Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Seperti yang dijanjikan, post kali ni pasal hal pindah keluar hostel ke rumah sewa. Tuah bukan nak cerita pasal Tuah dan housemate beliau sahaja tetapi termasuk cerita pasal teman2 beliau yang lain. Tuah mulakan dengan cerita pada sehari selepas habis remedial exam 24 Julai lepas.
Seperti yang diketahui ramai (bagi yang berkenaan), remed-boys ada jamuan makan kat Congo. Saja makan2 lepas tension kena study dan exam remedial banyak2 pulak tu. Masa tengah sibuk2 bergambar sakan dan bersuka ria tu ada seseorang buka cerita pindah. Mula2 cerita pasal nak balik Malaysia pastu tetiba je tukar cerita pulak. Siapa punya kerjalah ni.
Ada yang kata wajib pindah keluar 29 Julai. Ada pulak kata kena pindah 30 Julai. Dan ada yang kata tidak perlu pindah sampai 4 Ogos. Ada satu berita budak2 ni bawak yang pada 1 Ogos ada conference mahasiswa fakultas kedoktoran se-Indonesia akan diadakan di UnPad dan mereka akan menumpang di Bale 3 dan 4. Itu sebabnya kami perlu keluar selewat2nya 31 Julai. Tapi, tarikh sebenar kami wajib keluar bale tidak dapat dipastikan malam itu juga.
Pada Jumaat dan Sabtu seterusnya, tidak kelihatan usaha budak2 ni nak kemas barang mahupun nak pindah (di bale 4 je lah, yang lain tak tahu). Tapi, ada 3-4 orang yang mula merisik rumah masing2 samada sudah boleh didiami atau tidak sebelum 30 Julai. Malangnya, ada beberapa rumah mahupun bilik sewa yang tidak dapat didiami kerana belum siap renovate atau penduduk asalnya belum pindah keluar.
Namun, bermula Ahad dan seterusnya pelbagai langkah dijalankan bagi memperisapkan diri dan barang masing2 untuk pindah. Dari pagi sampai malam Ahad dan Isnin tu majoriti budak sibuk mencari kotak untuk membungkus buku2 dan barang2 untuk dibawa pindah bersama.
Orang yang pertama pindah adakah penduduk rumah di Ciladas iaitu Aiman, Ashak, Ato dan Addin pada Isnin petang. So, budak2 yang lain ada yang membantu mempercepatkan proses tersebut termasuk Tuah.
Pada Selasa petang pula adalah giliran penduduk Dusun Gentramanah atau di gerbang untuk pindah iaitu Al-Tuah dan teman2 beliau, Ah-Luq, Al-Taj, Are-Reaf, Ak-Mal, A-Bul, Az-Naz. Sekali pindah 7 orang pecah kepada 2 rumah menggunakan sebuah AngKot 2 trip. Tuah sungguh keletihan pada hari tersebut.
Esoknya, hari perpindahan beramai2 bagi budak lelaki samada ke Falmingo mahupun Alpina. Bro dan Zul pindah pagi, Fahmi, Nae dan Muhib pindah tengahari, Syed dan Kacak pindah petang. Tuah yang kepenatan nerpindah semalam hanya dapat membantu Fahmi, Nae dan Muhib sahaja berpindah, yang lain tidak diberitahu, so tidak dapatlah membantu, huhu.
30 haribulan iaitu Khamis boelh kata seluruh penghuni bale berpindah keluar termasuk Dawi, Indian boys dan penghuni bale 2-3 iaitu girls. Ingatkan hari tu nak rehatkan tangan selepas 3 hari berturut2 tolong kawan pindah. Tapi, terlanjur berada di bale 2 pagi tu maka Tuah turut membantu proses perpindahan warga bale 2 (sikit je lah). boleh tahan penat jugalah sebab Tuah puasa hari tu, itu sebab nak tolong juga, nak tambah pahala puasa.
Tapi, kami bukan pindah terus dari asrama, cuma pindah keluar barang sahaja. Lepas tu kami masih berada di asrama sampai malam tu. Tuah dan kawan2 beliau keluar asrama 5 minit sebelum 12 malam menandakan berakhirnya penghidupan kami di asrama bale padjadjaran pada kali ni. Ada yang kata rindu dan ada yang kata kalau boleh mahu kekal di asrama sehingga masa pulang ke Malaysia. Namun, apakan daya kami telah di'halau' keluar dari bale oleh 'warden' asrama tersebut.
Pada malam 30 tu telah diadakan bacaan yassin dan doa selamat sempena bermulanya pendudukan kami di rumah sewa masing2 yang dianjurkan warga rumah Tuah. Warga rumah Aiman pula turut mengadakan program yang sama 3 hari kemudian.
Memang penatlah Tuah 4 hari tersebut membantu proses perpindahan beliau dan teman2 beliau namun puas hatinya dapat membantu kerana beliau memang suka membantu orang berpindah lebih2 lagi jiran beliau di Melaka yang selalu sahaja berpindah rumah.
Harapan beliau agar hubungan akrab beliau dan rakan2 tidak luntur walaupun masing2 sudah mempunyai rumah sendiri malah berjauhan sedikit berbanding di asrama yang terletak dalam satu kawasan dulu. Bak kata pepatah jauh di mata, dekat di hati, kan?
Esoknya, ramai2 bersarapan di Rasa Nusantara, sarapan pertama setelah tidak lagi bergelar penghuni bale padjadjaran.
Wallahualam.
~bilik Tuah dan Ashak~
*******
Pepatah Tuah: Dekat di kelengkang, sejengkal di bawah pusat, hahaAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.