Saturday, December 4, 2010

Masa Lampau

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ingin Tuah dahului post ini dengan sedikit ucapan selamat hari lahir yang ke 9 buat adik bongsu Muhammad Hafizulamin pada hari ini.Semoga menjadi adik yang taat pada abangnya, hehe. Dan menjadi anak solehah dan cemerlang dalam pelajaran. Jangan main game kerap sangat, nanti lebih bagus dari abang pula. Tidak boleh begitu, abang mesti labih baik, hehe.

***********************************************************************************

Pernahkah anda merasakan tidak puas dengan apa yang telah anda lakukan atau tidak lakukan pada masa lampau seperti di sekolah atau bersama kawan2? Tuah kadang2 ada merasakannya.

Antaranya, kenapa Tuah tidak ambil sahaja jawatan sebagai pengawas sekolah menengah dahulu. Kalau pada masa tersebut Tuah akan jawab tanggung jawab sebagai pengawas disiplin di sebuah sekolah agama yang mempunyai pelajar2 yang bersifat pemberontak adalah sangat besar sehingga tidak sanggup untuk Tuah memikulnya.

Tapi, kalau sekarang, terfikir juga mungkin dengan menjadi pengawas disiplin maka Tuah akan menjadi seorang pelajar berdisiplin walau sedikit. Tidak seperti waktu sekolah dahulu, yang suka melanggar peraturan dan membenci pengawas sekolah.

Sewaktu tingkatan satu, Tuah merupakan satu2nya ketua tingkatan yang kekal sejak dari awal hingga akhir tahun tersebut. Kelas lain semua bertukar sehingga ada yang bertukar 4 ketua tingkatan. Dan, ketika itulah Tuah melihat jika mahu memiliki kawan yang ramai maka jangan menjadi penegak hukum dan yang sewaktu dengannya.

Namun, itu cuma fikiran pelajar tingkatan satu yang belum cukup matang. Jika dapat kembali ke masa tersebut pasti  Tuah akan menerima tawaran menjadi pengawas. Mungkin sahaja Tuah akan menjadi lebih baik dari sekarang. Haha.

Selain itu, Tuah juga menyesal tidak begitu bersahabat dengan teman2 di kolej dahulu. Tuah hanya berkawan sekadar untuk melepasi satu tahun di kolej, bukan untuk selamanya. Hanya beberapa orang sahaja yang masih Tuah berhubungan sehingga kini, perempuan semua.

Kerana pasti yang teman2 lain tidak akan ikut sama belajar ke tempat Tuah belajar sekarang maka Tuah ambil tidak endah pada mereka. Jika memerlukan baru Tuah akan berkawan dengan mereka, jika tidak maka tidaklah kami bersua muka.

Padahal, bukan sahaja orang Malaysia, malah ada banyak lagi teman sekolej yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika. Mereka bukan sahaja ramah malah begitu suka untuk berkawan dengan kita, cuma Tuah yang tidak berminat. Betullah kata orang, Tuah memang seorang yang sombong.

Antara sesalan Tuah yang lain ialah tidak betul2 menjelajah kota Kuala Lumpur sewaktu Tuah tinggal berdekatan dahulu. Tuah lebih suka mengurung diri seorang diri di rumah, daripada menghabiskan masa menjelajah ke seluruh pelusuk Kuala Lumpur.

Akibatnya, hanya beberapa tempat sahaja yang Tuah ingat kerana pernah dikunjungi dahulu. Kalau bercerita dengan kawan2, memang Tuah tidak tahu di mana tempat itu dan ini, di mana boleh dijumpai itu dan ini. Rugi sangat rasanya.

Kalau nak diikutkan, banyak lagi perkara yang Tuah sesali kerana tidak lakukan suatu masa dahulu. Tapi, bak kata orang, barang yang lepas jangan dikenang. Jangan menyesali perkara lampau, tapi ciptalah masa depan yang lebih baik.

Berpegang pada kata2 tersebut, Tuah aan cuba untuk menjalani hidup ini dengan sepenuhnya, to the fullest. Jangan risau, siapa yang mahu berkawan dengan Tuah dipersilakan. Tapi, Tuah perlu mengenal anda dahulu barulah mahu dijadikan teman. Dan, Tuah akan memikirkan betul2 segala tindakan yang akan dibuat selepas ini, bukan terburu2 seperti selalu.

Akhir kata, Tuah bukan mahu mengenang masa lampau, tapi mahu mengingatkan diri supaya jangan do first, think later, tapi thing before do something. Adios amigos.

Wallahualam.


~sambungan video dari post yang sebelum ini~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.