Wednesday, October 7, 2009

Peraturan Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapalah yang suka peraturan sekolah. Even ketua pengawas langgar peraturan, walau kadang2 dan peraturan kecil sahaja. Tidak usahlah cerita pasal cikgu. Cikgu disiplin pun hisap rokok tepi tandas sekolah. Nasib baik tiada siapa yang nak report pada pengetua.

Kalau bersekolah di boarding school biasanya ada warden asrama. Mereka akan datang kejut subuh 5.30 pagi untuk solat jam 6.15 pagi. Well, usually only form 1 and 2 sahaja yang bangun apabila dikejutkan. Form 3 to 5 akan bangun setelah dikejut pada pusingan kedua. Iyalah, setiap malam tidur lewat. Sebabnya ada macam2.

‘Fly’ keluar sekolah samada pergi kedai mamak tengok bola atau pergi shopping complex tengok wayang atau main snooker. Kalau tidak pun mereka yang boleh di gelar burung hantu yang aktif di malam hari ini akan ganggu junior2 yang sedang tidur. Macam dah tiada kerja lain. Terutamanya hujung minggu, senior2 ini akan panggil junior2 yang mereka rasa agak kurang hormat pada mereka dan di’ragging’ sampai ke subuh.

Lepas subuh ada kuliah subuh. Kalau 15 minit sahaja tidak apalah. Ini tidak, selagi belum cerah langit tu selagi itulah tidak berhenti ceramahnya. Senior2 yang turun subuh belum mandi mesti risau tidak sempat nak sarapan dan bersiap2 ke perhimpunan harian sekolah. Junior yang bangun awal sebelum subuh untuk mandi tenang sahaja balik dari masjid, sarapan dan bersiap2 ke sekolah.

Kalau lambat ke perhimpunan sekolah pun satu hal juga. Semua yang lewat atau pakaian tidak rapi akan diminta berbaris di depan perhimpunan. Jatuh saham hari itu depan kawan2 perempuan. Dan yang peliknya kebiasaannya hanya lelaki sahaja yang ada di depan. Sebelum tamat perhimpunan pengetua will do the honour, menyebat setiap yang diminta beratur di depan tadi. Bukan setakat kena sebat, lepas itu kena lari keliling padang bola sekurang2nya 3 kali dan kena pungut sampah di sekitar sekolah.Confirmlah lewat masuk kelas hari itu. Kena bebel pulak dengan cikgu pagi itu.

Sekolah tamat jam 2 petang setiap hari selain hari Jumaat. Setiap solat fardhu wajib berjemaah di masjid, termasuklah zohor dan asar. Kalau warden dapat tahu ada yang langsung balik ke asrama lepas kelas memang kena. Habis solat zohor baru dibenarkan masuk asrama untuk makan tengahari dan istirehat sebentar. Jam 3 petang dah mula kelas persediaan atau prep. Tidak sempat nak tidur sekejap.

Tamat prep ialah apabila masuk waktu asar. Tapi, ada sahaja yang datang masjid awal untuk tidur sebelum asar. Kadang2 dari asrama langsung ke masjid tanpa singgah ke kelas, kalau tidak kantoi dengan wardenlah. Lepas solat asar akan ada bacaan maksurat dan taklim. Kalau sekejap tidak apalah. Biasanya dah dekat pukul 6 petang baru tamat taklim. Itu pun junior sahaja yang tinggal. Senior2 lepas bacaan maksurat semua hilang balik ke asrama untuk minum petang dan bersiap2 untuk turun ke padang. Kalau turun ke padang mesti nak ontime atau awal sikit.

Jam 6.30 petang warden bertugas dah round ke padang nak pastikan semua pelajar dah naik mandi dan makan malam. Jam 7 malam semua dah kena turun ke masjid. Dan biasanya senior2 akan turun ke masjid apabila iqamat berkumandang, bukan azan maghrib. Sebab ada yang masih berbual2 masa azan maghrib dan belum mandi. Mana tidaknya, antara jam 6.30 petang hingga jam 7 malam ada 500 orang pelajar yang nak makan malam dan mandi serentak. So, senior akan bagi peluang junior2 mandi dan makan dulu, then barulah mereka pula makan dan mandi.

Lepas solat maghrib ada tadarus atau halaqah atau bacaan Yasiin kalau malam Jumaat. Tapi, biasanya senior2 yang tidak mahu melibatkan dengan aktiviti2 masjid ini akan berada di asrama menonton televisyen atau ‘fly’ cari makan di luar sebab tidak sempat makan malam di dewan makan asrama kerana jam 7 malam dewan dah tutup. So, hanya junior dan beberapa senior sahaja yang mengimarahkan masjid malam itu. Kalau nasib tidak baik, warden akan stop rogram tu lebih awal dan buat spotcheck. Siapa yang tiada nahaslah malam itu kena panggil ke bilik warden lepas isyak atau lepas prep malam.

