Tuesday, March 3, 2009

Joget Sikit Boleh?!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masa tengah berkemas isi external HD semalam nak buang sikit mana yang boleh dibuang, iyelah 160G dah tinggal kurang 10G, laptop ni pun tinggal tidak sampai 5G je. Apatah Tuah isi banyak2 Tuah sendiri tidak tahu. So, while berkemas Tuah jumpa 2 video ini. Video pertama ni Tuah dengan adik bongsu, Syed Muhammad Hafizulamin, yang masa tu berusia 5 tahun, but now dah 8 tahun.

Scene ni dalam bilik parents kami. Benda ni memberi 2 memori indah buat Tuah. Firstly, mestilah memory dengan adik bongsuku yang amat dirindui ini (well, dah 7 bulan tidak jumpa). Susah juga mula2 nak ajar budak kecik ni joget ni. Tapi, lepas Tuah tengok dia bersemangat sangat nak belajar, so, Tuah ajarlah dia. Lepas dah pandai (ok la tu ape?), Tuah decide nak videokan sebagai kenangan kalau Tuah pergi tempat yang jauh like now.

Secondly, kenangan dengan kawan2 kat sekolah dan matrix dulu. Joget ni Tuah belajar masa form 4. Pukul 2 pagi masa tu kami buat function kat belakang sekolah, di zaman jahiliyah Tuah dululah. Joget ni bukan sekadar joget biasa. Ia sebagai satu cara bertanding, siapa paling laju dia menang. Lepas habis sekolah, Tuah masuk matrix dan masa orientasi, Tuah ajar budak2 ni joget ni, sebab boring menunggu budak freshmen ni ada ceramah. So, in the mean time, we'll as facilitator kat belakang pun main la game ni. Mula2 2 orang je, Tuah dengan seorang budak yang baru belajar ni. Tapi, lepas itu seorang2 nak belajar. At the end, dekat 20 couple gak, semua lelakilah, yang fight. Tapi, as pioneer kat situ, Tuah menang last sekali. Sayang tiada video untuk scene itu.


Joget Sultan - Al-Tuah Al-Shahab

Video yang kedua ni pulak kenangan dekat matrix, dengan kawan2 sepraktikum H2P1 dan lecturer English kami, Madam Azian. Sebenarnya tarian ni part of drama yang group Tuah kena persembahkan dalam English class. Sebelum itu ada poem and song. Untuk drama ada girls sekali, tapi masa part joget Tuah mintak boys je. Ada 2 scene dance, tapi Tuah jumpa yang ini je. So, have fun gila lah kami masa itu. Siap Madam Azian suruh ulang part joget je lepas drama ni dah habis. Tuah kat tepi kiri, tengah2 Firdaus a.k.a. kaduk dan yang kanan Hilmi. Lagunya Li Vin La Vida by Ricky Martin.


English Dance - LivinLa Vida Loca - Al-Tuah Al-Shahab

Tujuan Tuah tunjuk 2 video ini bukan nak promote diri, cuma nak mengenang memori lama bersama adik dan rakan2 lama.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kekecewaan Bukan Saya Yang Punya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masa tengah chatting dengan seorang sahabat dari kolej Unity dulu sebentar tadi, dia si Tuah (bukan nama sebenar) ni telah menghamburkan kekecewaan dari dalam hatinya pada Tuah (memang nama sebenar). Memang tergeliat juga minda ini nak comfortkan dia ni, berjam2 gak lah. Fuh, nasib baik berjaya jugak akhirnya. Apa yang dia kecewa sangat ni?

Sebenarnya mamat ni baru lepas clash even mungkin tidak berapa tepat word ni dengan hal sebenarnya. Begini ceritanya. Dia ni dah couple 5 tahun began at form 5. Memang romantik gila la Tuah tengok masa still kat kolej dulu. Sempat gak jeles sebab dulu Tuah tidaklah baik macam sekarang. Ceh, siapa yang kata Tuah sekarang baik? Tapi, serius sekarang Tuah dah banyak berubah. Cukup cerita pasal Tuah.

