Thursday, July 29, 2010

Novel Cinta

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Memang hobi Tuah sejak sekolah rendah ialah membaca, tidak mengira bahan. Samada yang fiksi atau bukan, terutamanya yang berbahasa Melayu, bergenre apa sahaja, novel, buku cerita, encyclopedia, surat khabar, majalah, atlas, buku2 sastera seperti sajak, peribahasa, pantun dan sebagainya. Apa sahaja, kecuali buku manual pengguna atau yellow pages.

Tapi, sejak tingkatan 4, Tuah lebih suka membaca novel2 Inggeris seperti Harry Potter series, Lord Of The Rings, Percy Jackson & The Olympians series, Gossip Girl series, It Girl series, Twilight series dan buku karya Dan Brown seperti Angles & Demons & Digital Fortress. Memang tidak lagi Tuah baca novel2 berbahasa Melayu.

Ini kerana, kebanyakan novel berbahasa Melayu meloyakan tekak Tuah. Tidak dinafikan ada beberapa novel Melayu yang bagus seperti karya Faisal Tehrani seperti 1511: Kombat yang memenangi Anugerah Hadiah Satera Utusan dan Ahadiat Akashah seperti Lagenda Budak Setan yang amat popular sebelum zaman Tuah mula bersekolah lagi.

Malangnya, kebanyakan novel Melayu bertemakan kisah cinta. Yang lebih meloyakan, novel2 ini begitu jiwang sehingga tidak mampu lagi untuk Tuah bertahan mengadapnya. Maka, Tuah berhenti membaca novel. Novel Inggeris Tuah kurang berminat atau malas untuk baca.

Abang Tuah pula kemudiannya mencadangkan Tuah mula membaca novel siri Harry Potter. Lama kelamaan Tuah mula berminat dengan novel tersebut, dan juga novel2 Inggeris lain seperti yang Tuah sebut di atas. Novel Melayu sudah tidak Tuah pandang lagi selepas itu.

Tetapi, sejak melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Tuah mula berminat kembali untuk membaca novel2 berbahasa Melayu, lebih spesifik yang berbahasa Indonesia.

Tuah bukanlah peminat lagu2 atau drama2 sinetron mahupun filem2 dari Indonesia. Bukan sebab bersifat perkauman, malah lagu2, drama2 dan filem2 yang dari Malaysia juga Tuah kurang berminat.

Namun, novel2 di Indonesia memang banyak yang bagus. Antaranya novel karya Habiburrahman El-Syirazy seperti Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasih 1 & 2, dan Bumi Cinta. Selain itu, Tuah ada baca novel karya pengarang lain seperti Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman Al-Azizy.

Novel2 mereka ini bukan sekadar mempunya watak2 yang bagus, jalan cerita atau plot yang mantap dan latar cerita dan tempat yang bagus mahupun bahasa yang mengasyikkan, malah novel2 ini begitu mengusik hati para pembacanya.

Bertemakan religius, novel2 ini sememangnya karya pembangun jiwa. Tuah banyak berubah sejak membaca novel2 seperti ini. Novel2 ini telah menghasilkan suatau yang tidak wujud dalam novel2 Inggeris yang Tuah pernah baca sebelum ini.

Biasanya, jika memilih novel yang Tuah baca pastinya yang popular, terbaik, pemenang anugerah, bestseller, atau yang telah dijadikan siri televisyen mahupun filem. Dan, semestinya novel2 seperti ini mempunyai segalanya; plot, watak, latar dan bahasa2 satera yang mantap dan mengasyikkan.

Tetapi, novel dari Indonesia ini sememangnya suatu yang amat diperlukan para remaja masa kini. Ramai dari pembaca novel dikalangan remaja sehingga dewasa suka membaca novel bertemakan cinta, terutamanya perempuan. Dan, novel cinta seperti inilah yang diperlukan oleh mereka2 ini.

Memang Tuah agak kurang berminat membaca novel2 cinta, tetapi, novel2 ini mempunya cerita cinta yang berbeza dari yang lain. Masih lagi mengutarakan kisah cinta pada lawan jantina, antara lelaki dan perempuan, tapi kisah cinta mereka ini adalah yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.

