Friday, August 14, 2009

Memfaedahkan Cuti Yang Kontot

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sudah masuk hari ke-10 Tuah berada di Malaysia sempena cuti interyear. Bagaikan baru semalam sahaja Tuah tiba di negara tercinta ini. Kesejukan Jatinangor pun belum hilang daripada tubuh tegap Tuah. Ada lagi seminggu nak masuk bulan Ramadhan dan cuti cuma tinggal setengah bulan sahaja.

Alangkah zalim fakulti terhadap pelajar2 Fakultas Kedoktoran Universitas Padjadjaran kerana memberi cuti yang amat singkat terhadap pelajar tersebut. Sedangkan pelajar2 dari Fakultas Kedoktoran Gigi dan Fakultas Farmasi dapat bercuti lama sehingga ada yang hanya pulang selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Namun, hal ini tidak langsung mematahkan semangat Tuah untuk memenuhi cuti beliau yang pendek ini dengan perkara2 dan aktiviti2 yang berfaedah. Sebagai contoh, Tuah banyak meluangkan masa bersama keluarga sepanjang minggu yang pertama beliau bercuti. Bukan tidak mahu berkunjung menziarahi rakan2 yang telah lama menyatakan kerinduan terhadap beliau, maklumlah telah setahun tidak bersua.

Tetapi, kesihatan diri yang menghalang beliau daripada melakukan aktiviti tersebut. Beliau telah dilanda penyakit yang popular dikalangan pelajar2 UnPad iaitu diarrhea sejak hari pertama beliau berada di rumah. Setelah hari ke-6 barulah penyakit itu menghilang.

Tanpa membuang masa, setelah sembuh Tuah langsung melangkah jauh terus ke Mahkota Parade bukan untuk melepak tetapi untuk menghadiri PC Fair yang diadakan selama 3 hari bermula 7-9 Ogos. Kali ini masih bersama famili.Semua sekali ada.

Berkunjung ke PC Fair yang diadakan setahun 2 kali ini seperti berkunjung ke Low Yatt, even saiznya jauh lebih kecil kalau mahu dibandingkan. Setelah mem’borong’ beberapa barang eletronik dari situ Tuah sekeluarga lantas ke Dataran Pahlawan Megamall, shopping kompleks terbesar di Malaysia, rasanya, yang terletak dihadapan Mahkota Parade.

Habis satu hari itu Tuah berjalan di sekitar Melaka yang kini telah banyak berubah berbanding 10 tahun beliau berada di luar negeri. Bab ni akan Tuah khabarkan di post akan datang.

Hari2 yang seterusnya Tuah gunakan untuk mengeratkan kembali silaturrahim dengan saudara-mara beliau samada yang dekat mahupun yang jauh, yang kecil mahupun yang besar. Seronoklah juga dapat jumpa seramai mungkin saudara walau tidak dapat berjumpa semua kerana ada yang belum pulang dari honeymoon.

Sebut pasal honeymoon, mereka ini macam sengaja mahu mengenakan Tuah. Tahulah orang tidak boleh balik nak tengok dia kahwin, semuanya nak kahwin masa Tuah tiada di Malaysia. Ada 6 pasangan yang berkahwin sepanjang ketiadaan Tuah setahun lalu. Siap ada yang belum habis honeymoon lagi. Pergh, jelous betul dengan sepupu sepapat Tuah tersebut. Tidak mengapa, tidak lama lagi Tuah pula akan menamatkan zaman bujang beliau. Huh!

Hujung minggu ni pula Tuah akan ke KL dan sekitarnya kerana mahu menziarahi kawan2 beliau yang semuanya berada di universiti masing2. Alangkah malang bagi Tuah kerana semasa cuti inilah tiada kawan beliau yang turut bercuti. Tuah sudah merancang pengembraan 3 hari 2 malam untuk melepak bersama teman2 beliau termasuklah yang berada di UKM, UM, UCI, UiTM dan universiti2 serta kolej2 di KL dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Oleh kerana dah panjang sangat post kali ini, Tuah nak tamatkan post ini dengan beberapa pesanan.

1. jangan berkunjung ke tempat yang ramai orang.
2. jaga kebersihan diri secara berlebihan.
3. jangan lupa baca bismillah sebelum melakukan sesuatu.
4. jangan tinggal solat berjemaah.
5. sila berkunjung ke Melaka sebelum Tuah pulang ke Bandung, bolehlah kita bersua muka.
6. kepada teman2 Tuah yang berada di KL dan sekitarnya jangan lupa luangkan masa yang banyak dengan beliau apabila Tuah berada di sana nanti. Kepada yang berada di Melaka dan sekitarnya, nextweek Tuah sampai, nak ke KL dulu hujung minggu ni sebab ada program, hehe.

Pendek kan? Akhir kata life’s what you choose, so let’s choose to make it rock.


~Datarn Pahlawan Megamall, berdepan dengan Mahkota Parade~

Wallahualam.

*******

Pepatah Tuah: Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia, mati dalam erti kata lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.