Saturday, December 12, 2009

3G: Gila Geli Geleman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tengok orang kelilinga berpacaran menghamparkan kembali kenangan Tuah di zaman jahiliah dahulu yang juga sibuk nak berpasang2an. Almaklumlah, masa itu Tuah hotstuff, masih muda maka darah muda ini mahu cuba semua, mahu buat semua, mahu tunjuk power! Orang lain hendak berpacaran kita pun hendak juga.

Biasanya kalau masa dating apa yang dilakukan oleh pasangan2 seperti ini? Macam biasalahkan, nak jumpa setiap masa, lepak2, makan2, tengok wayang, dan kalau yang gila belajar siap belajar sama2. Baru namanya sehidup semati, sehati sejiwa seharmoni. Haha, memang mengarot masa itu.

Tetapi, rasa malu dalam diri masih ada. Malu pada teman, malu pada keluarga, malu pada orang sekitar dan lain2. Malu apa? Malulah orang tengok, lepas itu mengata, ‘diorang ni asyik berkepit sahaja setiap masa, tiada kerja lainkah? Tidak tahu halal haramkah? Tiada orang tegurkah? Mesti dah terlanjur ni. Mesti tidak cukup perhatian keluarga. Mesti ada krisis keluarga.’ Dan macam2 lagilah.

Malu itu memang sentiasa ada dalam diri. Tapi, kalau dah tidak malu, maka berbuat sesuka hatilah. (Al-hadis). Cumanya kemahuan itu sentiasa lebih kuat daripada rasa malu. Malu tapi mahu. Syaitan telah berjaya dalam usahanya untuk menyesatkan manusia. Nauzubillah. Jadi, kalau mahu dengan keluarga mesti kena sorok dari keluarga.

Macam Tuah, seorang pun dari ahli keluarga Tuah tidak tahu kisah hidup Tuah samada di sekolah, di asrama, di kolej mahupun di universiti, Sebabnya, Tuah bukan jenis yang suka berkongsi cerita dengan orang lain, apatah lagi rahsia. Memang penyimpan rahsia terbaik di dunialah Tuah ini. Cuma sebahagian yang sangat kecil sahaja yang Tuah akan bercerita dengan keluarga. Tidak suka orang tahu kisah suka duka, biar Tuah tanggung sendiri segalanya.

Kalau dengan awek pun Tuah tidak akan cerita rahsia. Tapi, kalau orang nak cerita rahsia atau nak luahkan isi hatinya ynag terpendam maka Tuah adalah pendengar terbaik. Kalau boleh bagi nasihat maka Tuah akan bagi, kalau tidak macam curah air ke daun keladi sahajalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Orang itu lega, Tuah tidak seksa apa2.

Cerita pasal sorok daripada keluarga ini, biasanya kalau pasangan yang betul2 seirus maka mereka tidak akan sembunyi2lah. Tapi, kalau yang tidak serius atau masih ragu2 dengan pasangannya maka mereka akan teragak2 untuk cerita. Kalau dah nak terserempak dengan keluarga cepat2 elak. Tuah tiada pengalamn tersebut pula.

Sebenarnya mereka yang berpacaran sebelum nikah adalah mereka yang mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan hawa nafsu sendiri untuk berpacar, tanpa memikirkan balasan yang akan diterima oleh pasangannya nanti di akhirat. Balasan pada dirinya memang telah lama dilupakan.

Mereka juga tidak memikirkan akhirat dan azab di akhirat nanti. Tanpa memikirkan halal dan haram mereka sanggup bergelumang dengan dosa, terutamanya pasangan yang sudah melepasi batas dalam kain. Sudah terlambat baru nak menyesal. Sudah terlanjur baru nak berfikir. Sudah terhantuk baru nak terngadah. Nasi sudah menjadi bubur. Jemput2 sudah menjadi lempeng
Apabila menyedari tiada manfaat barulah nak bertaubat.

Kemudian, mula menyalahkan orang lain. Pada masa tersebut hilanglah segala kemanisan berpacar, hilang segala kegembiraan dan keseronokkan ketika berpeleseran dahulu. Sepatutnya dari mula dahulu lagi ‘berfikir sebelum buang’.

Insaflah wahai teman. Cinta dan hati hanya untuk Allah dan untuk yang sepatutnya, suami atau isteri kita nanti. Bersabarlah untuk sedikit masa lagi sebelum kahwin. Kalau sudah tidak mampu menunggu, sila kahwin sahajalah. Jangan lupa jemput Tuah. Sekarang memang merasa sangat nak makan nasi minyak. Jangan pula kahwin masa Tuah tidak bercuti. Tuah cuti sahaja maka buatlah majlis kahwin, eh?

Kalau tidak mampu nak kahwin, maka berpuasa sunatlah. Kalau tidak pun banyakkan amal soleh, ingat pada Allah banyak2 dan selalu. Ingat pesan Tuah. Bukan sahaja ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’, tetapi ‘Hidup Dan Mati Adalah Kerana Allah, Bukan Kerana Kekasih.

~sempat bergambar dengan Dr. Susanti Natalia Sirait,
ketika extramural di RSM Cicendo~
Wallahualam.

p/s:
1) harap2 tiada yang berkecil hati, Tuah cuma mahu anda menjadi hamba Allah yang lebih baik, selamat di dunia dan di akhirat...
2) post ini ditaip kerana Tuah dalam dilemma nak confess ke tidak...hati kata segerakan, takut terlepas, iman kata jangan, nanti menyesal...
3) tengah 'panas' dengan someone, banyak betul godaan syaitan pada Tuah sekarang!
4) best juga tulis postcript banyak ni, hihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.