Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Selain dapat ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin selama seminggu raya ini, Tuah juga dapat pertanyaan dari teman2, saudara-mara dan kenalan iaitu kenapa tidak pulang ke kampung cuti raya seminggu ini? Well, jawapan Tuah untuk setia Post orang adalah berbeza, tapi, semua jawapan itu jujur dari hati, bukan sahaja setakat Tuah berkata benar.
Adakalanya, Tuah akan jawab sebab cuti seminggu sahaja. Pendek. Kalau balik pun tiada guna sebab bila nak balik ke Indonesia nanti akan terasa berat sebab tidak mahu meninggalkan keluarga sebab belum hilang rindu sebab tidak cukup meluangkan masa bersama sebab cuti terlampau singkat, seminggu sahaja. Apa yang boleh dibuat ?
Well, some agreed but some not. Mereka beralasan walau sependek mana pun hidup ini ia akan terasa panjang jika kita gunakan sepenuhnya. Macam cuti seminggu tu, buatlah sesuatu yang akan dikenang oleh orang yang kita sayang sehinggalah masa kita tiada mereka akan bertambah rindu dengan kita. Ambil peluang untuk bercuti ini untuk mengeratkan perhubungan. At least ianya boleh menghilangkan rindu mereka pada kita atau pun sebaliknya. Hmmph. Betul juga, kan? Ambik Tuah kena tepat ke muka!
Adakalanya, Tuah akan jawab yang saja2 nak rasa beraya di tempat orang. Maklumlah, nak cuba juga apa rasanya pagi hari raya tanpa orang tersayang. Selalunya bila dengar lagu raya macam ‘Dendang Perantau’ atau ‘Air Mata Syawal’ dan ‘Musafir Di Aidilfitri’ Tuah akan cuba bayangkan macamana rasanya jadi macam ‘mereka’. Memanglah bukan benda baik nak merasa seksa berjauhan dengan orang tersayang. Tapi, benda tu selalu terlintas di fikiran apabila mendengar lagu2 tersebut. So now is the chance, isn’t it?
Jawapan orang untuk yang ini lagi best. Kenapa nak susah2 merasa penderitaan yang tidak sepatutnya kita tanggung. Contohnya, untuk bunuh diri kita perlulah melakukan sesuatu yang menyakitkan macam terjun dari bangunan tinggi atau tikam atau tembak diri sendiri. Semuanya akan menyebabkan penyiksaan yang dahsyat untuk sesuatu yang tidak perlu, kan? Belum kira kalau tidak mati, cuma lumpuh atau terlantar di hospital seumur hidup, dan kalau mati memang tiada tempat lain yang lebih baik untuk kita melainkan neraka. Nauzubillahhiminzalik.
Semua itu adalah kerja Allah, untuk menguji sejauh mana tough atau tabahnya kita menghadapi ujian2-Nya. Bila ada peluang untuk mendapat kebahagiaan yang betul dengan cara yang betul kenapa tidak mahu cuba untuk mendapatkannya. Don’t be silly. Go, fight for it!
Jawapan yang tidak popular untuk Tuah bagi ialah nak teman kawan. Ada kawan yang dah decide daripada awal lagi yang dia tidak akan balik raya sebab tiada duit. Tiada duit nak beli tiket flight. So, dengan semangat setiakawan yang tinggi Tuah pun decide untuk tidak pulang juga, nak teman dia konon2nya.
Nak tahu kenapa ini bukan jawapan popular yang Tuah berikan bila orang tanya kenapa tidak balik kampung? Semuanya bagi jawapan yang sama, jawapan yang dah lapuk: kalau kawan ajak terjun bangunan nak ikut terjun ke? Kalau kawan ajak makan tahi nak ikut makan ke? Pleaselah, it is a typical answer.
Yang ini Tuah ada jawapan. Kalau terjun bangunan tu selamat sebab memang ada caranya untuk selamat, cuma perlu pengorbanan sedikit seperti buang rasa takut jauh2, well, apa salahnya. No pain no gain. Tapi, bab makan tahi tu memanglah tidak mahu. Tapi, apa kata kalau dia ajak makan sesuatu yang baru yang kita tidak pernah rasa, tidak tahu buruk dan baiknya, Tuah akan ikut makan. Cuba benda baru is the nicest thing ever. I’m still a teenager, remember?
Dan kalau semua jawapan Tuah tadi kalah atau tidak ‘makan saman’, Tuah akan bagi jawapan yang simple yang tiada siapa pun pernah lawan. Jawapan ini sama dengan alasan kawan Tuah decide tidak pulang ke kampung, iaitu tiada duit. Hah! Anda punya jawapan untuk itu? Cuba usulkanlah. Kita tengok siapa boleh lawan jawapan Tuah itu. Hehe.
After all, Tuah memang tidak pasti apa reason Tuah untuk tidak balik ke Malaysia, untuk beraya selama seminggu lebih ini. Tapi, yang Tuah pasti memang tidak best rasanya beraya di perantauan. Dan kalau boleh Tuah tidak akan cuba untuk beraya berjauhan dari keluarga lagi, because it sucks!
Semoga ini menjadi pengajaran untuk Tuah tidak akan mengabaikan orang tersayang di sekeliling Tuah. Tidak kira betapa marahnya Tuah pada mereka atau apa yang mereka sanggup buat untuk Tuah. Tuah nak jadi orang terbaik. Semua orang nak yang terbaik, kan?
Pada Tuah, orang terbaik ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan orang lain. Orang terburuk ialah orang yang bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada orang lain tetapi hanya menyusahkan orang lain.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.