Sunday, August 30, 2009

Sahaja Aku Ber'HARTAL'...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sempena merdeka ini Tuah nak cerita pasal hartal. H.A.R.T.A.L

Hartal? Apakah benda tu? Sejenis kuih ke? Ada dalam kamus ke perkataan tu? Tidak pernah dengar pun? Sejenis kuih ke? Ada dalam kamus ke perkataan itu? Tidak pernah dengar pun. Manalah datang perkataan itu? Itu merupakan antara jawapan2 ke-2 yang diberi pada Tuah apabila beliau bertanya pada rakan2 beliau 'hartal tu apa?' Jawapan pertama yang biasanya diberi pada beliau semuanya sama: tak tahu.

To be honest Tuah sendiri pun tidak tahu apa kejadahnya hartal tu sebenarnya. Iyaiyalah, masakan lahir2 saja sudah tahu macam2? So, sebab nak tahu sangat Tuah pun search kat internet, dan hasilnya adalah post ini. Nak tahu apakah bendanya hartal tu sila teruskan pembacaan anda di post ini.

1st time Tuah dengar perkataan ini ialah semasa menonton tayangan filem pendek bertajuk '10 Tahun Sebelum Merdeka'. Tayangan tersebut diadakan di Fakultas Sastra Universitas Padjadjaran pada penghujung Julai lepas. Tayangan itu memang tidak dihebohkan kepada umum, hanya untuk tatapan student sastra sahaja. Tetapi, kerana terlalu VIP maka Tuah turut diajak sekali untuk menonton.

Berbalik pada hartal, berpandukan filem tersebut dan penerangan daripada pengarah filem tersebut Fahmi Reza, apa yang Tuah faham hartal ini bermaksud boikot atau pemberontakan umum. Maksudnya, kalau kita nak sampaikan sesuatu pada orang2 tertentu secara berkesan maka kita boleh berhartal. Contohnya, macam dalam penjara, apabila merasa tidak bersalah dan dianiaya oleh pihak bertanggung jawab maka penghuni penjara tersebut akan melakukan mogok lapar. Ini supaya pihak bertanggung jawab tersebut akan rasa bersalah kerana telah memenjarakan mereka. Faham?

Selepas pulang daripada tayangan filem pendek tersebut, Tuah pulang ke bilik dan terus search pasal hartal seperti yang didakwa oleh pengarah filem tersebut pernah berlaku di Malaysia 10 tahun sebelum Malaysia merdeka dahulu. Dia kata benda ini tiada dalam buku sejarah di sekolah2, dan ini menyebabkan ramai remaja tidak mengetahuinya.

Daripada search result tersebut, Tuah ada jumpa blog pasal filem ini kelolaan Fahmi Reza sendiri iaitu 10 Tahun Sebelum Merdeka di http://10tahun.blogspot.com. Tuah ada jumpa juga dari Wikipedia dan Banglapedia.

Dari Wikipedia, hartal ini diambil dari Gujarati iaitu 'hartaal' bermaksud gerakan seumpama mogok atau strike action yang dilakukan masa proses untuk mendapatkan kemerdekaan India. Di Malaysia rakyat pernah cuba masa dulu untuk dapatkan kemerdekaan. Acara hartal ini dilakukan pada tahun 1940-an. Malangnya, tiada perubahan yang berlaku.

Kalau nak tahu cerita pasal hartal di Malaysia boleh cari di internet. Ada yang kata 'benda ini' telah cuba untuk dipadamkan dari ingatan rakyat oleh pihak 'yang menang yang menulis sejarah'. Tetapi, bagi Tuah sudah lama rasanya mendengar akan hal ini, cuma kurang pendedahan sangat. Mungkin kerasa mempunya hasil yang tidak memberansangkan langsung.

Kalau nak tengok filem tesebut, bukan bertujuan nak iklankan atau nak kempen, cuma nak berkongsi serba sedikit pasal filem ini, boleh mintak pada Tuah atau download sendiri menggunakan link di bawah ini:
http://rapidshare.com/files/61180093/10Tahun.part1.rar
http://rapidshare.com/files/61184592/10Tahun.part2.rar

Wallahualam.

p/s:
1) salam kemerdekaan ke-52 pada semua rakyat!
2) Tuah kini berada di Indonesia, cuti dah habis, esok dah start kelas, huhu.
3) semoga tiada masalah sepanjang berada di sini pada tahun ke-2 ini.
4) ada yang balik lambat ke Indonesia ni ke? ces!

~Merdeka! (ulang 7x)~

*******

Pepatah Tuah: Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.