Kalau dulu Tuah pernah dengar ada kaedah berpacaran cara Islam, tapi semuanya tidak betul2 mengikutinya. Tapi, kisah cinta dalam novel2 dari indonesia ini ada kaedah bercinta yang sebenarnya mengikut acuan Islam.

Kalau anda mahu tahu bagaiman caranya bercinta mengikut acuan Islam, rajin2kanlah diri untuk membaca novel2 seperti ini. Tuah yakin yang novel2 ini sudah dipasarkan di Malaysia. Mahu tempah atau pinjam dari Tuah juga dipersilakan.

Pendek kata, bagi para pembaca novel, sila pastikan anda turut mencuba untuk membaca novel2 ini. Memang berbaloi. Banyak yang kita boleh perolehi daripadanya berbanding novel2 yang lain.

Wallahualam.



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, July 25, 2010

Bakal Nanti

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Zaman sekolah dulu, kalau berpacaran biasanya sebab suka2, kerana orang lain ada kita juga mahu. Oleh itu, pasangan yang dicari juga pastinya yang cantik2 dan panas2 (baca: hot) belaka. Maklumlah, tidak mahu kalah dengan kawan2. Langsung tidak pandang pelajaran atau peribadinya, apalagi agamanya, jauh sekali.

Bagi yang perempuan, teman lelakinya mestilah yang kelakar, mengambil berat sedikit dan bergaya sudah memadai. Zaman sekolah dahulu tidak matang dan tiada pengalaman, kata orang.

Tetapi, sekarang sudah berubah, sudah matang dan banyak pengalaman yang ditimba, samada dari pengalaman sendiri atau orang lain. Cara berfikir juga telah berubah. Berubah sehingga mengubah persepsi dari seorang yang mencari pasangan untuk berpacaran sahaja kepada untuk kekal hingga ke jinjang pelamin.

Kalau berpacaran, mesti mahukan yang cantik dan memikat, tapi bila mahu berkahwin tidak lagi memikirkan kecantikan sangat, tetapi lebih kepada sifat dan peribadi insan itu. Mungkin, kerana gadis yang lawa sudah berlambak2 sehingga tidak begitu susah untuk dimiliki. Bak kata orang tua2, baling sahaja batu ke mana2 pasti terkena pada yang lawa.

Pada yang perempuan pula, lelaki pun ramai yang nampak baik dan mengambil berat depan mata kita, cuma belakang kita yang tidak pasti. Mereka memang pandai berlakon, untuk memikat hati. Tapi, bila sudah terjerat, mulalah mereka ini tunjukkan belang, tunjukkan siapa mereka yang sebenarnya, apalagi jika sudah mulai bosan.

Namun sekarang, yang susah untuk dicari adalah yang terhormat peribadinya, tinggi akhlaknya, berbudi pekerti mulia serta pandai menjaga kehormatan diri, disamping pelajaran yang tidak kurang hebatnya. Maklumlah, bakal ibu atau bapa pada bakal anak2 kita nanti.

Mereka juga bakal menjadi seorang pembantu dan penasihat dalam hal2 kehidupan kita selepas kahwin. Bukan dalam tempoh masa yang pendek, tetapi hingga hujung nyawa, insyaAllah. Jadi, orang yang kita pilih untuk memenuhi kriteria2 tersebut bukan calang2 dan bukan mudah.

Tuah taip post ini kerana tiba2 datang angau untuk mendirikan rumah tangga, tidak tahan menunggu untuk memilki anak sendiri. Lagi pun, ramai teman2 Tuah sekarang yang sibuk memikirkan samada untuk berpacaran atau berkahwin, masing2 sudah mula berangan2. Maklumlah, usia pun hampir meningkat dewasa.

Pada yang sedang berpacaran Tuah nasihatkan pastikan apa yang kita buat itu betul, dan pastikan juga pasangan yang kita pilih itu sesuai dengan ciri2 yang kita mahukan untuk menjadi bakal suami atau isteri anda nanti. Dan cepat2lah berkahwin, dan jangalah lupa menjemput Tuah ke majlis walimatul urus.

