Saturday, April 30, 2011

Budak Sekolah Agama, Karkun & Pacaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Di zaman bersekolah agama dulu, ramai dari kalangan teman sekolah Tuah tidak berpacaran. Tapi, bukan sedikit yang berpacaran. Bukanlah trend di sekolah Tuah bila berpacar akan cerita pada kawan2. Dan, ramai yang cuba mengelak dari ketahuan teman2.

Yang ketahuan cuma jika terkantoi sedang menunggu bas di Melaka Sentral, sedang lepak2 atau makan di shopping complex, beli tiket wayang di Mahkota Parade dan sebagainya.Jadi, mungkin lebih ramai lagi yang berpacaran tetapi tidak ketahuan oleh Tuah dan rakan2.

Dalam ramai2 budak sekolah Tuah ada sekelompok jemaah yang terasing di dunia dakwah. Semuanya karkun atau tabligh. Selalunya mereka ini tidaklah mengasingkan diri dari orang lain, tetapi mereka yang merasa terasing atau memang mereka ini diasingkan oleh yang lain.

Yang bagusnya, tiada seorang pun dari mereka ini berpacaran. Jangan kata nak berpacaran, langgar peraturan sekolah seperti datang lewat atau keluar rehat lebih awal pun susah nak jumpa. Pendek kata, mereka ini merupakan antara insan2 yang sesuai dipanggil mantan pelajar sekolah agama.

Malangnya, ada beberapa teman Tuah yang karkun ini cuma karkun di sekolah. Maklumlah, ada suasana dan teman2 yang selalu mengingatkan sesama sendiri. Apabila ke institut pengajian tinggi semuanya membawa haluan masing2 , dan di sini bermulanya masalah dan perjalanan hidup mereka yang sebenar.

Ada yang kata sebab mereka ini datangnya dari sekolah satu jantina, atau pun dari sekolah agama. Maka, berlaku kejutan budaya ke atas mereka. Seperti teman2 yang lain, Tuah juga mengalaminya. Dulu, tidak kisah nak berdandan ke kelas, nak control macho dan sebagainya sebab semuanya lelaki. Geli atau gay rasanya kalau berbuat sedemikian di sekolah.

Tetapi, di IPT yang turut di huni oleh pelajar perempuan, kami mula berubah. Mula mengenal erti hidup sebagai remaja lelaki. Ada yang kata dah terlambat. Tetapi tidak bagi kami. This is the right time. Sebab zaman remaja adalah zaman mencuba sesuatu yang baru. Dan kami mula untuk matang di usia ini.

Namun, disebalik banyak nasihat dan pengajaran serta pelajaran yang kami dapati di sekolah dulu, ramai dari kalangan kami yang tersungkur. Dan yang paling menyedihkan ada antara yang tersungkur ini adalah mereka yang dari kumpulan karkun tadi. Kalau kena pada yang lain memang tak pelik pun bagi Tuah.

Bila di analisis semula, baru Tuah perasan apa punca kepada permasalahan ini. Mereka ini karkun hanya kerana ustaz, senior atau teman, bukan demi Allah. Maka, setelah tamat sekolah mereka tidak lagi rajin mengikut program2 tabligh samada yang harian, mingguan mahupun bulanan. Mungkin kerana merasa bosan dengan dunia dakwah ketika di zaman sekolah lagi.

Di IPT Tuah ini juga terdapat 2 karkun yang tidak lagi aktif. Seorang lagi perlu gesaan baru nak bergiat. Yang Tuah risaukan ialah yang seorang ini. Sibuk dengan pacarnya ke hulu ke hilir. Kalau dulu agak malu jika ketahuan Tuah, tetapi kini tidak lagi. Mungkin telah hilang malunya. Nauzubillahiminzalik.

Lepas baca satu artikel pasal susahnya nak ajak bekas pelajar sekolah agama ikut program dakwah, Tuah cuma tersenyum sendirian. Jangan kata orang lain, Tuah sendiri agak sulit untuk ikut flow mereka di sini. Banyak kurang dari lebihnya. Mungkin setelah Tuah cuba nasihat dari atas sampai ke bawah baru semuanya akan berubah seperti asalnya, insyaAllah.

Tetapi, untuk mereka yang tidak tahu atau tidak perasan, kebanyakan mereka yang bersekolah agama bukanlah atas kehendak mereka sendiri melainkan atas desakan keluarga. Seperti juga Tuah. Sebelumnya adalah bilis, tamat sekolah menjadi jerung. Sebelumnya nakal, selepasnya jahat dan macam iblis. Mungkin di situ masalahnya.

