Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Malam tadi orang tengok anak bulan, dan tanpa anak bulan kita tetap wajib puasa pada 22 Ogos. Kalau ada anak bulan mesti kita mula puasa 21 Ogos, kan? Itu kalau nampak, dan biasanya di Malaysia dan sekitarnya memang tidak nampak, sebab awan tebal sangat. Macam mana nak nampak, kan?
Tapi, Tuah ingat ada sekali dulu boleh nampak anak bulan awal. Masa itu kalau tidak salah masa 5-10 tahun yang lepas. Pada tahun tersebut memang semua orang dah expect akan puasa awal. So, famili Tuah sudah bersedia dengan apa sahaja keputusan yang bakal terpacul dari mulut penyimpan mohor besar raja2. Tuah dan famili beliau sudah bersedia jika esoknya puasa maka mereka akan ke masjid malam itu untuk solat tarawikh di masjid. Dan seperti yang dijangkakan memang esoknya puasa.
Well, bukan sekali sahaja berlaku perkara ini pada Tuah ketika beliau sudah boleh puasa tetapi 2 kali. Kali pertama berlaku ketika beliau di sekolah rendah. Malangnya, hanya abang beliau sahaja yang mengingati peristiwa tersebut. Bukan puasa awal tapi raya awal.
Pada tahun ini ada yang kata akan berlaku sekali lagi perkara tersebut tetapi tidak berlaku juga akhirnya. Maybe nextyear we can have it. But, nextyear Tuah akan puasa di Malaysia penuh, termasuk raya sekali, rasanya, insyaallah. Bukan Tuah selalu tidak penuh puasa beliau sebulan tetapi tidak sepenuhnya berada di rumah.
Selain masa sekolah rendah, Tuah tidak lagi pernah puasa penuh di rumah. Masa form 1-5 beliau puasa sebahagian di sekolah dan sebahagian lagi di rumah. Begitu juga semasa di matrikulasi dan di kolej serta di 2nd year ini. Masa 1st year jangan kata sebahagian kecil, sehari pun tidak dapat. Bermula 1 Ramadhan sehingga habis Tuah berada di Indonesia.
Yang bestnya kalau dapat puasa penuh di rumah ialah dapat ikut group tilawah di tempat Tuah ini sampai habis. Macam sebelum ini hanya dapat sampai separuh atau mula di tengah2 sebab sebahagian lagi berada di sekolah atau tempat selain rumah. Dan kalau dapat habis bersama maka akan diadakan majlis khatam Al-Quran beramai2, best tu!
Tetapi, tidak mengapalah kalau tidak dapat puasa penuh di rumah, kerana yang penting Tuah akan cuba sekali lagi puasa penuh sebulan Ramadhan kali ini, macam tahun2 sebelumnya, tahun yang beliau tidak kantoi puasalah, hehe. Tapi, tidak ingat pula bila kali terakhir kantoi tu.
Semoga kita dapat memenuhi bulan Ramadhan yang baru bermula ini dengan beribadah secara tekun dan tawadhuk, tabah dan sabar, ikhlas dan ihsan. Jangan membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah, tidak bermanfaat dan tidak patut di bulan Al-Mubarak ini. Dan semoga dapat berjumpa malam lailatul qadar yang tidak pernah di beri peluang pada Tuah untuk menemuinya. Amin.
Wallahualam.
p/s:
1) selamat berpuasa semua
2) cuti tinggal 10 hari sahaja lagi, kerja tak siap, plan tak sempurna lagi, mission is unaccomplish yet
3) esok dah mula kemas rumah, basuh carpet dan lain2, all by myself, the only one that have nothing to do, huhu
*******
Pepatah Tuah: puasa yangyok pagi2 kena pelepok, sebab kantoi dengan mak masa buka periuk
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.