Wednesday, May 19, 2010

Kenangan Terindah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ini merupakan kisah benar, tetapi, ada tokok tambah sedikit kerana Tuah tidak berapa ingat setiap yang berlaku secara terperinci. Yang pasti cerita ini ada kena mengena dengan Tuah. Enjoy!

Di usia sebelum tadika Tuah seorang yang pendiam, sangat pendiam. Boleh dikatakan apabila orang datang ke rumah Tuah tidak akan ambil kisah langsung, ‘setia’ dengan alat permainan, fokus. Memang Tuah seorang yang fokus.

Pernah sekali tetamu datang ke rumah, kawah abah, Tuah bukan tidak kisah langsung, buat tidak layan sahaja. Selepas salam langsung masuk ke bilik, bermain keseorangan. Kawan2 pun tidak ada, sebab Tuah bukan jenis yang suka merayap ke rumah jiran atau taman permainan.

Tapi, ketika di sekolah rendah Tuah berubah menjadi seorang yang suka bising dalam kelas, bermain dan belajar (lah sangat) dengan kawan2. Memang setiap hari sekolah pagi dan petang Tuah suka bermain. Datang sekolah selalu lewat, tamat perhimpunan harian baru tiba, langsung ke kelas. Kerja sekolah selalu tidak siap, rambut panjang, bising dan selalu didenda oleh guru2.

Namun, penghujung darjah 3 cikgu kelas, Cikgu Zuraidah panggil Tuah ke bilik guru, segera katanya. Selepas pusing2 mencari di mana meja cikgu tersebut, cikgu memanggil dari hujung bilik tersebut. Selepas disuruh duduk baru cikgu berkata, “Ini ada surat untuk ibu bapa kamu, bawa balik dan berikan pada mereka.”

Dengan perasaan takut dan tidak sabar untuk mengetahui isi surat tersebut Tuah langsung menuju ke kelas. Di kelas, Tuah duduk diam membisu, takut melakukan kesalahan dan diberi surat untuk ibu bapa lagi, agaknya. Sampai di rumah Tuah langsung menyimpan surat tersebut dalam almari baju, di simpan dalam2, takut dijumpai ummi.

Seminggu kemudian, Cikgu Zu kelas menyuruh Tuah ke dewan sekolah, kerana guru besar mahu berjumpa. Pelik juga, masakan perlu berjumpa di dewan, bukan di bilik guru besar sahaja. Tanpa berlengah Tuah bergerak ke sana.

Setibanya di dewan, kelihatan ramai pelajar dari darjah 3 hingga 6, juga beberapa pengawas, di sana. Guru besar sedang berada di pentas bersama guru2 disiplin yang garang lagi mengerikan, biasalah, guru disiplin. Semua pelajar di minta untuk beratur beruda2 mengikut tahun, terpisah lelaki di hadapan dan perempuan di belakang. Lalu kami diminta duduk.

Kemudian, Cikgu Husin,  guru yang menyuruh kami beratur dan duduk itu menjemput guru besar untuk berucap. Tiba2, Akmal, kawan sekelas yang beratur di sebelah Tuah bertanya, “apa yang mereka mahu ini? Kita baru hendak bermain galah panjang tadi, tiba2 dipanggil ke sini pula.”

“Aku pun tidak tahu, Mal. Cikgu Zu yang suruh aku ke sini tadi. Katanya, guru besar nak jumpa.” “Samalah dengan aku tadi, kacau sahajalah.” Selepas beberapa ketika, Akmal berkata, “oh, aku tahu kenapa..” Tiba2 percakapnnya dihentikan oleh bunyi mikrofon dan jemputan oleh Cikgu Husin kepada guru besar untuk berucap.

Guru besar memulakan bicara, “Assalamualaikum dan selamat tengahari, guru2 dan murid2 sekalian. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah pada kamu semua...

(bersambung...)

~tontonlah video ni, memang kelakar!~

p/s:
1) mula2 nak buat cerita pasal hari ibu, tapi tiada idea pula, maka buat kisah benar macam ini lebih mudah.
2) sambungannya tidak tahu bila nak buat, haha, kalau ada permintaan mungkin.



Sincerely by,





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.