Wallahualam.




p/s:
1) buat mereka yang tertanya2, karkun tu orang yang ikut gerakan tabligh yang biasa dilihat berdakwah dari rumah ke rumah
2) buat teman yang malas nak kira, ni post yang ke 150 Tuah, jadi ada 50 lagi (150 sahaja? walhal sudah 4 tahun berblog ni, sangat tidak produktif langsung)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, April 26, 2011

Ulang Tahun Oh Anniversary...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Post kali ini pendek sahaja, cuma mahu ucapkan selamat ulang tahun atau 'happy anniversary', sebab tengah sibuk buat kerja yang dari semalam tidak siap2 lagi, dasar pemalas! Wakaka.

Ulang tahun apa yang Tuah mahu cerita ni? Tidak lain dan tidak bukan ulang tahun perkahwinan abah dan ummi Tuah tercinta yang ke-29.

Mereka kahwin pada 10 April 1982 di rumah datuk sebelah ummi di Miri, Sarawak.

Semoga perkahwinan mereka ini sentiasa dalam kebahagiaan di bawah lindungan Allah sehingga akhir hayat, ameen.

Wallahualam.






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, April 22, 2011

Ada Orang Nak Kahwin Sudah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hujung minggu lepas keluarga Tuah buat rombongan merisik dan meminang buat pertama kalinya. Jangan risau kerana rombongan ini bukan untuk Tuah, tetapi untuk abang long Tuah.

Sampai ke Temerloh satu keluarga pergi, cuma Tuah yang tertinggal di sini. Sedihnya hidup di perantauan, banyak benda tertinggal dan terlepas, huhu.

Berkenaan dengan yang dipinang, cuma sedikit sahaja info yang Tuah tahu.
1) Perempuan (semestinya),
2) Sharifah Nurul Najwa (namanya Sharifah semestinya),
3) orang Temerloh, Pahang
4) bekas pelajar UIAM (kalau tidak silap, jurusan tidak tahu).
Itu sahaja.

Satu lagi, kalau tidak silap pelajar tahfiz dulu. Mesti seorang Hafizah a.k.a. pelindung @ hafal Al-Quran. Alangkah beruntungnya abang Tuah dapat beristeri seorang Hafizah, alhamdulillah. Minta2 Tuah pun dapat isteri Hafizah juga, ameen.

Moga segala urusan berjalan lancar dari proses merisik, meminang, bertunang, nikah dan selepas nikah sehingga akhir hayat, ameen.

Jadi, abang kedua Tuah pula yang menunggu giliran. Jangan tunggu lama2 sudahlah. Kemudian, Tuah pula. Bila lagi? Kata orang sahaja lebih, huhu.


Nasihat Tuah buat Abang Eddy, jaga pergaulan dengan beliau, kerana ramai yang berbuat dosa di saat hampir menikah seperti sms yang menggoncang jiwa walau hanya peringatan bangun subuh atau tazkirah. Kalau boleh biar suci perhubungan tersebut sehingga tiba saat akad nikah nanti. Sabarlah sedikit.

Wallahualam.






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, April 18, 2011

Dah Lama Sangat Ni

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Berhubungan dengan tajuk di atas, dengan ini Tuah mahu mengumumkan bahawa blog ini akan ditutup buat
selamanya kerana beliau sudah tiada masa lagi mahu meng'hadap' blog beliau. Ini disebabkan beliau akan memulakan hidup baru dan meluangkan masa bersama isteri tersayang beliau.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haish, bilalah Tuah boleh buat pengumuman seperti di atas ni. 'Kegatalan' sudah lama menghinggap diri tetapi rezeki yang tidak kunjung tiba. Mungkin tidak lama lagi, insyaAllah.

Walaubagaimanapun, rasanya sudah masuk 2 bulan blog ini tidak terisi oleh Tuah atas sebab tertentu yang tidak munasabah antaranya sibuk membaca novel sehingga buku2 bersifat akademis dan agama terbiar berhabuk di almari. Nasib baik buku segala buku tidak pernah beliau lupa untuk ditelaah.

Tapi, mulai hari ini selagi diberi kesempatan oleh Ilahi Tuah akan isi blog ini, bukan setakat menaip kosong tanpa isi. Jangan cuba mahu beri alasan sibuk, kerana senior2 Tuah yang sudah mula Ko-Assistant (praktikal di hospital) yang berjadual penuh sentiasa pun boleh update, walau tidak sekerap dulu. Malulah sikit wei!

Wallahualam.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.