Monday, August 17, 2009

Melawat Melaka Bererti Perlu Ke Rumah Saya...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sebenarnya tiada benda sangat nak diceritakan pasal Melaka, apa yang ada kat Melaka, apa yang best, apa yang special, apa yang bagus untuk kanak2, remaja mahupun seisi keluarga. Bukan tidak best Melaka ini, cuma sebagai anak jati Melaka yang sudah 2 dekad menetap di Melaka, sekolah rendah dan menegah di Melaka, Matrikulasi Melaka dan lahir pun di Melaka, dah bosan nak cerita kat orang semua benda tu. Dah banyak kali dan dah banyak orang dah Tuah cerita.

Tuah memang tidak ada bakat nak jadi pemandu pelancong. So, Tuah biarkan gambar2 ini yang memandu anda. Sebelum itu, Tuah nak bagi pendapat sedikit pasal negeri Hang Tuah ini. Bagi Tuah, punca kepada bestnya Melaka ini kalau nak dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia ialah tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan di sini. Bukanlah Tuah suka benda2 ni masih wujud, sebab buat apa nak dibanggakan tinggalan penjajah ini. Cuba tengok istana Melaka habis semua dimusnahkan colonial. Tapi, benda inilah yang telah banyak menarik perhatian pelancong ke sini.

Maka, ini telah menjadi sumber asas kepada pendapatan negeri. Kalau nak harapkan sumber bumi memang macam tiada. Jangan nak kata petroleum, emas, getah mahupun beras, yang ada pun semuanya hanya kecil2an. So, hanya pelanconganlah sumber utama Melaka, seiring dengan Malaysia yang menjadikan pelancongan antara sumber pendapatan negara. Kalau nak tahu, moto tahun melawat Melaka ialah 'Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia'. Kalau Tuah, 'Melaka Truly Malaysia' adalah lebih tepat.

Nak cakap lebih2 nanti mengarot je yang lebih, so, layan sahajalah gambar2 ini. Bawah setiap gambar akan Tuah bagi description sikit sebagai pedoman anda. Enjoy!

~Menara Taming Sari,
salah satu mercu tanda Melaka~


~Sungai Melaka,
lawa gila bagai Venice Asia~

~Taman Mini Malaysia a.k.a. Taman Mini ASEAN~

~Eye On Melaka,
1/4 saiz Eye On Malaysia yang kini juga terletak di Melaka~


Sebenarnya, Tuah bukanlah bagus sangat pun nak cerita pasal Melaka ni sebab Tuah dah 2 tahun tinggal di luar Melaka dan tidak berjalan2 di sekitarnya. Oleh kerana Tuah ni dulu tinggal kat hostel masa sekolah menengah dan matrikulasi even di Melaka je Tuah memang kurang keluar ke bandar.

Last time Tuah ronda2 Melaka ini masa tunggu result SPM dan ada reunion dengan ex-schoolmate. Itupun tidak mencukupi kerana hanya berlaku sehari je dan kami tengok wayang hari tu, huhu. So, tiada maknanyalahkan? Kalau benda2 lama Tuah tahulah. Tapi, yang baru2 ni Tuah tidaklah tahu.

Wallahualam.

p/s:
* bukan anak kayu jati Melaka tapi anak jati Melaka, sebab mana ada pokok jati Melaka
** selain Dataran Pahlawan Megamall, Melaka ada Maidin terbesar di Malaysia, ada 2 kedai Maidin, ada 2 Jaya Jusco, ada 2 Gient, ada 2 Parkson Grand,ada 2 Carrefour dan ada International Airport starting October 2009.

*******

Pepatah Tuah: Tuah is unTruly Laksmana Hang Tuah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.