Wednesday, February 10, 2010

Kisah 3 Stooges

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Amaran sebelum baca: kalau anda fikir anda terkena, yakinlah bahawa Tuah tidak bercerita pasal anda, tapi orang lain yang mirip seperti anda. Ambil ikhtibar darinya.

Post ini bukanlah post mengumpat atau untuk melepas geram tetapi sekadar kisah tauladan buat anda semua.

Tuah ada 3 orang kawan. Seorang ini pendek dan kecil. Memang kalau bab tidak cukup berat badan untuk derma darah atau kes orang2 kerdil ini memang dia sahaja ‘bahan’ kutukannya.

Seorang lagi, ada masalah pada fizikalnya. Dari segi gayanya nampak macam orang sudah berumur. Memang kalau anda jumpa dia buat pertama kalinya memang anda akan panggilnya pakcik, padahal umurnya baru mencecah awal 20-an.

Dan yang seorang lagi, tiada masalah fizikal, tapi masalah mentalnya. Dia seorang yang lembap, bukan sedikit lembapnya. Bukan tidak pandai atau cerdik, tetapi dalam bertindak dia agak lambat. Dan semua orang yang pernah bekerja dengannya akan makan hati melihat ke’tenangan’nya membuat tugasan.

Nak dijadikan cerita, 3 orang ini berkawan baik. Yang pertama dan kedua ini dating dari IPT yang sama, kenal masa di sana. Yang kedua dan ketiga ini pula satu sekolah. Lalu yang pertama dan ketiga kenal sebab kedua2nya berkawan dengan yang kedua tadi.

Dalam tempoh setahun lebih, ketiga mereka ini agak rapat, macam couple dah, cuma untuk kes mereka ini triple lah. Makan bersama, buat kerja bersama, bermain game bersama, tengok wayang bersama, keluar bersama dan macam2 lagi bersama. Memang macam couple mereka bertiga ini.

Seperti yang Tuah cakap tadi, masalah yang kedua ini pada fizikalnya, yang ketiga ini pada kelembapannya. Dua orang kawan ini selalulah jadi ‘bahan’ kawan2. Tetapi tidak pada yang pertama. Sebagai kawan baik, mereka bertiga tidak pernah mengutuk sesama kawan baik.

Namun, lama kelamaan, mungkin kerana terbiasa dengan kutukan kawan2 lain, maka yang pertama ada kutuk yang kedua dan ketiga. Yang kedua kutuk yang ketiga. Begitu juga sebaliknya pada yang ketiga. Tapi, mereka hanya kutuk belakang sahaja, mahu menjaga hati kawan baik agaknya.

Yang Tuah tidak tahan dan kesian ialah mereka ini saling buat sesuatu bersama sambil memikirkan yang kawan baik mereka ini baik pada mereka dan akan ’back up’ mereka ketika dikutuk orang lain. Malangnya, apabila seorang dikutuk, yang2 lagi hanya senyap atau mentertawakan kembali kawan mereka itu. Sungguh sadis Tuah tengok situasi tersebut.

Di sebalik cerita ini, ada 3 benda yang Tuah tidak faham. Pertama, bagaimana ketiga2 kawan ini boleh bertahan dengan kawan masing2 setelah berkawan agak lama. Kalau Tuah lama sudah angkat kaki.

Kedua, bagaimana kawan baik boleh makan kawan baiknya sendiri. Kawan makan kawan. Memanglah agak ringan pada orang lain tapi pada Tuah benda ini agak serius kerana melibatkan maruah, hati dan perasaaans seseorang.

Ketiga, walau dikutuk kawan baik atau di’makan’ hidup2 oleh kawan baik, mereka tetap setia bersama tidak kira apa juga halangan yang menimpa. Memang special hubungan mereka ini.

Sekali lagi, ingin Tuah tegaskan di sini, cerita ini tiada kaitan dengan anda atau orang di sekitar anda. Cerita ini hanya berlaku pada kawan Tuah yang anda tidak kenal langsung.

Sebenarnya Tuah agak cemburu dengan kekuatan ikatan persahabatan mereka bertiga ini. Rasanya, tidak pernah Tuah punya seorang kawan baik macam mereka ini. Semuanya Cuma mampu bertahan sebentar sahaja dengan perangai Tuah ini.

Akhir kata, kalau anda terasa juga tolonglah ubah sikap anda masing2. Dan jika anda punya kawan seperti ini, tolong tegur mereka supaya jangan buat begini pada kawan baik sendiri. Sekian buat post kali ini, semoga kita berada di bawah perlindungan Allah Azzawajalla. Adios amigos.

Wallahualam.
~ni bukan 3 Stooges~

p/s: maaf pada peminat 3 Stooges, post ini bukan pasal cerita berkenaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.