Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ni merupakan post pertama Tuah dengan laptop baru. Dah sampai Isnin lepas tapi hari ini baru berpeluang menaip. Maklumlah, tengah sibuk bercuti dengan masaknya, badmintonnya, movie dan tv seriesnya, novel2 Inggerisnya, dan macam2 lagi benda dibuat masa cuti ini. Cuti seminggu je, so, kalau nak buat banyak benda masa cuti kena rancang betul2.
Cerita pasal laptop ni, Tuah tukar baru sebab yang lama tu dah rosak. Rosak ‘terbaik’ jugalah. Salah sendiri sebenarnya, bukan salah laptop yang innocence tu. Begini ceritanya.
Balik dari Malaysia September lepas, yang rosak papan kekuncinya, tidak boleh taip huruf ‘p’. Tidak tahu pula kenapa, maybe ada seseorang yang buat sesuatu kat benda alah itu. So, Tuah buat tidak kisah sahaja dengan kerosakan itu, sebab sikit je rosaknya pun.
Then dalam 2 bulan lepas itu, masa nak makan tengahari, nak makan depan laptop. Tiba2, air yang dibawa dalam mug tertumpah, air putih sejuk. Memang menjerit juga Tuah pada masa itu, marah pada diri sendiri kenapa cuai sangat. Tapi, yang rosaknya Cuma beberapa huruf sahaja yang tidak boleh taip termasuklah key ‘panah’, ‘alt’, ‘ctrl dan ‘delete’. Tapi, Tuah bertahan lagi dengan laptop itu.
Dalam sebulan lepas itu, berlaku sekali lagi kejadian yang tidak diingini. Kali ini lebih teruk, ketika nak sarapan dengan jemput buatan sendiri. Sekali lagi nak makan depan laptop, Tuah bawak air nescafe penuh 1 mug. Sekali lagi air tertumpah ke atas papan kekunci.Menjerit Tuah sekali lagi pada diri sendiri kerana cuai sekali lagi.
Masa itu punya tension rasa macam nak tumbuk diri sendiri. Mana tidaknya, bukan sahaja tumpah pada papan kekunci, malah cecah speaker laptop juga. Dan hasilnya bukan sahaja semua key rosak malah semuanya tertaip dengan sendirinya. Bila buka Office Word, memang cantik hasilnya, semua huruf tertaip sendiri termasuk key ‘enter’ dan ‘backspace’. Memang ‘mantap’ kan?
Bukan itu sahaja, speaker rosak, dan yang ter’mantap’ ialah screen tak boleh buka. Bukan bluescreen tapi blackscreen terus. Memang angin satu badan masa itu. Kalau adik atau kawan yang buat tu mesti Tuah tak teragak2 untuk belasah. Malangnya Tuah yang buat sendiri, so, sabar sahaja. Even, external mouse pun tidak boleh guna dah. Nasib baik internal mouse masih boleh guna.
Lama juga Tuah termenung memikirkan apa nasib laptop tu. Nak dibuang dah tiada laptop lain. Nak dipakai screen pun tak boleh pakai. Aduhai laptop. Kesimpulannya, Tuah tutup laptop tu, langsung habiskan sarapan dan buka buku belajar. Masa itu pun dekat nak exam dah.
Tiba2 Tuah perasan hikmah disebaliknya. Memang tepat masanya laptop itu rosak, masa suntuk nak exam final. Memang Allah nak tolong Tuah untuk lebih fokus dalam mengulangkaji pelajaran. Memang Tuah ada doa pada Allah mintak bantuan untuk fokus dalam pelajaran sebab dah nak exam. Doa Tuah dikabulkan dan Tuah yang merusakkan laptop sendiri. Memang ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.
Dalam seminggu itu memang Tuah gunakan sepenuhnya masa untuk belajar. Langsung tidak sentuh laptop. Serious! Tapi, bagi yang mengenali Tuah pasti terpegun dengan kecekalan Tuah tidak menyentuh langsung laptop untuk jangka masa yang begitu lama. Gila online macam Tuah ini memang tidak mampu berpuasa ‘laptop’ lebih dari seminggu.
Maka, Tuah buka balik laptop tersebut. Siap ada wap air pada skrin laptop tu, memang panas air nescafe tersebut. Tuah tekan button ‘on’ dan tunggu dalam 3 jam lebih screen akhirnya ter’on’, tapi cuma dalam beberapa saat, lepas itu ‘off’ balik. Tuah dah nampak dah yang laptop itu ada masa depan yang tidak begitu cerah.
Setalah cuba selama seminggu lebih akhirnya screennya dapat dibuka untuk tempoh yang agak lama. Dan macam biasa, kadang2 tertutup. Tapi, macam mana nak guna kalau semua kekunci rosak? Yang boleh guna Cuma internal mouse. Apa lagi, Tuah terpaksa guna ‘on screen keyboard’ dan control guna mouse. Memang susah pada mulanya. Namun, lama-kelamaan jadi mudah.
Tidak lama lepas itu Tuah ym dengan abang Tuah yang sulung, cerita juga pasal laptop rosak. Dia suggestkan repair tapi Tuah kata rasanya macam tidak boleh repair. Hanya longkang sahaja tempatnya. Di sebabkan hari lahir Tuah kian menjelma, so, abang Tuah nak hadiahkan laptop baru sebagai hadiah hari lahir Tuah, wuhuu!
Dan setelah menanti lebih kurang sebulan, akhirnya laptop baru ini tiba ke pangkuan. Sebab malas dah nak memanjangkan post ini, Tuah tidak akan cerita features laptop baru ini. Korang boleh search sendiri kat internet. Yang Tuah boleh bagi tahu jenisnya Samsung N130, macam jenis handphone pula bunyinya.
Dan laptop lama itu masih Tuah gunakan untuk menonton movie atau tv series sebab skrinnya besar gila gedabak. Memang puas untuk tontonan umum. Nak dibuang tidak sampai hati kerana ianya telah berjasa pada Tuah selama 1 tahun setengah. Sabar ye laptop, anda Cuma di’anaktiri’kan sahaja, tidak dibuang ke dalam longkang pun.
Sekian sahaja buat kali ini, nak rancang masak apa pula untuk esok. Adios amigos.
Wallahualam.
sayang keduanya~
p/s:
1) terima kasih pada yang sudi menderma laptop baru ini pada Tuah, hehe.
2) cuti~cuti~cuti…asyik buat benda lagha sahaja kalau cuti.
3) yang balik kampong cuti ni jangan kerek pula ya!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.