Wednesday, August 5, 2009

Cuti Oh Holiday...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sehari sebelum pulang ke Malaysia Selasa lepas, Tuah dan beberapa kawan yang tidak pernah pulang sejak tiba di Indonesia hujung Ogos lepas duduk kumpul berbual cerita pasal nak balik esoknya. Tengah sibuk berbual tu datang pula budak2 yang dah pernah balik duduk tumpang berbual sekali. So, topik beralih kepada ke'best'an or ketidak'best'an tidak balik selama setahun.

Ada yang kata best dan ada yang kata tidak best. Maka, sibuklah masing2 mengeluarkan hujah masing2 samada best atau tidak stay selama hampir setahun di Indonesia. Antara hujah bagi yang kata best ialah boleh saving duit dan masa cuti untuk digunakan berjalan2 keliling Bandung atau Jakarta. Contohnya macam rombongan masa hari raya Aidil Fitri yang lepas di mana hampir separuh freshmen yang tidak pulang ke Malaysia pergi beraya di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Bagi yang kata tidak best pula memberi hujah bahawa kalau balik Malaysia dapat jumpa famili dan kawan2 lama. Rindu tidak bertemu selama setahun akan dapat dikurangkan kepada beberapa bulan sahaja. Ada pula yang kata buat apa nak sibuk jalan2 Indonesia masa cuti panjang macam ni, masa hujung minggu boleh je jalan2.

Namun, bagi Tuah yang termasuk dalam golongan yang berborak awal2 tadi berpendapat ada kelebihan dan kekurangannya tidak balik setahun ni. Samada lebih banyak kelebihan atau kekurangan tu depends on cara kita mengolah setiap apa yang kita dah buat masa cuti tu. Kalau kita pandai menfaatkan masa cuti dengan sebaik2nya maka itu adalah lebih baik dari yang lain.

Maka, untuk masa cuti yang memakan masa 4 minggu ni bagi student fakultas kedoktoran Universitas Padjadjaran harap dapatlah digunakan sebaik mungkin. Semoga apa yang akan kita buat bukan sahaja best pada diri kita sahaja tetapi best juga kepada masyarakat, agama dan negara.

Bagi yang menyertai Program Semaian Bakti bermula esok sampai lusa jangan lupa bawak topeng untuk keselamatan anda ketika H1N1 ni sedang busy meluaskan 'pengaruhnya' di seluruh Malaysia. Bagi yang menyertai Eksplorasi Du'at pada 14-16 Ogos ni insyaallah kita akan bertemu di sana kalau Tuah berjaya mendaftar.

Nextpost Tuah akan cerita pasal hari berpindah randah dari hostel ke rumah sewa yang telah tertunda lama kerana tiada upaya nak online 3-4 hari. Cuma post yang dah di'schedual' awal je yang ada. Haha, kantoi plak.

p/s:
1) plan sepanjang cuti dah siap sebulan lepas, entah terealisasi atau tidak
2) dah lama tak online sepantas ini, maklumlah sebelum ini padmanet je, wakaka
3) Tuah selalu buat kerja last minute, ni baru nak daftar Eksplorasi Du'at, entah dapat ke tidak
4) tengah dilanda diarrhea buat kali ke-5 tahun ini, haish.
5) siapa nak no X-pax Tuah (bukan XL ye) sila ym sahaja, taknka bagi kat sini, maklumlah hotstuff, haha.
6) tiada pepatah Tuah untuk post kali ini, tiada idea baru lah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.