Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
(sambungan dari sini...)
“Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas pemilihan kamu sebagai anggota pengawas disiplin dan pengawas pusat sumber sekolah untuk tahun hadapan. Pada saya, penanggungjawaban sebagai pengawas sama ada sebagai pengawas disiplin mahupun pustakawan bukanlah suatu yang muda,” dan seterusnya.
Di akhir ucapan, guru besar sekali lagi mengucapkan tahniah kepada yang terpilih sebagai pengawas. Tuah yang pada masa tersebut masih tekejut dan terpinga2 kerana terpilih sebagai pengawas atau pustakawan masih lagi terdiam tidak percaya. Ingatkan akan di rotan atau paling tidak di marahi guru besar, tapi sangkaan Tuah meleset pula.
Tiba2, cikgu yang mempengerusikan majlis memanggil beberapa nama untuk berjumpa dengan guru besar di pentas. Berderau darah Tuah bila mendengar nama Tuah turut disebut. Apa pula lagi ini? Ingatkan sudah selesai. Mungkin ini tujuan sebenar Tuah diminta ke sini sekarang.
Setelah semua yang dipanggil berada di atas pentas, guru besar mula berbicara, “kamu tahu tidak kenapa kamu diminta oleh guru kelas kamu untuk berjumpa saya sekarang?” Masing2 menggelengkan kepala. Sambil tersenyum, beliau berkata, “sebentar lagi kamu tahu,” lalu beliau menyuruh Cikgu Husin mengumumkan sesuatu.
“Baiklah, di sini saya ingin mengumumkan nama2 pelajar yang mendapat nombor 1 dalam tahun masing2. Tahun 1...” dan seterusnya. “Untuk tahun 3, adalah..” tiba2 nama Tuah disebut. Terkejut sangat Tuah pada masa tersebut, sampai tidak perasan ucapan tahniah dari teman2 yang turut berada di pentas.
Dua kali kejutan pada satu2 masa. Seakan tidak mampu tertahan lagi, Tuah langsung bertemu Akmal yang berada di bawah pentas untuk bersama bersorak gembira. “Tahniah, akhirnya kau dapat masuk kembali ke kelas 1.” Tuah dipanggil semula ke atas pentas untuk berjumpa dengan guru besar.
Di sana, guru besar memberikan surat kepada kami untuk diberikan kepada ibu bapa. Lalu, kami dibenarkan pulang ke kelas masing2.
Itu merupakan antara kenangan yang terindah bagi Tuah. Bukan sahaja dilantik menjadi pengawas disiplin malah berjaya mendapat nombor 1 bagi satu tahun 3. Padahal, Tuah dari kelas kedua di tahun 3 kerana di tahun 2 keputusan peperiksaan merosot kerana sibuk dengan latihan taekwando di waktu petang.
Tapi, ada satu lagi kenangan terindah yang berlaku sewaktu Tuah di sekolah rendah. Banyak juga kenangan terindah dalam hidup Tuah, Cuma kebanyakannya di sekolah menengah. Segan pula nak diceritakan di sini. Takut ‘mereka’ yang terlibat membaca blog ini juga, eventually. Ceritanya begini.
Di sekolah rendah Tuah seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, bukan ahli biasa, tapi ketua atau pengerusi peringkat sekolah. Dan PBSM di sekolah Tuah merupakan antara yang terbaik di Melaka. Bukan Tuah yang kata, tapi ada buktinya.
2 tahun berturut2 sebelum Tuah menyertai persatuan ini, mereka telah menjadi juara keseluruhan dalam Perkhemahan PBSM Peringkat Negeri Melaka. Dan sejak Tuah sertai bermula darjah 4 hingga darjah 6, kami memang juara. Kalau tidak silap tahun berikutnya kami tidak sertai kerana telah menjadi juara 5 tahun berturut2. Tahun seterusnya juara kembali, 2 tahun berturut2.
(bersambung...lagi)
~siapa yang create video ni memang terbaiklah!~
p/s:
1) exam ada lagi 2 minggu, aduh, cuaknya!
2) ada siapa2 yang bosan dengan cerita ini tolong bagi tahu, so that Tuah tak buat sambungannya
3) lepas ini buat pasal lain pula, mungkin
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.