Sunday, July 25, 2010

Bakal Nanti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Zaman sekolah dulu, kalau berpacaran biasanya sebab suka2, kerana orang lain ada kita juga mahu. Oleh itu, pasangan yang dicari juga pastinya yang cantik2 dan panas2 (baca: hot) belaka. Maklumlah, tidak mahu kalah dengan kawan2. Langsung tidak pandang pelajaran atau peribadinya, apalagi agamanya, jauh sekali.

Bagi yang perempuan, teman lelakinya mestilah yang kelakar, mengambil berat sedikit dan bergaya sudah memadai. Zaman sekolah dahulu tidak matang dan tiada pengalaman, kata orang.

Tetapi, sekarang sudah berubah, sudah matang dan banyak pengalaman yang ditimba, samada dari pengalaman sendiri atau orang lain. Cara berfikir juga telah berubah. Berubah sehingga mengubah persepsi dari seorang yang mencari pasangan untuk berpacaran sahaja kepada untuk kekal hingga ke jinjang pelamin.

Kalau berpacaran, mesti mahukan yang cantik dan memikat, tapi bila mahu berkahwin tidak lagi memikirkan kecantikan sangat, tetapi lebih kepada sifat dan peribadi insan itu. Mungkin, kerana gadis yang lawa sudah berlambak2 sehingga tidak begitu susah untuk dimiliki. Bak kata orang tua2, baling sahaja batu ke mana2 pasti terkena pada yang lawa.

Pada yang perempuan pula, lelaki pun ramai yang nampak baik dan mengambil berat depan mata kita, cuma belakang kita yang tidak pasti. Mereka memang pandai berlakon, untuk memikat hati. Tapi, bila sudah terjerat, mulalah mereka ini tunjukkan belang, tunjukkan siapa mereka yang sebenarnya, apalagi jika sudah mulai bosan.

Namun sekarang, yang susah untuk dicari adalah yang terhormat peribadinya, tinggi akhlaknya, berbudi pekerti mulia serta pandai menjaga kehormatan diri, disamping pelajaran yang tidak kurang hebatnya. Maklumlah, bakal ibu atau bapa pada bakal anak2 kita nanti.

Mereka juga bakal menjadi seorang pembantu dan penasihat dalam hal2 kehidupan kita selepas kahwin. Bukan dalam tempoh masa yang pendek, tetapi hingga hujung nyawa, insyaAllah. Jadi, orang yang kita pilih untuk memenuhi kriteria2 tersebut bukan calang2 dan bukan mudah.

Tuah taip post ini kerana tiba2 datang angau untuk mendirikan rumah tangga, tidak tahan menunggu untuk memilki anak sendiri. Lagi pun, ramai teman2 Tuah sekarang yang sibuk memikirkan samada untuk berpacaran atau berkahwin, masing2 sudah mula berangan2. Maklumlah, usia pun hampir meningkat dewasa.

Pada yang sedang berpacaran Tuah nasihatkan pastikan apa yang kita buat itu betul, dan pastikan juga pasangan yang kita pilih itu sesuai dengan ciri2 yang kita mahukan untuk menjadi bakal suami atau isteri anda nanti. Dan cepat2lah berkahwin, dan jangalah lupa menjemput Tuah ke majlis walimatul urus.

Pada yang mahu atau telah berkahwin, Tuah cuma boleh ucapkan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dalam memilih pasangan dan telah menjumpai orang yang sesuai dengan pilihan anda. Semoga kekal sehigga akhir hayat.

Waakhirnya, semoga kita, pasangan kita, dan perhubungan sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Jangan pula berputus asa jika diberi ujian dari-Nya dalam perhubungan sesama manusia ini. Jangan pula kita mengutamakan hubungan kita itu melebihi hubungan kita dengan-Nya, insyaAllah.

Wallahualam.

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.