Thursday, December 3, 2009

Astaghfirullah. Nauzubillah.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Rasa bimbang tidak terhingga menghinggap hati Tuah tatkala memikirkan nasib umat Islam sekarang yang kian lama kian lemah diulik duniawi, melupakan ukhrawi. Bukan sahaja risau memikirkan masalah umat ini tetapi juga bimbang akan letaknya darjat diri ini disamping yang Maha Agung. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Ketika sibuk memikirkan begitu hampirnya hari peperangan buat Tuah yang bakal tiba tidak sampai 40 hari lagi, hati ini mula melupakan nikmat yang dikurniakan Allah Rabbuljalil. Dek kerana leka dengan urusan duniawi maka amal soleh agak ketinggalan. Kemana hilangnya istiqamahmu wahai Tuah? Astaghfirullah. Nauzubillah.

Manusia terbaik memiliki hari ini yang lebih baik daripada semalam, dan memiliki esok yang lebih baik daripada hari ini. Malangnya, sebaliknya yang berlaku. Apakah malang nasibku ini. Ada jalan pulangkah untuk Tuah lagi? Astaghfirullah. Nauzubillah.

Sudah berkali2 mendengarkan tazkirah dan lecture dari teman2 mahupun keluarga akan pentingnya menjaga hati. Namun, diri yang hanya tahu beralasan lemah ini tidak berdaya melawan kehendak nafsu. Terjerumus ke lembah hina tidak dikhuatiri lagi, asalkan tercapai niat di hati. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Sudah Tuah beritahu sebelum ini mengenai wanita yang telah berjaya mencuri hati yang lembik ini. Mungkin tiada rezeki diri untuk menjadi manusia terbaik. Terpukau dek kewanitaannya maka Tuah sekali lagi terjerumus ke lembah hina itu lagi. Mengapa kaumnya langsung tidak membantu? Hanya tahu menyalahkan kami.

Bukanlah niat menuding jari kemana2 tetapi kalau kedua2 kaum ini bekerjasama maka amanlah dunia ini dari noda khalwat, rogol, zina dan yang sewaktu dengannya. Beruntung dikurnia 1 nafsu 9 akal. Kerana jika diberi lebih maka hancurlah salahsilah, punahlah keturunan. Mahukah anda menjadi sebahagian daripada statistik? Astaghfirullah. Nauzubillah.

Kalau ikutkan hati mahu Tuah pinang si dia. Namun, ketidak mampuan Tuah menghalangnya. Pesanan orang tua, tamatkan belajar baru fikirkan jodoh. Namun, walau sudah tamat pHD, Tuah tetap tidak direstui oleh abah ummi untuk meminang si dia, kerna lain bangsa katanya. Memegang cita2 sebagai anak mithali menyebabkan Tuah akur pada kehendak keduanya. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Bercerita mengenai umat ingin Tuah tanyakan pada kalian, mantapkah usaha kalian dalam menunjang usaha dakwah membantu mendirikan agama yang dianutiini? Takut untuk Tuah katakan bahawa usaha di sini hanya suam2 kuku, dijirus air dingin. Baru hendak meningkat telah dipunahkan oleh mereka yang berada di dalam usaha ini juga.

Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja langkah drastik Tuah laksanakan agar mereka tersedar dari mimpi ngeri ini. Tetapi, ikut ikut rasa binasa, ikut hati mati. Mungkin belum tiba masanya untuk kebenaran ini muncul di permukaan. Takkan hanya mengamalkan konsep tunggu dan lihat? Adakah diri ini mahu melihat kehancuran umat di depan mata? Tanpa menghulurkan walau secebis pertolongan? Astaghfirullah. Nauzubillah.

Konflik yang menimpa mula menjentik rasa takut pada diri ini. Bayangkan jika sesama daie turut bermasam muka, bertikam lidah, berbantah2, bermati2an mempertahan ideology masing2. Maka hancurlah umat. Janganlah sampai menjadi mimpi ngeri, umat ini jatuh kerana daie. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Ada juga rasa di hati mahu lari sahaja dari konflik ini tetapi kerana sayangkan ukhwah Islami yang telah dicipta selama ini maka mahu tidak mahu akan Tuah bantu memolekkan kekeruhan yang melanda kami ini. Bukanlah Tuah jika lari meninggalkan teman di dalam kebinasaan, tidak langsung menghulur bantuan. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Alangkah indahnya hidup ini, pemimpinnya adil mengasihi rakyat, kasih sayang sesama makhluk menjadi budaya, maaf bermaafan tolong menolong bekerjasama. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah dan selalu dikurniakan taufiq dan hidayah dalam melansungkan hidup yang hanya tinggal 2/3 umur sahaja lagi. Astaghfirullah. Nauzubillah.

Wallahualam.
~larangan membina masjid: 1 lagi bentuk penindasan terhadap umat Islam,
yang dilakukan di negara yang kononnya mementingkan hak asasi manusia~

p/s:

1) Selamat Hari Lahir yang ke-8 buat adinda Tuah, Syed Muhammad Hafizulamin a.k.a. Amin @ Pejol Al-Ghothobek Al-Gedenggek
2) Tahniah juga pada Amin yang telah khatam Al-Quran kelmarin. Dah khatam Al-Quran boleh mula hafal sifir pula, eh?
3) Tahniah juga kepada semua yang terlibat menggalakkan Amin untuk khatam segera terutamanya pada ummi yang setia merotan anaknya yang malas nak mengaji, walau sayangnya bertimbun segunung Everst.
4) Semalam Tuah masuk pertandingan sketsa. Tidak mahu sebenarnya tetapi terpaksa, jatuh ke dalam hasutan syaitan. Astaghfirullah. Nauzubillah. (Semoga menang!)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.