Tuesday, April 7, 2009

15 SEBAB TURUNNYA BALA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

"Astaghfirullahhalazim! Ampunkanku ya Allah, memang layak agaknya ku ditimpa bencana." Itulah reaksi pertama Tuah lepas baca hadis riwayat oleh At-Tarmizi dari Saidina Ali Bin Abi Talib,

Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.

2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.

6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.

9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.

10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa.

12. Apabila lelaki memakai sutera.

13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.


15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu.

Maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Well, macam mana? Terkena tak? Ni bukan saat nak kutuk orang lain. Tapi, memang boleh dikatakan semua ni dah berlaku. Patutlah banyak bala yang diturunkan Allah kepada kita sekarang. Macam-macam bala diturunkan baik bala kecil mahupun bala besar yang menimpa seluruh umat Islam dan seluruh dunia. Sebagai umat Islam, kita hanya boleh memohon agar diampunkan dan diterima taubat kita oleh Allah s.w.t. Amin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.