Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Setiap perkara yang alami, normal, fitrah akan berlaku seperti biasa, secara alami, dianggap normal kerana mengikut fitrahnya. Sebaliknya, benda yang tidak alami, abnormal, bukan fitrah juga akan menjadi alami, normal, fitrah jika berlaku seperti kebiasaannya ia berlaku.
Tetapi, benda yang alami boleh menjadi alami, benda yang normal boleh menjadi abnormal, benda yang fitrah boleh menjadi tidak mengikut fitrah dan sebaliknya, jika ada sesuatu yang memulakan, menjadikan, yang triggered sesuatu itu untuk berlaku. Faham tidak ni?
Tuah pun tidak berapa pasti dengan falsafah yang Tuah cuba utarakan ini. Sebabnya, Tuah masih lagi berada dalam proses percubaan dan ujikaji bagi membuktikan falsafah ini. Tuah buat sendiri benda ini bukan kerana sengaja mahu membuat falsafah, malah tidak tahu nak buat pun atau mengujunya, tetapi Tuah kini berada dalam keadaan yang wujud dalam proses ujikaji atau percubaan tersebut.
Mari Tuah terangkan lebih lanjut. Sejak akhir2 ini tahap ibadah Tuah dan kawan2 telah Tuah perhatikan. Maka, apa yang Tuah lihat, setiap dari kami ini selalu naik dan turun dalam beribadah. Ada yang lebih banyak menurun, ada yang lebih banyak menaik. Jadi, ketika menaik atau menurun tersebut Tuah cuba perhatikan apa yang menyebabkan berlaku kenaikan dan penurunan itu.
Dalam beberapa minggu ini, dapat Tuah perhatikan penurunan kuantiti ibadah kami ini adalah disebabkan oleh sesuatu, di’trigger’ oleh sesuatu. Contohnya, ada yang mahu melakukan solat asar secara berjemaah di masjid, tetapi kerana tuntutan nafsu yang mahu bersukan, maka mereka telah keluar dari fitrah untuk berjemaah dalam solat untuk melakukan sesuatu yang bukan fitrah iaitu solat bersendirian.
Contoh yang lain, ada yang hatinya telah terpikat pada seorang rakan sejenis, lalu sentiasa terkenangkan orang tersebut. Hati mereka kurang khusyuk lagi dalam beribadah. Semakin lama, hati mereka kurang patuh pada tuntutan fitrah untuk melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran, Al-Hadith atau Al-Matsurath, tetapi lebih berkehendak untuk membaca sms atau status ym dan facebook orang tersebut.
Adapun contoh yang sebaliknya pula seperti seorang kawan Tuah yang tiba2 merasakan segala yang dilakukannya terasa begitu susah, semua ujian yang dihadapinya terasa sangat susah untuk dihadapi, kini mula berubah untuk lebih rajin beribadah. Dia lantas menyediakan jadual hariannya yang mana dilebihkan masa beribadah lebih dari masa berehat, bersukan dan berhibur.
Tuah ada 2 orang kenalan yang mengalami perkara yang sebaliknya berlaku pada mereka. Seorang baru dilantik ke jawatan pemimpin persatuan dan seorang lagi baru sahaja melepaskan jawatan sebagai pemimpin persatuan. Apa yang berlaku pada mereka?
Yang baru dilantik ini dahulunya seorang yang agak malas untuk solat di masjid tetapi tidak menolak untuk diajak berjemaah di rumah. Yang seorang lagi memang selalu hadir dalam kuliah2 maghrib dan subuh. Tetapi, selepas masing2 melalui perlantikan dan perlepasan jawatan mereka berubah.
Yang baru dilantik langsung rajin menjaga solat berjemaah, maklumlah persatuan yang dipimpin bercirikan agama. Yang seorang lagi tidak lagi kelihatan dalam majlis2 ilmu itu lagi. Alhamdulillah solat berjemaah di masjid masih lagi dapat dikekalkannya. Apa yang telah berlaku pada mereka?
Sesuatu yang berlaku dalam hidup bukanlah sesuatu yang dirancang oleh kita tetapi oleh Allah rabbuljalil. Mungkin apa yang cuba dilakukan pada kita adalah sebagai pedoman dan contoh kepada orang lain di sekitar mereka, dan mungkin juga sebaliknya. Yang penting ialah bagaimana kita bertindak balas dengan setiap yang berlaku.
Macam Tuah sendiri pernah mengalami penurunan kadar ibadah hanya kerana seorang perempuan. Perempuan tersebut bukanlah seorang yang social atau seksi atau biasa2, tetapi dia adalah idaman bagi setiap muslimin, contoh isteri solehah. Oleh sebab terpedaya dengan sikap dan sifatnya maka Tuah menjadi tidak keruan jadinya. Tapi, sekarang Tuah sudah dapat mengawal hati. I’m over her.
Apa yang Tuah merepek sekarang pun tidak Tuah tahu. Yang pasti, kalau kita nak sesuatu kita perlu korban sesuatu. Maka jangan pula dikorbankan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang tudak baik, tetapi sebaliknya. Pastikan yang apa yang kita buat adalah betul atau bersedialah untuk bertaubat, atau pun bersedialah untuk menghadapi siksaan yang telah dijanjikan Allah s.w.t.
Akhir kata, mulakanlah harimu dengan doa, diisi dengan doa, dan diakhiri juga dengan doa. Semoga kita berada dalam golongan orang yang akan ditempatkan di dalam syurga Firdausi nanti. Amin.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.