Biasanya lepas isyak ada prep malam sampai jam 10.45 kecuali hujung minggu dan cuti umum. Lepas prep ada minum malam. Jam 11.30 malam semua lampu kena padam dan tidak boleh buat bising selepas lampu padam. Sebabnya warden akan round setiap jam 11.45 malam dan jam 2 pagi. So, kalau ada program lewat malam seperti yang disebutkan dalam perenggan ketiga tadi akan dimulakan pada jam 2.30 pagi setelah warden yang round tadi telah pulang ke bilik warden atau ke rumah warden.

Seronokkan kehidupan di asrama? Setiap masa junior sahaja yang ikut peraturan sekolah dan senior akan sentiasa melanggarnya. Dan apabila junior itu menjadi senior maka mereka juga akan ikut contoh teladan senior2 mereka tersebut. Dan kerja warden nak pastikan semua peraturan sekolah tidak dilanggar hanya sia2 kerana mereka tidak tahu aktiviti2 dan perancangan2 pelajar melanggar peraturan sekolah, tanpa pengetahuan mereka di depan mata mereka.

Bagi junior, mereka rasa terkongkong pada awalnya kerana tidak biasa dengan peraturan2 sebegini di rumah. Lama kelamaan mereka akan rasa selesa. Bila dah tahu segala gerak geri senior dalam melakukan ‘aktiviti2’ senior, maka mereka akan mula rasa terkongkong kerana tidak dapat berbuat seperti apa yang senior mereka buat. Ada yang masa form 3 dah minta pada ibu bapa untuk keluar dari asrama kerana tidak tahan dengan peraturan2 sekolah.

Iyelah, kalau difikirkan berpandukan fikiran pada masa itu memang segala peraturan tersebut tidak masuk akal. Adalah mustahil jika setiap masa nak turun ke masjid solat berjemaah, terutamanya waktu subuh. Takkanlah tidak boleh solat sendiri di bilik, siap berjemaah lagi, tapi di biliklah. Takkanlah setiap hari masa untuk turun main bola di padang hanya dari jam 6 hingga 6.30 petang sahaja? Adalah sangat mengongkong jika setiap malam perlu prep. Tidak boleh ke buat hal sendiri pada malam hari? Adalah tidak munasabah jika setiap kali mahu keluar ke bandar atau ke kedai makan di luar kawasan sekolah perlu mendapat izin warden. Susahlah kalau macam itu. Ingat kami ini budak kecil lagi ke? Yang tidak pandai jaga diri lagi?

Itu semua fikiran masa jadi budak sekolah menengah dululah. Tuah percaya majoriti sekolah asrama terutamanya sekolah agama mempunyai peraturan yang tidak jauh bezanya dengan sekolah Tuah. Dan majoriti pelajar akan berfikir seperti yang Tuah fikirkan. Maklumlah, belum matang, belum mumaiyiz, belum boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Iyeke? Bukankah mumaiyiz itu sebelum baligh? Dan takat baligh bagi lelaki adalah ketika berusia 13 ke 16 tahun? Yang perampuan pasti lebih awal.

Bagi yang merasakan kebaikan peraturan sekolah tersebut pasti merasa seronok semasa di sekolah dahulu, dan merasa kebaikan mentaati semua peraturan itu. Bukankah semua peraturan sekolah dicipta untuk bercita2 melahirkan pelajar2 yang berdisiplin, berkaliber, berilmiah, berakhlak mulia, patuh ajaran agama dan macam2 lagi. Pendek kata semua yang baiklah mahu dicipta melalui peraturan sekolah dalam diri setiap pelajar. Bukanlah untuk mewujudkan kaki wayang, kaki botol, kaki ponteng, penjenayah, penipu, dan macam2 benda yang tidak baik. Malangnya, berjaya ke cita2 tersebut?

Bagi Tuah, pengalaman mentaati dan melanggar peraturan sekolah ada baik dan buruknya, ada best dan tidak bestnya. Dan segala pengalaman ini pasti berguna di hari muka terutamanya dalam mendidik adik2 atau anak2 menjadi lebih baik daripada Tuah. Insyaallah. Segala pengalaman ini akan disemat dalam2 di sanubari.

Ada teman2 yang kata pengalaman kena sebat di perhimpunan, kena gantung atau buang asrama dan macam2 hukuman kerana melanggar peraturan sekolah yang lain akan menjadi buah cerita dengan anak cucu apabila sudah tua nanti. Samada untuk dibanggakan atau dijadikan sempadan. Bukan senang nak dapat pengalaman itu semua. Siapa yang dah terlepas dari mendapat pengalaman2 tersebut pasti akan merasa rugi kerana tidak dapat kembali ke masa lampau.

Oleh kerana seronok sangat bercerita kisah zaman sekolah dulu maka sampai terlampau panjang post Tuah kali ini. Semoga ada kebaikan dalam buah tangan Tuah kali ini. Akhir kata, jom puasa 6 semasa masih di bulan Syawal ini.

Wallahualam.

p/s: goodluck and do your best to my bro Ashyraf who sit for PMR today, this just make me worried.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.