Pada yang mahu atau telah berkahwin, Tuah cuma boleh ucapkan tahniah kerana telah membuat pilihan yang bijak dalam memilih pasangan dan telah menjumpai orang yang sesuai dengan pilihan anda. Semoga kekal sehigga akhir hayat.

Waakhirnya, semoga kita, pasangan kita, dan perhubungan sentiasa berada di dalam rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Jangan pula berputus asa jika diberi ujian dari-Nya dalam perhubungan sesama manusia ini. Jangan pula kita mengutamakan hubungan kita itu melebihi hubungan kita dengan-Nya, insyaAllah.

Wallahualam.

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, July 21, 2010

Si Misai Kontot Yang Mantap 2!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Adolf Hitler Tubuhkan Divisyen Tentera Islam
Susunan: SITI AINIZA KAMSARI (Utusan Malaysia - 19/05/2006)

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar. Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjaw ab menyekat kemaraan dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah se-orang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm


  ~Ayat dia memang mantap!~

Ada beberapa faktor kenapa Hitler membenarkan Divisyen Hanzar ditubuhkan antaranya:

1- Pada tahun 1944, Jerman telah diasak hebat dari dua penjuru. Dari barat, tentera Jerman diasak oleh pasukan Alied (US, British), manakala di timur, Tentera Rusia menyerang dengan begitu hebat sekali. Hitler menggunakan semua tenaga dan sumber yang ada untuk menyekat kedua-dua kuasa ini. Ini menyebabkan bahagian selatan jajahan takluk Nazi menghadapi kekurangan tentera untuk mengawal kawasan ini. Tentera Jerman sentiasa diserang hendap oleh kumpulan pemberontakan gerila Crotia dan serbia. Dengan ini, Hitler bersetuju dengan cadangan Himmler (orang penting dalam parti Nazi) untuk menubuhkan Divisyen Hanzar (yang terdiri daripada penduduk muslim Bosnia) supaya kumpulan pemberontakan di kawasan tersebut dapat dikekang.

2-Bangsa Bosnia adalah sama rumpun dengan bangsa Jerman, iaitu bangsa Aryan. Perbezaannya hanya adalah kebanyakan penduduk Bosnia menganut agama Islam.

3-Semangat jihad atau 'sanggup mati untuk agama' org2 Islam mengkagumkan Hitler dan berpendapat semangat ini dapat dipergunakan untuk melahirkan pasukan tentera Nazi yang berdisplin tinggi. Hasilnya adalah memuaskan kerana Divisyen Hanzar menunjukkan semangat juang yang tinggi ketika menentang kumpulan pemberotakan dan Tentera Rusia.

Sebab itu, sehingga kini bangsa Serbia amat membenci bangsa Bosnia kerana penglibatan Divisyen Hanzar dalam Tentera Nazi.

Sumber:
http://silverian.org/forum2/index.php?topic=2484.15

Wallahualam.

 ~Bendera Nazi Muslim Bosnia di bawah kepimpinan Amin Al-Husseini (1943)~


Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, July 17, 2010

Si Misai Kontot Yang Mantap!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

E-mel ini telah Tuah terima minggu lepas, bercerita mengenai seorang manusia yang kini diangkat menjadi musuh dunia kerana kononnya telah melakukan tindakan kejam terhadap orang2 Yahudi antaranya melalui Holocoust yang sehingga kini tidak diakui kebenarannya oleh banyak ahli sejarah dunia.

Memang telah banyak tempat menyiarkan benda yang sama ini. Tuah sendiri pernah jumpa artikel ini masa zaman sekolah menengah dahulu. Tetapi, Tuah postkan di blog ini dengan mudah2an kita mendapat ilmu yang bermanfaat daripadanya. Paling tidak pun kita tahu cerita dari sisi lain bagi seorang yang bernama Adolf Hitler ini. Enjoy!

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau.



Hitler juga sering bertemu dengan para ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir.

~Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy~

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi.




~Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds~

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangnya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran dalam surah Al-Qamar (54:1) yang bermaksud:  
Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi.

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

***
Pada Tuah, Hitler merupakan hero pada orang2 Jerman pada masa pemerintahannya. Memanglah dalam sejarah dia begitu kejam membunuh mereka2 yang menentangnya, tetapi kebanyakan cerita dalam sejarah barat tidak boleh dijadikan penyandarnya.

Hal ini kerana mereka yang menang yang akan menulis sejarah. Oleh kerana pihak yang tidak menyukai pemerintahan Hitler yang telah memenangi Perang Dunia Ke-2, maka pastinya mereka akan menyatakan yang Hitler itu kejam dan mereka itu yang baik.

Wallahualam.


Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, July 13, 2010

5 Tahapan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Semasa minggu peperiksaan yang lepas, Tuah ada pergi dengar khutbah Jumaat, macam biasalah tiap2 minggu. Cuma yang tidak biasanya ialah pada hari itu khatib (penyampai khutbah) meggunakan bahasa Indonesia @ B.I. dalam menyampaikannya. Kerana, pada kebiasaannya khatib akan menggunakan bahasa Sunda, bahasa tempatan di sini.

Pada hari tersebut, Tuah solat di masjid yang berlainan dari kebiasaan. Agak jauh dari rumah. Kerana kesuntukan masa untuk tiba di rumah setelah pulang dari Kota Bandung berurusan di pejabat imigresen. Itu pun, setibanya di dalam masjid tersebut, khutbah langsung bermula.

Oleh kerana tergesa2, maka Tuah tidak membawa catatan. Oleh kerana tidak membawa catatan, maka Tuah hanya menggunakan telefon bimbit sahaja untuk mencatat. Oleh kerana hanya menggunakan telefon bimbit, maka Tuah hanya dapat mencatat beberapa isi penting dari khutbah tersebut. Dan, oleh kerana isi2 penting sahaja yang Tuah dapat catat, maka hanya pada hari ini sahaja dapat Tuah nukilkan di blog ini.

Dalam khutbah tersebut, khatib mengatakan ada 5 langkah untuk kita menjadi seorang hamba Allah yang berjaya. Yang kalau kita berjaya lakukan mengikut peringkatnya maka syurgalah tempat kita di akhirat nanti, redhalah yang kita dapat seumur hidup kita.

Pertama, jadilah seorang mukmin, iaitu menjadi seorang yang yakin dan percaya pada rukun iman. Percaya akan wujudnya dan berkuasanya Allah s.w.t serta sifat2-Nya yang lain. Percaya akan adanya malaikat2 yang maksum dan menjalankan perintah Allah dengan patuh dan bersungguh2. Juga percaya pada kebenaran kitab2, nabi2 dan rasul2-Nya, dan kedatangan hari kiamat serta percaya pada ketentuan qada’ dan qadar-Nya.

Kedua, jadilah seorang muslim, iaitu mereka yang bukan sahaja beriman, tetapi turut mengaplikasikan keimannya dengan lisan dan perbuatan, dengan akhlak dan peribadi seorang muslim, samada secara sosial atau ritual, dengan sepenuh hatinya, bukan sekadar menurut perintah Allah semata2.

Ketiga, jadilah seorang mukhsin, iaitu seorang yang memberi manfaat pada makhluk Allah, tidak kira yang manusia atau bukan, yang kaya atau bukan, yang baik pada kita atau bukan dan pada yang muslim atau bukan. Jadilah sebaik2 manusia dan contoh kepada umat dan makhluk-Nya yang lain, seperti yang ditunjukkan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Keempat, jadilah seorang mukhlis, iaitu seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan dan kata2nya. Imam Ghazali pernah berkata, “semua manusia itu rosak kecuali mereka yang berilmu; semua yang berilmu itu rosak kecuali mereka yang beramal, dan semua yang beramal itu rosak kecuali mereka yang ikhlas.

