Tuesday, October 27, 2009

Budak Sekolah Agama

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ada yang kata budak sekolah agama selalunya lebih baik perangainya, lebih alim, lebih tinggi ilmu agamanya, lebih sesuai untuk diangkat menjadi ketua kerana semua ciri2 sebagai seorang pemimpin yang bagus ada pada mereka.

Ada pula yang kata budak sekolah agama sombong, besar kepala, berlagak warak dan budget bagus sebab dah banyak belajar ilmu agama berbanding budak lain.

Benda ini Tuah dapat sejak sekolah lagi sampai sekarang. Tidak tahu betul atau tidak ada budak yang macam tu. Sebab pada Tuah semuanya sama. Tiada yang Tuah jumpa budak sekolah agama yang sombong atau segala yang kat 2nd paragraph.

Kalau 1st paragraph memang ada, Tuah pun kena. Setiap group or society yang Tuah join mesti ketuanya bekas budak sekolah agama sampai Tuah pun kena juga. Kalau ada meeting mesti ada yang mencari2 ‘kami’ untuk dicadangkan sebagai ketua.

Sampai ada dari kalangan ‘kami’ yang menyorok identiti mereka sebagai budak sekolah agama, mengelak dari ditanya sekolah dimana dan ada yang sanggup mengatakan bukan budak sekolah agama. Ada seorang kawan Tuah yang study di KISAS cuma mengaku as student KISAS lepas Tuah confront dia .

Tapi, tiada pula budak sekolah biasa yang mengaku budak sekolah agama, maybe sebab benda2 dalam 1st paragraph kot, so, tidak berani nak kelentong part tu. Memang susahlah jadi budak sekolah agama, kan? Yeke?

Well, pada Tuah ada betul dan tidak pada semua anggapan di atas sebab ‘kami’ juga manusia biasa. Cuba nak jadi insane yang sempurna atau berlagak sempurna walhal tidak layak dan tidak mampu untuk menjadi yang sempurna kerana tiada yang sempurna. Nobody is perfect + we are nobody = we are ‘is’ perfect, haha.

Manusia tidak boleh lari dari menjadi buah mulut orang. Kalau nak dilayan semua kata2 orang memang itu akan jadi kerja seumur hidup kitalah sebab seumur hidup orang akan berkata2 tentang kita. So, kalau boleh cuba menjadi buah mulut yang terbaik. Macam mana tu?

Kalau kita buat sesuatu yang buruk atau seakan2 buruk pada masyarakat maka buah mulut orang pada kita adalah yang buruk belaka. Tapi kalau kita buat sesuatu yang baik atau seakan2 baik maka segala yang perkatakan buat kita adalah yang baik. Bukankah bagus kalau orang hanya yang baik sahaja yang diperkatakan orang.

Macam itulah yang dididik oleh cikgu2 kat sekolah agama, iaitu menjadi model yang baik atau at least buat sesuatu yang seakan2 baik pada masyarakat. Bukan untuk menjadi seorang hypocrites atau tunjuk bagus tapi cuba untuk menjadi buah mulut terbaik.

Faktanya, semua budak yang dipilih menjadi student sekolah agama bukanlah dipilih melalui akhlak mahupun amal ibadatnya tetapi prestasi akademiknya, sama macam sekolah berasrama penuh SBP atau sekolah harian yang asramanya penuh SAP. Cuma bezanya adalah masa dalam menjadi budak sekolah agama itu nanti.

However, dalam ramai2 yang terpilih untuk menjadi budak sekolah agama ada yang pernah join group setan dulu atau menjadi setan. Maka, apabila masuk sekolah agama dan diajar untuk jadi malaikat maka melawanlah mereka.

Memang diajar menyimpan tanduk tapi tamat sahaja sekolah mereka keluarkan sendiri tanduk tersebut atau dipengaruhi oleh setan2 lain untuk keluarkan semula tanduk. Itu sebab ada yang dalam sekolah lagi buat benda2 yang menunjukkan mereka setan macam gaduh dan lain2 yang tidak sanggup untuk dinyatakan di sini.

Nak dikatakan budak sekolah biasa tidak semalaikat ‘kami’ memang tidak tepat sebab ada yang dididik secara tidak formal di rumah untuk jadi macam ‘kami’ ini. Cuma mereka tidak didedahkan dengan suasana dan keadaan yang dihadapi oleh ‘kami’. Mereka tidak merasakannya.

Apa yang Tuah cuba nyatakan sekarang adalah ‘kami’ buka malaikat yang maksum, bukan sebaik nabi mahupun sejahat setan. ‘Kami’ tidak banyak beza dari budak lain, hanya pandangan orang pada ‘kami’ yang berbeza. Bukan salah ‘kami’.

Dan semua manusia itu sama disisi Allah melainkan mereka yang bertaqwa dan amar makruf nahi munkar. Kalau bab ilmu agama mungkin ada lebih sedikit. Tapi ada yang bukan ‘kami’ lebih banyak, lebih tinggi atau lebih mendalam ilmunya berbanding ‘kami’. So, no difference to spot.

Tolong jangan berlagak wahai budak sekolah agama kerana anda nothing without people around you. Do what you think and sure is right and merendahkan kepala berjalan di atas muka bumi Allah ini. Masyarakat memerlukan buah mulut yang terbaik, so, do what you do best, jadi buah mulut terbaik.

Buat yang bukan budak sekolah agama, ‘kami’ ini hina disisi Allah tanpa taqwa, maka jika tersesat atau terlalai maka pimpinlah ‘kami’ ke jalan yang lurus. Dan ‘kami’ akan cuba membantu anda sedaya upaya ‘kami’.


~Kawan2 5 Science 1 SMK(A)Sultan Muhammad~

Wallahualam.

p/s: tidak suka cara kawan2 daie dakwah pada orang yang couple, tidak bertudung dan merokok; selalu guna sindiran yang hanya menambahkan kemeluatan maudu' tersebut pada daie, nak amar makruf nahi munkar atau hanya nak puaskan hati sendiri sahaja?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.