Friday, June 12, 2009

Isteri Umpama Tv, Awek Umpama Handphone?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

100% Tuah tidak bersetuju dengan kebenaran perbandingan ni, bukan sebab Tuah lelaki or sebab Tuah gentleman (gentleman ke?), tapi Tuah yakin dan percaya tidak semua orang mempunyai pengalaman yang sama, kaedah yang sama, rutin hidup yang sama, sifat yang sama, long story short tiada manusia yang sama di dunia dari pelbagai aspek. Bak kata pepatah rambut sama je kat atas kepala tapi hati sama je dada, rambut sama hitam hati lain2.

Tapi, Tuah saja post benda alah ni sebagai renungan, petua, tips or sebagai senda gurau baik kepada laki2 mahupun perempuan2 di luar sana. Tuah dapat benda ni dari blog seorang kawan dan dia sendiri pun tidak tahu asal-usul benda alah ni.

Untuk perbandingan antara tv dan hp ni, sebenarnya perbandingan antara isteri dan awek. Isteri kita ganti dengan tv dan awek kita ganti dengan hp. So, enjoy yourself!

Perbandingan 1:
* kat rumah tengok tv, keluar rumah or jalan2 bawak hp...!
(semua orang macam tu, tv tidak boleh keluar rumah, ada siapa2 ke yang nak bawak tv ke hulu ke hilir, gedabak sangat? hp takpelah, comel je)

Perbandingan 2:
* tiada duit jual tv, ade duit beli hp baru...!
(yelah, kalau jual tv banyak sikit dapat, nak beli balik dah tak mampu, hp murah je, hp tak jual tapi trade-in)

Perbandingan 3:
* kadang2 je seronok tengok tv, tapi selalunye banyak habiskan masa main hp...!
(ni sebab rancangan tv membosankan, dengan hp banyak benda boleh buat, Tuah pun dah jarang tengok tv, especially lepas datang Indonesia ni)

Perbandingan 4:
* tv percuma sepanjang hayat, letinggal beli je letak kat rumah, tapi hp kalau tak bayar servis line, taliannya akan ditamatkan serta merta!
(ada tempat just bayar cukai siaran setahun sekali or seumur hidup sekali, kadang2 je sebulan sekali, sebab rancangan tv yang grand, kalau grand mesti orang tak kesah bayar lebih, tp hp setiap kali nak guna kena bayar!)

Perbandingan 5:
* tv saiznya besar, berat dan dah buruk kalau dah lama disimpan di rumah, tapi hp cute, ramping, banyak butang boleh dipicit2, banyak benda boleh buat, boleh bawak pergi mana je, dan bila2 masa!

Perbandingan 6:
* kos penyelenggaraan tv murah je, lagipun jarang rosak, tapi hp mahalnya! selalu meragam pula tuh..!
(hp kena jaga betul2, tak boleh jatuh calar or masuk air nanti tak best dah, kena tukar baru, tp tv buruk2 pun masih berguna)

Perbandingan 7:
* yang kesiannya, tv kita boleh control dengan remote control..tp hp tiada remote control...! (kalau nak control tv dari jauh dan dari mana2 pun senang)

Perbandingan 8:
* just 1 saja kelebihan tv, tiada virus, tapi kalau hp sekali kena virus terus kena format semuanya...!

So, jangan pening2kan kepala buatlah pilihan yang tepat, chose tv over hp for your own good, even better kalau beli tv plasma, boleh kongsi ramai2, boleh guna ramai2, boleh tengok ramai2, kan? Harap2 tiada yang tersinggung ye? Maaf dipinta kalau ada.

Wallahualam.

*******

Pepatah Tuah: rambut sama je kat atas kepala tapi hati sama je dada, rambut sama hitam hati lain2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.