan balik ke rumah tuannya. Tuah punya lega rasa macam mahu lompat je dalam kolam ikan di sebelah itu. Pheww!
Selang beberapa hari, ada kawan Tuah cerita yang dia pun mengalaminya juga, masa mahu ke masjid untuk solat maghrib, tapi berdua. Anjing yang sama berlari ke arah mereka macam kambing lepas dari kandang. Nasib baik tiada apa2 yang berlaku, tidak ada yang cedera atau sakit jantung pengsan.
Memang ‘adrenaline rush’ menyeronokkan. Tuah pernah ‘wall climbing’, ‘abseiling’, ‘flying fox’, dan macam2 ‘extreme game’ lagi, tapi tidaklah sampai fikir mahu tamat riwayat masa itu juga. Bukan serik, kalau boleh mahu buat banyak kali aktiviti2 macam itu, tapi yang kena sergah dengan anjing ni tidak mahulah. Tolonglah ini sekali sahaja.
Wallahualam.
~comel betul robot2 ini joget~
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.