Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Berhubungan dengan tajuk di atas, dengan ini Tuah mahu mengumumkan bahawa blog ini akan ditutup buat
selamanya kerana beliau sudah tiada masa lagi mahu meng'hadap' blog beliau. Ini disebabkan beliau akan memulakan hidup baru dan meluangkan masa bersama isteri tersayang beliau.
-
-
-
-
-
Haish, bilalah Tuah boleh buat pengumuman seperti di atas ni. 'Kegatalan' sudah lama menghinggap diri tetapi rezeki yang tidak kunjung tiba. Mungkin tidak lama lagi, insyaAllah.-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Walaubagaimanapun, rasanya sudah masuk 2 bulan blog ini tidak terisi oleh Tuah atas sebab tertentu yang tidak munasabah antaranya sibuk membaca novel sehingga buku2 bersifat akademis dan agama terbiar berhabuk di almari. Nasib baik buku segala buku tidak pernah beliau lupa untuk ditelaah.
Tapi, mulai hari ini selagi diberi kesempatan oleh Ilahi Tuah akan isi blog ini, bukan setakat menaip kosong tanpa isi. Jangan cuba mahu beri alasan sibuk, kerana senior2 Tuah yang sudah mula Ko-Assistant (praktikal di hospital) yang berjadual penuh sentiasa pun boleh update, walau tidak sekerap dulu. Malulah sikit wei!
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.