Kelima dan terakhir, jadilah seorang muttaqin, seorang yang darjatnya tertinggi. Ibadahnya semata2 kerana Allah, amal solehnya semata2 kerana Allah, segala percakapannya kerana Allah, segala perbuatannya kerana Allah dan sifat2nya lahir dari hasil ketaqwaannya kepada Allah.

Kalau dilihat dari kelima2 tahapan ini, di tahap manakah anda berada rasanya? Mungkin ramai daripada kita mengaku yang mereka seorang musim atau mukmin, tetapi adakah ciri2 tadi bersesuaian dengan mereka sendiri? Adakah kita sudah berada di tahap yang paling tidak pun di tahan yang pertama? Mungkin tidak, mungkin jauh panggang dari api, mungkin bagai laangit dan bumi bezanya.

Tidak kiralah di mana tahap kita ketika ini, yang penting selepas ini kita perlu berusaha untuk bukan sahaja untuk menjadi seorang mukmin atau muslim, tetapi juga seorang mukhsin, mukhlis dan akhirnya muttaqin, insyaAllah, kalau kita bersungguh2.

Akhir kata, semoga kita mendapatkan apa yang kita mahukan dalam hidup ini, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Yang penting kita usaha sampai berjaya. Never give up and die trying. Amin.

Wallahualam.

~hehe, macam boleh sahaja sebegini~



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, July 9, 2010

Kenapa Yahudi Bijak?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah dapat e-mel ini dari abang Tuah mengenai "Kenapa Yahudi Bijak". Enjoy!

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

So, apa pendapat anda? Nak ke besarkan anak2 anda mengikut cara mereka ini? Maybe yes and maybe not for mine. Never think of it.

Wallahualam.



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, July 8, 2010

Lelaki Gila Sex?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ada 1 artikel Tuah jumpa mengatakan yang otak lelaki lebih 50% memikirkan mengenai sex. Ada pula yang kata setiap 7 saat lelaki akan fikir pasal sex. Kalau lelaki sahaja mesti sex, seperti tiada benda lain lagi yang lelaki perlu fikirkan.

Tuah rasa, jangankan mahu dikatakan semua atau majoriti, minoriti pun sangat sedikit. Hanya orang gila sahaja yang begitu, gila sex. Mustahillah kalau ditanya pada semua lelaki betul ke begitu? Adakah mereka juga begitu? So, macam mana? Apa yang Tuah boleh nyatakan di sini memang fikiran dan percakapan lelaki mudah untuk terjerumus atau terarah kepada sex.

Pengalaman Tuah sendiri berkawan dengan mereka ini, kalau bercerita atau berbual yang tidak ilmiah, pada mulanya mereka akan cerita pasal bola, game, atau movie. Kemudian, lama kelamaan akan berubah menjadi cerita berkaitan sex. Tidak banyak sedikit mesti ada. Bezanya Cuma lucah atau tidak, ilmiah atau bukan.

Kalau Tuah perhatikan lelaki boleh dibahagi kepada 3 kumpulan. Pertama, yang kalau cerita pasal sex mesti nak lucah. Kedua, tidak lucah, tapi berilmiah. Selalunya secara serius. Ketiga, yang langsung mengelak bila dibuka tajuk sex, langsung tinggalkan perbualan sebelumnya atau cuba tukar tajuk.. Tuah pun tidak pasti samada mereka ini tidak suka, tidak berminat atau segan.

Pada Tuah sendiri, Tuah masuk kumpulan kedua. Bukan tidak boleh bercerita mengenai sex. Tetapi, biarlah kena cara dan keadaan. Bukan atas tujuan nafsu semata2 tapi untuk tambah pengetahuan, yang mungkin berguna untuk masa depan (haha, agak keterlaluan masa depan!).

Kadang2 ketika sedang lepak dengan mereka yang dari kumpulan pertama mesti basically ceritanya adalah sex. Mungkin awal2 atau sedikit2 adalah cerita pasal benda lain, tapi selalunya pasal sex. Bila dah sampai takat lucah sangat mereka akan gelak berdekah2. Pernah Tuah cuba ubah tajuk. Malangnya, sekejap sahaja terkeluar tajuk. Tidak lama kemudian kembali ke tajuk lama. Tuah langsung angkat kaki.

