Friday, April 30, 2010

Jual Mahal Banyaklah, Jangan Sedikit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ada yang kata garang, ada yang kata sombong, ada juga yang kata antisocial, jual mahal dan macam2 lagi. Bukan garang, sombong, antisocial atau jual mahal, tapi takut, takut dengan azab dari Allah bukan setakat di akhirat tapi di dunia lagi.

Hanya mencuba untuk menjaga batas2 pergaulan itu sahaja. Yang pasti, kita tahu siapa kita, kita pasti tindakan kita betul, maka pedulikan kata2 orang. ‘Buat dont know je’ bak kata orang Melaka, hehe.

Semakin berharga sesuatu itu, semakin tinggi harganya, semakin berhati2 orang menyimpan dan menjaganya. Contohnya novel. Bagi orang yang suka membacanya, nilai novel itu sangat tinggi, walau hampir kuning disimpannya bertahun2. Tetapi, bagi yang tidak suka, maka rendah nilainya bagi mereka, sehingga mahu dibuang pun tidak mengapa.

Pada post ini Tuah bukan mahu bercerita mengenai harga barang atau pasal pandangan orang pada Tuah, tapi mahu berkongsi pendapat mengenai konsep jual mahal.

Selalu Tuah perhatikan disekeliling sejak zaman sekolah menengah sehingga ke peringkat universiti ada 3 kelompok perempuan. Tidak pula Tuah tahu yang 3 kelompok ini wujud untuk lelaki juga. Yang pertama jual murah dengan lelaki, yang kedua jual mahal sedikit, dan yang ketiga jual mahal sangat.

Tuah tertarik pada kelompok kedua ini, bukan berminat tapi pelik. Kenapa sebegitu rupa? Kenapa tidak menjadi seperti yang pertama atau yang ketiga? Walhal, bahayanya lebih dari yang pertama, dan lecehnya lebih dari yang ketiga. Faham tidak? Macam mana nmahu diterangkan ek? Ok begini.

Ada seorang lelaki tertarik pada seorang gadis ni. So, macam biasa yang nama lelaki ini mahu menawan hati gadis tadi. Cuba punya cuba, ushar punya ushar gadis tadi tidak layan, pendek kata jual mahallah, pada mulanya. Tapi, setelah dicuba berkali2 akhirnya gadis tadi terima juga pelawaan lelaki tadi, tidak kesahlah untuk menjadi kekasih ke, nak ‘ringan2’ ke atau ‘berat2’ pun tidak mengapa.

Lelaki memang suka benda2 yang mahal dan susah nak dapat, sebab challenging, sebab nikmatnya bila dah dapat memang masyuk. Tetapi, sekejap sahajalah yang masyuk kerana kemudiannya dah senang nak dapat.

Bila dah dapat lelaki tadi dah dapat dengan mudahnya maka dia mula tidak peduli lagi dengan perempuan tadi, sudah bosan dan muak, katanya. Sebelum dapat sombong ke langit, sesudah dapat murah sangat pula, semua boleh. Boleh pegang, boleh sentuh, boleh macam2 lagi.

Maka, setelah kebosanan yang amat, lelaki tadi langsung mencari yang lain, mencari yang mahal2 lagi. Bukan susah pun mahu berpisah, lebih2 lagi yang setakat berpacaran. Kerana tiada ikatan yang sah maka nak ucap selamat tinggal jadi as easy as A, B, C. Jadi, bukankah lebih bahaya sebegitu? Yang bab lebih leceh tu bergantung kepada perempuan itu sendiri. Kerana yang itu Tuah kurang arif.

Ada seorang kawan tanya hari tu, kenapa perlu jual mahal kalau sudah suka? Semua orang pun sudah tahu yang ‘mereka’ suka sama suka, so, pacaran sahajalah. Lama2 nanti kahwinlah. Tuah jawab balik, jual mahal bukan pada bakal suami, tetapi kepada selain bakal suami.

Then, dia kata bakal suami ‘mereka’ adalah kekasih mereka sekarang, bercinta sehingga ke jinjang pelamin. Tuah jawab balik, selagi belum dipinang atau dikhitbah oleh seorang lelaki itu maka belum boleh lagi dipanggil bakal suami. Setakat bakal kepada bakal suami tidak bolehlah dipanggil bakal suami. Maka jangan jual murah dengan mereka2 ini, ok?

Ada seorang kawan Tuah yang setelah sedar yang berpacar sebelum nikah ini salah terus putus dengan kekasihnya, atas alasan tidak mahu menanggung dosa lagi. Jadi, apa jadi pada janji seumur sehidup bersama seperti yang dilafazkan semasa mula bercinta dahulu? Janji tinggal janji sahajalah. Rugilah duit beli top up untuk cal kekasih tiap2 malam, sms setiap masa?

Nasihat Tuah pada mereka2 yang seperti ini, jangan putus langsung, tapi luruskan niat. Kalau niat mahu sehidup semati bersama maka lakukan dengan cara yang betul. Kalau masih tidak mampu dari segala segi untuk bernikah maka ikat dahulu pasangan anda, dengan cara meminang dan bertunang, tuanang yang ringkas sahaja. Sesudah mampu nanti baru buat yang official.

So, sesudah diikat, jangan sibuk lagi nak risau2. Usahakan agar segera mampu untuk berkahwin dan lebih cepat lebih baik. Tidak perlu lagi risau untuk ‘melepas’, kan?

Akhir kata, jangan disia2kan segala nikmat dan pemberian Allah pada kita, termasuk akal yang berguna buka setakat dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, juga dapat memikirkan cara terbaik untuk menghargai segala yang kita ada. Ceria2 selalu, sekian.

Wallahualam.

 ~Aisyah lebih cantik di gambar kiri berbanding gambar kanan, kan?~

p/s:
1) Program Comparative Religion (ComRel) tahun kedua sudah bermula, tidak sabar untuk menghadiri semua slot! Semoga bermanfaat buat semua yang hadir mahupun yang tidak hadir.
2) Masuk pertandinag badminton berkumpulan minggu hanya dapat tempat ketiga sahaj. Tahun depan cuba untuk dapatkan johan!
3) Apalah cerita orang kat Terendak sekarang ini, tiada update cerita baru pun!


Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.