Tuesday, July 14, 2009

Bring Islam Back, Bring Islam Back

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Buka berita atau baca paper online atau laman2 Islamik sekarang tengah panas dengan 2 cerita:

1-pembunuhan wanita Mesir bernama Marwa Al-Sherbini di dalam mahkamah di negara Germs,
2-pergolakan dan pembunuhan ke atas umat Islam di wilayah Xinjiang, China.


~Al-Fatihah buat Marwa Al-Sherbini,
semoga diletakkan bersama para syuhada'~


Kes Marwa ni Tuah tengok kat artikel Dakwatuna bertajuk 'Islamofobia Terjadi di Jerman' 4 hari lepas kot, dan kes Xinjiang ni kat Utusan Online bertajuk '140 Terbunuh di Xinjiang' lebih kurang seminggu lepas. Masa tengah sibuk nak remedial exam ni Tuah taknak pula ketinggalan dengan isu2 semasa dunia ni.

Masa baca kes Marwa ni Tuah memang panas gila2 sampai buat shout-out kat YM nak bagi tahu suma orang pasal berita tu sebab takde masa nak buat post masa tu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa marah dan sedihnya Tuah baca kisah tu. Nasib Tuah ni bukan yang jenis suka menangis, kalau tak memang menangis juga masa tu.

3 perkara yang menyayat hati masa tu:

1st, kerana wanita tu dipanggil terrorist hanya sebab memakai tudung.

2nd, wanita tu dibunuh dengan 18 tikaman selepas berjaya mempertahankan maruahnya sebagai Muslimah sejati yang memakai tudung demi Allah setelah menang saman ke atas lelaki tersebut.

3rd, sebab apa polis tak tolong masa Marwa ditikam depan mata diorang tu, malah apabila suami Marwa tu nak tolong dan kena tikam juga 3 kali, kena tembak pula di kaki oleh polis yang buat bodoh taknak tolong. Bukannya nak tolong lagi dia tembak suami Marwa tu. Alangkah bangsatnya semua polis yang ada masa tu yang boleh tolong tapi tak tolong.

Pasal kes kat Xinjiang ni pun satu hal. Bermula dengan rusuhan yang berpunca dari satu demonstrasi aman tapi tiba2 jadi teruk. Selepas etnik Islam Uighur di China menuntut penjelasan berhubung kematian dua pekerja kilang mainan dalam satu rusuhan di selatan China. Ada seorang pekerja perempuan yang disepakterajang oleh rakan sekerjanya berbangsa Han yang tak tahu pulak apsal disepaknya perempuan tu sampai mati pulak tu.

Memang tak paham dengan perangai diorang ni. Tapi memang Rasulullah dah bagi tahu dulu yang musuh Islam ni takkan puas selagi umat Islam ni tak ikut cakap mereka, tak ikut agama mereka. Satu lagi hadis riwayat Imam Abu Daud r.a. yang ni:

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Hampir seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu seperti orang yang sedang lapar menghadiri makanannya".

Mereka bertanya:" Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "malah kamu ramai, tetapi laksana buih di lautan, dalam hati mereka para musuh kamu tidak ada rasa segan terhadap kamu dan dalam hati kamu sendiri tumbuh penyakit wahan,"

Mereka bertanya:" apakah yang dimaksudkan dengan penyakit watan itu wahai Rasulullah?.
Jawab baginda;" perasaan cintakan dunia dan takutkan kematian."

Maka, marilah bangkit saudara2ku di seluruh dunia dari tidurmu yang sudah lena sekian lama. Seperti lagu Soldier Of Allah 'Sleeping Gient':

The poison is injected,
The giant is asleep,
He’s chain into sections,
To keep him off his feet,
The mission is forgotten,
The bond is getting weak,
Wake up oh Muslim Ummah,
Before we face the hea
t.

Jom pemuda pemudi Muslimin wa muslimat sekalian, ayuh bangkit bersama Islam. Kita tegakkan kembali sistem Khalifah yang telah terbukti berjaya membela nasib umat Islam di zaman kegemilangannya dulu. Umat Islam takkan lagi dimalukan di muka bumi ini lagi, amin.

Bring Islam Back, Bring Islam Back

~khalifah pembela ummah~

*******

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.