Wednesday, May 4, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Novel, Filem & Drama Tv

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa pernah baca novelnya? Siapa pernah menonton filemnya? Siapa pernah melayan setiap episod siri televisyennya? Tuah jawab; saya, saya dan saya. Rasanya paling ramai telah menonton filemnya, kurang sedikit yang melayan dramanya selepas menonton filemnya. Dan paling sedikit yang baca novelnya.

Antara ketiga2nya, bagi Tuah novelnya yang paling mengasyikkan. Bukan setakat gaya bahasanya atau setnya yang indah, tetapi jalan cerita dan perwatakannya juga cukup mengagumkan Tuah. Siapa yang terfikir disebalik kegagalan seorang pelajar untuk menamatkan pelajarannya di IPT adalah demi menyara hidup keluarganya setelah kematian bapa. Yang memandang sinis pasti ramai.

Antara filem dan novelnya, dari segi jalan cerita dan watak adalah sama. Yang membezakan keduanya ialah penceritaan, set dan perwatakannya.

Kalau dilihat dari novelnya, watak pembantu lelaki bukanlah seorang yang jahat dan tidak berhati perut. Dia tidak lebih dari seorang yang bernasib malang dan mangsa yang teraniaya. Yang dia mahukan cuma kebahagiaan sementara walau terpaksa menyakitkan hati orang yang dicintainya buat sementara. Hal ini turut melukai hatinya sendiri.

Kalau ditonton filemnya, seakan watak tersebut adalah watak antagonis yang hanya mementingkan diri dan tidak jujur. Sehingga ramai antara mereka yang telah menontonnya merasakan dialah orang yang paling jahat di dunia kerana berbohong kepada semua orang. Kesian watak tersebut.

Kalau dari segi set, tempat belajar watak ini diceritakan sangat indah, dibayangkan seperti kita dapat melihatnya. Namun, set di dalam filem agak kurang menarik perhatian. Mungkin kos untuk mendapatkan set yang sama tidak mencukupi. Boleh dimaafkan.

Tetapi, dari segi penceritaan, sangat menyedihkan. Kemantapan penulis novel tidak dapat ditandingi pengarah dan penulis skrip. Ada 3 cerita yang berbeza kalau anda perasan dalam novel tersebut.

Iaitu watak utama lelaki dengan masalah kewangan dan pelajarannya. Watak utama perempuan dengan masalah kahwinnya (typical woman, haha). Dan watak pembantu lelaki dan malang yang menimpanya.

Watak2 ini tidak berjaya memberi tahu penonton akan betapa susahnya mereka menghadapi masalah masing2. Dari tindakan2 yang diambil tidak berjaya meyakinkan penonton yang mereka bermasalah.

Tetapi, filemnya tidaklah seteruk siri tvnya. Kalau anda kata watak perempuan sangat baik dan teraniaya dalam filem dan novelnya, dalam siri tv dia yang paling lemah sekali. Sehinggakan Tuah pernah berhenti sementara menontonnya kerana meluat dengan watak tersebut yang seperti bidadari baiknya dia dalam novel.

For what its worth, tengoklah sendiri siri tersebut. Kerana sehingga ke akhirnya, banyak pengajaran yang dapat diambil dari siri tersebut, terutamanya bagi mereka yang mahu, akan, baru dan telah lama berkahwin.

Tuah bukanlah pakar dalam menulis novel, membikin filem dan siri tv, tetapi Tuah juga punya pendapat sendiri dalam menginterpretasi apa yang Tuah suka dan minat. Manusia dan pendapat masing2 tidak dapat dipisahkan sama sekali.

Wallahualam.






p/s: Tuah pembaca setia penulis novel ini tahu. Sudah baca semua karya beliau!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.