Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Asalnya nak buat post mengenai April Fool yang di’sambut’ pada hari ini 1 April setiap tahun. Tetapi sebab Tuah sendiri sudah bosan mendengar dan membaca mengenai kegiatan ini, mengingatkan kawan2 supaya jangan diamalkan benda2 macam ini tetapi seperti mencurah air ke daun keladi, mereka tidak endahkan (cakap orang pandai, padahal baru semalam prank orang), maka Tuah tidak mahu sentuh mengenai kegiatan itu lagi, well at least in my blog.
Kali ini Tuah nak berkongsi sedikit beberapa analogy yang bagus dan berguna yang boleh digunakan oleh kita sebagai patokan atau panduan. Mungkin ada yang pernah dengar agaknya, tapi apa salahnya kita dengarkan lagi sekali.
Analogy ini datangnya dari teman Tuah, disampaikan ketika taklim minggu lepas. Tapi, baru sekarang Tuah berupaya post mengenainya. Alasan diberi mahu luangkan lebih masa dengan buku kerana exam hampir tiba 4 hari lagi, huhu.
Analogy 1:
Ketika mahu menaiki Vespanya, Pak Mustar terlihat langit mendung yang menandakan mahu hujan. Lalu, di suruh anaknya, Ani, mengangkat kain di jemuran, “Ani, angkat kain jemuran, hujan nak turun.” Lalu dia beransur ke kedai.
Setelah pulang ke rumah dengan tergesa2 kerana hujan mula merintik, dilihatnya di ampaian kain jemuran sudah diangkat. Suka hati Pak Mustar, sebab anaknya mendengar katanya mengangkat kain jemuran.
Kemudian, Pak Mustar bertanya pada anaknya, “di mana kain2 jemuran tadi, Ani?”
Ani menjawab, “sesudah angkat tadi, Ani langsung lipat kain2 jemuran tadi, sudah siap disimpan dalam almari.” Bertambah suka hati Pak Mustar, kerana anaknya bukan sahaja mendengar kata, malah tanpa disuruh langsung dilipat dan disimpan dalam almari kain2 jemuran tadi.
Analogy 2:
Telefon bimbit Padil tiba2 berbunyi, padahal jam di dinding baru menunjukkan jam 5 pagi. Apabila dilihat aweknya yang mengganggu paginya ini, tanpa berlengah diangkat panggilan tersebut.
“Hello Yang, ada apa telefon pagi2 ini?”
“Hello abang, saya mahu ke bandar pagi ini, teksi tiadalah pagi ni. Abang boleh tolong hantarkan ke stesen bas? Please3!”
“Ok2, sebentar lagi abang sampai.”
Tanpa menunggu langsung diangkatnya tuala dan ditanggalkan boxernya Padil terus bergerak ke kamar mandi dengan bertuala. Setelah bersiap hampir 10 minit Padil langsung membonceng Vespanya untuk ke rumah aweknya yang jarak dari rumahnya sejauh 10 kilometer!
Apa yang anda faham dari 2 analogy di atas? Baik, Tuah akan huraikan.
Yang pertama bercerita tentang kelebihan melakukan amalan sunat. Seperti Ani, kalau kita buat sesuatu yang bukan sahaja diperintah Allah malah yang lebih digalakkan kita lakukan, pasti lebih mudah untuk kita mendapat redha daripada-Nya. Bukan sahaja nikmat, mungkin apa yang kita minta atas dunia ini Allah pasti suka untuk perkenankan.
Yang kedua mengenai kerajinan beribadah. Macam si Padil tu, laju sahaja kalau awek dia call diangkatnya, minta hantar ke stesen bas setuju tanpa berfikir panjang, walaupun pada waktu pagi buta.
Cuba kalau kita dapat buat macam itu apabila Allah suruh solat. Tatkala mendengar azan subuh tanpa berlengah kita langsung bangkit, mandi atau cukup bersugi, kemudian pergi ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Alangkah bagusnya.
Ini tidak, jangan kata nak mandi pagi2 buta atau berus gigi, nak jawab azan subuh pun jarang, sebabnya subuh t-rex setiap hari, bukan gajah lagi. Mengapa? Kerana kita belum lagi mencintai Allah dengan sepenuh jiwa. Masih ada lagi cinta pada dunia dalam hati kita. Maka, berusahalah untuk lebih mengenali Allah supaya lebih mencintai-Nya.
Orang kata tidak kenal maka tidak cinta!
Wallahualam.
~which one am I? don't know yet~
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.