Nak di pendekkan cerita, benda berlaku, katanya 2 minggu lepas. Sedang asyik bercinta ni, tiba2 dalam 2 bulan sebelum benda ni jadi, awek dia ni tidak langsung call or even reply sms like always everyday. So, mamat ni mula penasaran lah nak tau kenapa. Dia mula2 rasa mungkin awek ni busy nak exam or else. So, dia tahan seminggu pun tidak call or sms awek tu. Tapi, lepas sebulan dia dah tidak tahan menunggu bagai kucing rindukan tanduknya (apa Tuah mengarut ni?), dia pun call orang2 terdekat dengan awek dia.

So, dia call semua orang: kawan sekelas, kawan sekampung, sepupu, dan kakak awek ni. Susah betul nak dapat cakap dengan diorang ni, menyebabkan dia rasa tak sedap hati. So, susah sangat dia call mak awek ni. So, dah dapat call dia pun tanyalah kenapa lama tidak call or reply sms dia. Lepas itu, mak awek ni menjawab dengan selamber je, "maaf ye nak. Kamu memang tidak tahu ke? Dia tidak cerita pada kamu ke? Mungkin dia tidak sanggup nak cakap kot. Sebenarnya, dah sebulan lebih dah dia bertunang. Cukup 2 bulan kahwinlah...." Dia cepat2 stop the conversation.

Mungkin kecewa sangat, sampai tidak ke kelas mamat ni seminggu, frust menonggeng dia. Tapi dia tetap tidak puas hati kenapa awek tu tidak sampaikan sendiri kat dia. So, dua minggu lepas, dari PJ, dia berangkat dengan kawan ke JB, ke rumah awek ni. Nak dijadikan cerita, masa dia sampai kat rumah awek ni, rupanya ada walimatul urus sempena awek ni kahwin. Ish3. Memang remuk hati mamat ni. Tapi, dia dengan selamber datang juga nak jumpa awek lama dia ni. Tapi, bapak awek ni halang dia jumpa awek ni pastu dia bawak mamat ni keluar ke gerai berhampiran nak sejukkan mamat ni.

Kat sana, dia tanyalah pak cik ni kenapa boleh jadi macam ni. Pak cik ni jawab, ni pilihan mak awek ni, dan pak cik ni dah cuba elak tapi tidak berdaya. Lepas pak cik ni cerita panjang lebar campur nasihat untuk cari yang lebih baik dari anak dia ni, dia pun berangkat pulang ke PJ. Tapi, dalam perjalanan tu, dia berazam nak ikut nasihat pak cik tu nak cari yang lebih baik dari awek ni. Azam dialah katanya. Tapi, malam ni tadi bila Tuah tanya pasal awek dia, dia terus meluahkan kekecewaan dia ni kat Tuah. Tuah pun tidak tau nak cakap apa.

Satu je nasihat Tuah kat dia, berdasarkan pengalaman Tuah sendiri, memang patut pun dia cari baru. Barang yang lama yang kita dah tidak boleh kita dapat kembali tidak usah dikenang, yang baru biasanya lebih best, haha. Memang susah nak lupakan yang lama. Tapi, petua Tuah, cari dulu yang baru, mesti boleh lupakan yang lama. Cuba je cari yang baru. Tapi, kalau boleh jangan cari awek yang baru macam Tuah selalu buat dulu, dulu je tau, tapi cari benda baru yang boleh mem'busy'kan kita. And kalau boleh dekatkan diri dengan Allah. Lagi senang nak lupakan yang lama. Bila sebut pasal cari baru memang banyak alasan dia, tapi sebut pasal agama terus diam and agreed je dia ni.

So, apa pandangan anda pasal hal mamat ni? Kesian jugaklah Tuah kat dia, clash tidak diberitahu directly, memang pedih rasanya. Lebih2 lagi bukan kita yang mintak dan bukan salah kita dan pastu kita tidak ada peluang lagi dengan si dia. Tuah nasihat kat dia tolong sesangat lupakan je awek ni. Kalau orang dah tidak mahu pada kita, jangan pulak kita nak mengendeng2, malu rasanya. Hakikatnya, segala yang terjadi tu ada hikmahnya, sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin lepas ni mamat ni boleh jadi lebih rapat dengan Allah, who knows? You know that god know that you know that god know, right? Astalavista!

p/s: memang mamat tu bukan Tuah, pleaselah Tuah kena dump! Berani? Cubalah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh