Saturday, May 30, 2009

Cerita Cawan Cantik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Masa sekolah dulu ada satu karangan yang Tuah tiba2 teringat sekarang. Kan salah satu jenis karangan ialah autobiografi, contohnya Saya Sebatang Pensel. So, masa cikgu suruh buat karangan macam itu so Tuah buatlah karangan bertajuk Saya Sebuah Cawan.

Kalau difikirkan balik memang bosan karangan tu. So, untuk kali ini Tuah cuba buat kembali, remix a.k.a. new version punya. Tapi pendek sahajalah, takde masa nak buat panjang2. Isi yang sama tapi Tuah tukar format dan Tuah bagi tajuk baru, Cerita Cawan Cantik. Kalau boleh nak try balik kat cikgu suruh bagi markah semula, kalau bolehlah. Hehe. Selamat membaca.

Cerita Cawan Cantik

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"Lihat cawan itu, cantik bukan?" kata si nenek kepada suaminya.

"Benar katamu itu, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan tadi berbicara:


"Terima kasih untuk perhatian anda. Untuk pengetahuan kau bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.

Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Sudah beratus kali ku berteriak, "Berhenti! Berhenti!". Namun, tidak diendahkannya malah orang itu berkata, "Belum!"


Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi, dalam Bahasa Inggeris, mencuba nasib mungkin dia kurang mengerti Bahasa Melayu. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku.

Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas ! It's hot!" Teriakku dengan kuat. "Stop ! Cukup!" Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata semacam memerliku, "Not enoughlah!" Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum!
Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop! Stop!" Aku berteriak. Wanita itu berkata, "Not enough!"

Lalu ia memberikan aku kepada lelaki tadi yang lalu memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. "Tolong! Hentikan penyiksaan ini!" Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.


Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku".

Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Mungkin mereka terharu dengan kisah cawan tersebut. Atau mungkin terkesima dengan keajaiban cawan tersebut yang begitu pandai berkata2, mungkin disebabkan tekanan dan penyiksaan yang telah diterimanya dahulu.

Pengajarannya, seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "CANTIK".

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Ujian2 ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

Wallahualam.

cawan saya ini tak boleh berkata2, sorry

*******

Pepatah Tuah: Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.