Adakalanya, boleh dilayan juga cerita mereka ini selagi tidak terasa nak termuntah anak tekak ini. Tapi, selalunya sakit telinga mendengarkan perbualan mereka ini. Boleh bernanah kalau duduk berbual lama2 dengan mereka ini. Tidak kisahlah di mana pun, di meja makan, dalam kelas, dalam masjid pun ada.

Pernah juga Tuah tegur mereka yang seperti ini. Kalau tidak tahan sangat Tuah cakap senang sahaja. Cuba buka hadis ke 15 dalam hadis Arbain An-Nawawi, dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda,

‘sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, menghormati tetangganya, dan memuliakan tetamunya.’ H.R.: Bukhari dan Muslim

Kalau tidak mahu berkata perkara yang baik, sila diam. Mereka pun mula angkat kaki, beransur pergi. Selama 2 ke 3 hari Tuah tidak jumpa mereka bercerita pasa sex lucah lagi. Tetapi, lama kelamaan mungkin kerana tidak tahan, terlepas juga cakap mereka di depan Tuah. Sabar sahajalah.

Seperti yang Tuah sebut awal2 tadi, ada ke cara atau keadaan yang sesuai untuk cerita pasal sex ni?

Adakalanya remaja perlu didedahkan kepada sex. Sebagai mereka yang matang, beritahu mereka yang tujuan sex adalah untuk kebaikan sahaja. Contohnya, untuk mengeratkan hubungan antara suami dengan isteri, atau untuk mendapatkan anak. Dan ada satu sahaja cara untuk menyalurkan keinginan sex, iaitu dengan berkahwin. Cerita pula kebaikan2 kahwin berbanding sex di luar nikah, dan keburukan2 sex luar nikah.

Kalau mahu bercerita mengenai sex perlulah bertempat. Maksudnya antara suami isteri, dengan orang yang sesuai macam kaunselor perkahwinan, ustaz atau doktor. Boleh juga bercerita dengan kawan2 hanya untuk menambah ilmu, bukan untuk benda2 yang tidak elok, untuk memuaskan nafsu semata2 atau bahan gelak ketawa. Seperti cerita kedai kopi dan sebagainya.

Kalau tengok cerita dari Barat tidak kisahlah dari US atau Europe memang banyak lawak lucah, lebih lucah lebih kelakar. Maka, ramai remaja2 kita yang tengok cerita2 macam ini juga mahu meniru benda yang sama. Mereka fikir lawak ke? Padahal menyakitkan telinga kita yang mendengarnya.

Entahlah, memang betul agaknya lelaki selalu terpikir pasal sex. Lelaki yang lemah atau tiada imannya. Selalulah ingat Allah dan banyakkan berdiam kalau tidak mahu binasa kerana mulut. Bak kata pepatah, keran pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Tapi, Tuah nak tanya lah, yang perempuan macam mana ye? Sama ke atau lebih lagi, cuma mereka pandai sorok. I wonder, tell me.

Wallahualam.

~well, Tuah penyokong Malaysia di World Cup nanti,
bila? tidak tahu pula~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, July 4, 2010

Berani Kerana Benar?

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah dengan ini berbesar hatinya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir atau kalau orang Indonesia sebut Selamat Ulang Tahun, MetUlTah, kepada kakanda Tuah yang sulung dan paling tua (belum tua lagi), Mohamad Shazali Bin Abdul Hamid, untuk yang ke-27. Semoga panjang umur yang diberkati dan berbahagia di dunia dan di akhirat. Satu soalan untuk beliau, bila nak kahwin? Nak join sekali, hehe.

*******************************************************************************************************

Sehari sebelum final exam yang lepas, Tuah ada chatting dengan kawan Tuah cerita pasal status yahoomessenger Tuah iaitu, “btul ke yg nabi Muhammad ada ajar kita perlu buat baik kpd sesama manusia walau mcmn truk pun org buat kat kita?” Tuah minta pendapat dia, macam mana.

altuahalshahab: salam
Xxx: wsalam

altuahalshahab: aq nk tnya
Xxx: pehal?

altuahalshahab: berkenaan status aq tu, btul ke?
Xxx: mksud ko yg nabi muhammad tu ke?

altuahalshahab: all of it
Xxx: btol aa coz dier tunjuk dri sunnah, pe nabi buat klau org layan dier ngn trok?

altuahalshahab: btul ke perang dlm islam cuma utk defence, no more than that
Xxx: haha, dlm quran da sebot la, ade 2, utk self def, ngn tlg org yg teraniaya

altuahalshahab: klu suatu negara tu aman n rakyatnya x teraniaya xbleh peranglah kan?
Xxx: haah, tp klau negare muslim laen teraniaya patotnye bule gi tlg

altuahalshahab: so xkan every tmpt yg sahabat ada hantar tentera tu suma teraniaya, x aman
Xxx: hurm, ak xde la research sume tempat yg shbat hntar

altuahalshahab: bukan sbb nk sebarkan islam?
Xxx: tp sume yg ak tau ade kaitan ngn self def ngn reason ke 2 td, islam x tersebar ngn mate pdg semate2 dowh, yg tersebar ngn mate pdg tu jz secondary

altuahalshahab: mmg xsemata2, tp ada juga ke?
Xxx: 1st dier tlg org teraniaya, den org yg teraniaya tu masok islam coz kemurnian islam, tu yg org kte tersebar ngn mate pdg, tu yg ak phm, so klau buat kajian mungkin lg complicated dri neyh, haha

altuahalshahab: so, klu baca sirah sahabat, tiap kali diorg buka kota baru, mesti akan bg 2 pilihan, 1) klu xnk dibunuh masuk islam, 2) masuk islam tp kena bayar jizyah, kan? ko ada prasan x?
Xxx: bkn da terbalek ke, 1) masuk islam, 2) x masok islam tp byar cukai..kapir kn ade kapir yg x perlu diperangi, cam kapir zimi x silap ak

altuahalshahab: bukan masuk islam pun ada cukai gak ke? namanya jizyah, utk non-arab
Xxx: haah, oo, tu ak familiar, tp tu bukan dlm islam, tu diorg sendiri wat ikowt kesesuaian

altuahalshahab: so, berbalik kpd status aq td, klu org hina ko truk2 nk kena balas buruk ke baik?
Xxx: huhu, klau ak, ak wat bodo dowh

altuahalshahab: so ko xikut ajaran Al-Quran lah, defence? dan teraniaya
Xxx: haha, org hina adekah akn bhayekn nyawa ak? teraniaya sbb kne kutuk?

altuahalshahab: so slagi xusik nyawa xpayah defence? tiap kali org buat jahat kat kita tu aniaya namanya
Xxx: tgk balek kt akhlak nabi aa, nabi balas cmne pas org quraisy aniaya? ape umat islam wat pas kne pulau? ape nabi wat pas kne baling btu kt taif(btol ke ak eja neyh?), erm

altuahalshahab: klu maruah tergadai?
Xxx: mende burok klau bls burok mmg xkn setel smppai bile2 dowh

altuahalshahab: then xpayah peranglah
Xxx: haha, tu statement peribadi ak utk selaen perang aa wwei

altuahalshahab: klu maruah tergadai perang x?
Xxx: ko rase?

altuahalshahab: aq yg bertanya
Xxx: asyik ak jawab je

altuahalshahab: tolong jwb dulu then aq jawab'
Xxx: try aa ko bg pndangan ko lak, haha

altuahalshahab: ok, mcm ni. klu ko ingat zaman khalifah umar ada satu kump yahudi ni kacau sorg muslimah kat pasar, pastu ingat x apa umar buat? dia bukan hantar wakil 1 2 org, dia sndr dtg dgn bala tentera dia, utk jaga maruah muslimah tu, ingat x?
Xxx: x tau, oic, k, den?

