Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Bayangkan...
Lahir sebagai yatim piatu, tidak pernah melihat wajah ibu bapa walau dalam gambar. Pastinya tidak pernah terbayang bagaimanakah rupa keduanya. Apatah lagi memori bahagia bersama.
Sejak kecil hidup bersama ibu saudara, yang mempunyai suami yang bukan sahaja membenci malah membiarkannya dibuli oleh sepupu yang pemanas dan kawan2nya yang merupakan pak turut. Di anak tirikan bukan sahaja dalam rumah malah dalam lingkungan sosial sekitarnya.
Sebagai anak tunggal dan ibunya pula dibenci oleh saudara mara, dia langsung tidak mengetahui sejarah hidup ibu bapanya dahulu. Siapakah mereka dan apa pekerjaan mereka. Malahan, sebab kematian ibu bapanya juga bukanlah seperti yang diceritakan oleh ibu saudaranya.
Namun, semuanya berubah pada suatu hari. Bermula dengan sepucuk surat sehingga beratus malah beribu2 surat yang diterima dihantar langsung untuknya. Setelah dirampas oleh bapa saudaranya semua surat2 tersebut, seorang utusan dihantar untuk memastikan dia membaca isi surat tersebut.
Betapa terkejutnya dia apabila mengetahui siapa dirinya, begitu juga kedua ibu bapanya. Setelah bertengkar antara utusan tadi dan ibu saudaranya, barulah ibu saudaranya mengesahkan segalanya, termasuk tragedi pembunuhan ibu bapanya dan nasibnya yang terselamat dari tragedi tersebut.
Pada akhirnya, dia dijemput untuk mendaftarkan diri ke sekolah yang diciptakan khas untuk dirinya, dia telah bersiap sedia. Walau ditentang hebat oleh ibu dan bapa saudarnya, dia tetap pergi untuk hidup bersama dengan orang2 yang khas sepertinya.
Setelah lima tahun bersekolah di sana dan pulang tiap kali cuti sekolah, dia kini sudah mempunyai reputasi sebagai wira bagi rakan2 dan mereka yang berasal dari dunianya. Namun, ada juga pihak yang jahat yang menganggap dia sebagai halangan untuk mereka mencapai tujuan jahat mereka.
Berbagai rancangan telah dijalankan sejak tahun pertama dia bersekolah di sana untuk menghancurkannya. Suatu kelompok yang diketuai oleh seorang yang paling ditakuti oleh masyarakat di dunianya telah berkali mencuba untuk membunuhnya.
Tetapi, berkat nasib dan bantuan dari kedua orang teman rapatnya, dan teman2 sekolahnya serta seluruh masyarakat sekitarnya, segala usaha jahat tersebut dapat dipunahkan. Setelah bertahun2 menjadi wira bagi mereka, kini akhirnya dia perlu membuktikan kehebatan dirinya.
Setelah pelindungnya yang amat hebat akhirnya mati untuk melaksanakan misi utama mereka, dia kini hanya boleh mengharapkan kedua orang temannya sebagai pendamping bersama2 dalam usaha untuk menjatuhkan kekuasaan musuh utamanya dan masyarakat dunia.
Pelbagai cubaan dan halangan bakal dihadapi mereka dalam melangsaikan misi tersebut. Banyak rencana yang telah dirancang, tetapi semuanya mesti dirahsiakan oleh mereka bertiga walau kepada ibu bapa, keluarga dan teman2.
Okey, sudah boleh berhenti bayangan anda tadi.
Begitulah serba sedikit cerita latar belakang mengenai kisah seorang remaja yang diminati ramai, dari kelompok kanak2, remaja, dan dewasa di seluruh dunia. Remaja yang diberi julukan The Choosen One ini tidak lain adalah Harry James Potter.
Tuah mula menonton filem pertamanya ketika cuti sekolah selepas PMR. Setelah tamat menonton filem keempat, Tuah terus mencari novelnya pula. Dibaca langsung dari yang pertama sehingga yang ke lima. Kerana yang keenam dan ketujuh belum diterbitkan lagi.
Mula meminati siri ini setelah mendengar serba sedikit ceritanya dari abang Tuah ketika berkebun bunga di rumah. Kerana bunyi filemnya macam seronok, maka Tuah mulalah bergelumang dalam dunia magik si Harry Potter.
Malam ini Tuah akan menonton filem ketujuhnya di panggung wayang gambar (PAWAGAM). Walau sedikit terlambat (2 minggu lambat, sedikit apanya!), tapi tidak ada bezanya dengan apa yang dilihat oleh mereka yang telah menontonnya lebih awal.
Sedih juga mahu menonton bahagian pertama filem yang diadaptasi dari novel ketujuh atau terakhirnya ini sebab setelah tamat bahagian kedua nanti maka tiada lagi cerita mengenai Harry Potter lagi, legasinya dan dunianya akan tamat di sini.
Tapi, hidup mesti diteruskan. Semoga ada lagi novel yang setanding atau lebih baik lagi dari siri ini. Tidak kisahlah dari mana asalnya atau bahasanya. Yang penting kualitinya bagus dan tidak menyesatkan minda pembacanya.
Wallahualam.
~suka tengok iklan ni, lagu dia best~
p/s:
1) wah, ini post pertama Tuah sejak berhenti sementara mengisi blog ini, 14 minggu yang lalu
1) banyak post yang Tuah buat sepanjang 14 minggu ini tapi berhenti sekerat jalan, tiada mood dan semangat untuk ditamatkan. Mungkin sebab kecewa sangat kot
2) banyak yang minta Tuah update blog ini, tapi Tuah rasa macam nak tutp sahaja. Buka yang baru, yang lebih emosi serta berhati dan perasaan
3) banyak yang berlaku pada Tuah sepanjang 14 minggu ini. Kalau ada masa akan diceritakan sedikit di sini, kalau Tuah sudi
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.