Friday, January 16, 2009

Periksa, exam, imtihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

"Alkisah, toyib, maka tersebutlah kisah di sebuah padang pasir, toyib, sang kancil beramai2 menghadap Sultan Firaun..." Samsudin, Seniman Bujang Lapok.

Tersebutlah kisah di sebuah bilik di mana terdapat seorang medical student yg akan mengambil final exam untuk semester 1. Saat ini, hanya buku2 yg tebal, lecture note dan learning issue berupa mindmap sahaja yang menjadi kawan kepadanya, well, apart of roomate, roomate's laptop, handphone and bale's tv.

Disebalik semua itu, di hatinya tak pernah dia melupakan penciptanya yang maha esa, berdoa memohon agar diberi kejayaan dalam exam coming soon. Seluruh penghuni bale juga telah diselubungi oleh rasa risau dan takut akan ketidak sempatan mereka untuk mengulangkaji topik2 yang telah mereka pelajari sejak 5 bulan lepas.

Mereka akan mula menduduki exam pada 19 Januari hingga 31 Januari. Bermula pada 1st week dimulai dengan exam bertulis multi dicipline exam (MDE) and comprehension, dan pada 2nd week with oral test which is SOOCA presentation and OSCE. Akan tetapi, semua itu pasti akan dihadapi dengan tenang dan sabar oleh pelajar harapan negara ini yang bernama Al-Tuah Al-Shahab (bukan nama sebenar). Semoga beliau berjaya dalam exam kali ini dan exam2 seterusnya.

Jadi, cukuplah sampai di sini sahaja untuk kali ini, sebab Tuah nak sambung study balik. Akhir kata, sekali lagi diharapkan supaya tolonglah sangat2 doakan kejayaan Tuah dalam exam ini kali ini dan yang selanjutnya, amin ya rabbal alamin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh