Saturday, February 13, 2010

Tuah Seorang Syed

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

2 minggu lepas masa dalam perjalanan ke Kota Bandung menaiki bas seorang kawan Tuah ada Tanya kenapa keluarga Tuah meneruskan kelansungan penggunaan nama keluarga iaitu ‘SYED’. Katanya tidak pernah lagi dia jumpa ‘SYED’ selain Tuah seumur hidup dia untuk bertanya macam2 soalan pasal keluarga ‘SYED’.

Tuah pun tidak tahu kenapa setelah setahun setengah kenal baru hari itu dia nak tanya Tuah. Mungkin segan agaknya mahu bnertanyakan hal peribadi pada Tuah. Atau dia tidak berminat pun sebelum ini untuk bertanya. Dan setelah bercerita pasal nama yang dibanggakan dek kerana dikurniakan oleh ibubapa sendiri maka dia punya idea dan kesempatan untuk bertanya.

Macam2 dia tanya, bukan sahaja mengenai penggunaan nama keluarga sahaja. Antara soalan berkaitan ialah mana datang atau asal penggunaan nama ini, apa keturunan orang yang menggunakannya, apa peraturan yang melibatkan anggota keturunan keluarga ini dan hal yang paling biasa ditanyakan pada Tuah ialah pasal ‘SYED’ hanya kahwin dengan ‘SHARIFAH’, serta ada beberapa soalan kecil lain yang Tuah tidak ingat.

Pening jugalah Tuah nak jawab semua soalan tadi. Maklumlah, tiada buku panduan atau peraturan mengenainya. Sumber yang Tuah dapat hanyalah dari pada abah dan ummi Tuah, dan kadang2 dari pakcik makcik dan saudara2 lain, ataupun dari kawan yang juga bernama ‘SYED’. So, kalau salah jawapan Tuah ini sila betulkan pada yang berkaitan.

Jadi, soalan pertama yang ditanya ialah kenapa guna nama keluarga. Katanya zaman ini dah tidak ramai lagi yang mempertahankan penggunaan nama keluarga ni. Lagipun, sekarang ini ramai yang menggunakan nama ‘SYED” dan ‘SHARIFAH’ tetapi bukan dari keturunan ‘SYED’. Apa yang bestnya guna nama ini?

Tuah yang tengah mamai2 duduk dalam bas mengantuk ini terus segar ditanya soalan2 sebegitu. Tuah lantas memikirkan jawapan yang paling tepat untuk diberikan sebagai jawapan. Tauh kata macam ini; “yang Tuah tahu, Tuah tidak pilih nama Tuah sendiri termasuk nama ‘TUAH’ ini. Abah Tuah yang berikan, lalu didaftarkan pada surat beranak.”

Tapi, yang Tuah tahu, nama ini sebagai tanda atau marking untuk sanak saudara lain mengenali satu sama lain, sesama ‘SYED’. Kalau ada sepupu Tuah yang tidak bernama ‘SYED’ atau ‘SHARIFAH’ maka Tuah tahu yang bapanya bukan ‘SYED’ dan bukan dari keturunan keluarga ‘SYED’, dan sebaliknya. Memang ramai yang saja2 meletakkan nama anak ‘SYED’, untuk apa Tuah tidak tahu.

Bagi kami berketurunan ‘SYED’, kami gelarnya ‘SYED JUMAAT’. Kami agak kurang gemar dengan mereka2 yang seperti ini yang sepertinya cuba menipu kaum keluarga kami agar menganggap mereka sebagai satu keturunan. Biasanya kalau nak letak juga nama ‘SYED’ sebab bagus maksudnya, orang akan meletakkan nama ‘SAID’.

Tiada yang special pun dengan nama ini kalau berdasarkan kelansungan penggunannya. Tapi, dari segi maksud memang mantap, tapat ke sasaran. Maksud Tuah, mentang2 nama ‘SYED’ maksudnya pemimpin, banyak persatuan yang dianggotai Tuah diketuai oleh Tuah. Paling rendah pun timbalan. Ingatkan Tuah seorang yang kena, abang2 Tuah juga begitu.

Ada beberapa sepupu dan kawan2 Tuah juga begitu. Tidak tahu pula semuanya hanya kebetulan atau tidak. Tapi, di UnPad Tuah cuba lari dari apa2 group supaya tiada diberi jawatan2 besar lagi. Harap2 sampai habis belajar di UnPad. (EGM PKPMI dan KUBI dah dekat, cuaknya!)

Pasal asal-usul ini, ada berkaitan dengan keturunan kami. Dah memang asal usul mengenai keturunanlahkan? Tuah tidak suka cerita pada kawan2 pasal keturunan sebab takut ada yang kata Tuah berlagaklah, bangga dirilah, riaklah, ujublah, dan macam2 lagi. So, siapa yang betul2 nak tahu boleh request directly pada Tuah melalui ym, facebook atau email, anytime. Pada kawan Tuah itupun tidak diceritakan sebab tidak sempat nak cerita kerana telah tiba di destinasi, dan dia tidak lagi bertanya.

Kalau peraturan ini sedikit sahaja yang Tuah tahu. Pertama pasal wang zakat, haram bagi kami untuk menerimanya selain daripada anggota keluarga kami sendiri. Kedua, pasal kahwin, diharuskan pada kami (oleh kami sendiri, bukan berlandaskan syarak) untuk berkahwin sesama kami. Maksudnya macam ‘SYED’ dengan ‘SHARIFAH’. So, melepaslah pada yang bukan ‘SYED’ atau ‘SHARIFAH’ untuk mengahwini kami. Yang lain Tuah tidak tahu, macam tiada yang lain.

Jadi, sampai sini sahaja cerita Tuah pasal keluarga ‘SYED’ ini. Tidak berminat rasanya bercerita pasal kami ini pada orang lain yang bukan dari kalangan kami. Bukan berlagak, cuma tidak biasa. Sama juga seperti Tuah yang belajar di negara orang, tatkala bertemu orang Malaysia, seronok sangat rasanya bercerita pasal Malaysia dan yang sewaktu dengannya, kan?

Akhir kata, Allah ciptakan manusia ini dengan berbagai bangsa dan warna kulit supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Jangan jadikan perbezaan bangsa sebagai halangan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan kita, rakyat Malaysia dan umat Islam. Adios amigos.

Wallahualam.
~1 Malaysia: kerajaan rakyat atau kerajaan 'langit'?~
p/s:
*happy valentine's day pada non-muslim, yang muslim jangan nak loghat nak sambut juga




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.