Saturday, October 24, 2009

Tuah Dan Seni

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Biasanya dalam dunia artis skandal yang wujud ialah antara pelakon dengan pelakon, pengarah dengan pelakon, penerbit dengan pelakon atau vip dengan pelakon. Kalau untuk filem Sayang…mak ada skandal ke? Nanti Tuah uraikan.

Sebenarnya nak cerita pasal benda yang Tuah buat minggu lepas. Tuah kini boleh kata yang Tuah versatile sebab semua cabang seni Tuah dah buat except compose lagu, mengukir atau melukis. Untuk minggu lepas Tuah dah bergelar pengarah, penerbit, penulis skrip, cameraman, sound editor, music editor, special effct editor dan yang sewaktu dengannya. Semuanya Tuah buat sekaligus masa nak create filem sulung Tuah iaitu ‘Sayang…mak’.

Kalau sebelum ini Tuah pernah berlakon sketsa dan filem pendek, menulis cerpen, bersajak, menari dan mengarah sketsa dan tarian, serta main percussion dan menjadi conductor sebuah band. Semuanya bermula sekolah rendah sehinggalah di UnPad ini.

Menari memang sejak darjah 2 Tuah dah diajar menari rentak upbeat, darjah 3 lagu 60-an, darjah 4 lagu Melayu asli, darjah lima tarian asli Sarawak dan Sabah, dan darjah 6 Tuah belajar tarian bukan dari Malaysia macam salsa dan tango.

Pasal berlakon ini memang sejak darjah 4 Tuah dah mulakan. Semuanya bertanding masa perkhemahan PBSM peringkat negeri dulu. Setiap tahun sejak darjah 4 Tuah akan masuk bertanding atau buat persembahan sketsa. Tapi, berlakon filem pendek sekali je, masa sekolah menengah. Itupun watak pembantu sahaja.

Pengalaman buat filem baru2 ini memberi 3 pengajaran berharga buat Tuah, jangan kerja last minute dengan orang yang rapat dengan kita sebab kita akan ada belas kasihan terhadap mereka. Dan belas kasihan ini akan membunuh sifat ‘kejam’kita terhadap mereka untuk memaksa mereka untuk buat yang terbaik. Kalau tiada belas kasihan kita akan jadi orang yang kurang perikemanusiaan,tapi itu sahaja caranya nak kerja dengan orang di saat last minute.

Pengajaran yang kedua ialah jangan terus terima apa sahaja tugasan yang diberi pada kita. Sebaiknya kita selidik dahulu samada kita boleh buat atau tidak. Tidak semestinya apabila kita pernah buat benda tu dengan jayanya pada masa lampau bermakna kita akan dapat mengulanginya kali ini. Kenal pasti kekurangan kita pada masa sekarang berbanding masa dulu, perhatikan kesesuaian kerja tersebut dengan kita. Kalau tidak sesuai maka cuba sesuaikan sebaik mungkin, jika boleh. Jika tidak jangan terima tanggungjawab tersebut kerana kita akan menyesal di kemudian hari kerana tidak berjaya melakukannya atau tidak mampu mengulangi kejayaan lampau.

Pengajaran ketiga ialah kalau tugas anda adalah pengarah maka sila jadi pengarah. Jangan jadi yang lain contohnya cameraman, script writer, P.A., atau office boy. Kerana tugas sebagai orang paling atas adalah paling penting berbanding yang lain di bawahnya. Kalau anda tidak yakin anda mampu melakukannya jangan teragak2 untuk resign, jika anda yakin. JIka anda merasa tidak layak kerana tidak larat menanggung tekanan berada di atas jangan cepat melihat ke bawah. Kerana kadang2 tekanan ini hanya wujud apabila anda ada walau sekelumit perasaan tidak yakin pada diri.

Bercerita balik pasal skandal yang wujud untuk filem Sayang…mak, sememangnya tiada. Kalau gossip memang ada juga lah walau tidak tersebar luas. Ada yang cuba menghidupkan kembali gossip antara 2 pelakon utama filem ini tetapi telah dinafikan sekeras2nya oleh pengarah filem tersebut. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan pengarah tersebut maka gossip telah timbul melibatkan pengarah filem tersebut. Ada yang mengatakan pemilihan pelakon filem tersebut ada unsur pilih kasih. Mungkin kerana tidak terpilih untuk membintangi filem tersebut maka gossip tersebut ditimbulkan untuk memalukan pengarah filem tersebut.

Ada gossip lain pula melibatkan pengarah dengan pelakon utama dan pelakon pembantu filem tersebut. Walau ini gossip yang tidak berasas tetapi pengarah tersebut tidak mahu mengeluarkan komen beliau. Katanya, ‘apa salahnya kalau betul pun, jeles ke?’

Wallahualam.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.