altuahalshahab: tu utk defence org teraniaya la kan, 2 reason utk perang
Xxx: yup

altuahalshahab: so klu org kutuk ko nk diam je ke? maruah x tercalar ke? nak2 org kutuk ko dpn org ramai, dan benda tu fitnah semata, nk snyap je ke?
Xxx: klau ikowt cite ko td, klau org yg kutuk tu yahudi or kapir ak bls aa, haha, hurm

altuahalshahab: ko racist ar, nabi x racist pun
Xxx: klau org tu islam bls aa ngn berhikmah dowh, suro dier kembali ke islam, haha

altuahalshahab: klu dia xdgr gak, dia ttp kutuk ko, snyap jugak?
Xxx: haha, k ar tu, once ko da gtau, ko da bule wat bodo, coz ko da nasehat dier td

altuahalshahab: ko rasa umar bwk dtg tentera dia rmi2 tu utk ape? nk nasihat je pastu blah mcm tu je?
Xxx: tu ak xtau, coz ko x cite ape yg yahudi tu wat. ape maksud ko yahudi tu 'kacau' muslimah td? pe yg diorg wat?

altuahalshahab: klu xsilap aq dia malukan muslimah tu
Xxx: cmne malukan tu?

altuahalshahab: aq xpasti, klu xsilap dia tarik tudung kot, haha
Xxx: haha, tu 1 perbuatan, bukan kutuk mengutuk agi da

altuahalshahab: kutuk tu bukan perbuatan ke?
Xxx: mksud ak mende phisical, kutuk xde physical cntact dowh

altuahalshahab: so klu xde fizikal contact xpe r
Xxx: eh, mne de, nasehat pastu wat bodo, haha. silap, nasehat, n den klau dier kaco gak, bru wat bodo

altuahalshahab: yg kita nk marah org hina nabi muhammad tu apahal? yg lukis gmbr tu, mcmn? diorg ada pukul nabi ke?
Xxx: erm, kite kecam diorg, kecam perbuatan diorg, mennjukkn kte x stuju

altuahalshahab: then, klu diorg xdgr gak buat bodo? aman dunia mcm tu
Xxx: hurm, klau diorg x stuju wat pe yg kite bule aa. act, si fulan penah cte mende neyh kt ak, ade 3 mende leh wat. 1st kecam, 2nd ngn 3rd ak x ingt dowh, ade dlm ustaz H nye artikel, tp yg pasti xde la smpai perang

altuahalshahab: berbalik kpd persoalan asal, mcmn?
Xxx: er, yg mne, ape yg ko x clear agi?

altuahalshahab: klu org kutuk kena kecam je ke? sampai bila2?
Xxx: haah, slagi dier x stop, erm, tp depend on situation gak

altuahalshahab: klu org kutuk nabi pun buat mcm tu?
Xxx: haha, klau ak ak tnye pe rasional dier wat cm2, bule?

altuahalshahab: pe mksud ko?
Xxx: sumtimes org kutuk lebeyh dri segi emosi je, klau dri segi emosi, ko nasehat, pasttu lelame dier ilang

altuahalshahab: sometimes org kutuk saja2 je, saja nk tgk ko bertindak
Xxx: yg tu lg senang, ko nasehat gak aa, x salah pon nasehat, kompem dier stop pastu, tu yg jenis saje2 a, klau x wat bodo je, hak2

altuahalshahab: so ko rasa diorg akan stop kutuk nabi bila ko nasihat je ke? stakat kecam, stakat xstuju dgn diorg?
Xxx: erm, ko rase kne wat lebeyh?

altuahalshahab: ko rasa?
Xxx: jawab aa dlu wei

altuahalshahab: aq rasa kena, ko?
Xxx: erm, kne gak

altuahalshahab: buat pe? buat bodo je lah lepas nasihat
Xxx: haha, ade 3 care leh wat ak kte td an, 1st kecam, 2nd..

altuahalshahab: ko rasa klu umar hidup zaman ni, dia buat mcm tu ke?
Xxx: xtau aa wei

altuahalshahab: klu ko berkuasa ke atas org tu, ko ambil tindakan yg lain x, selain nasihat dan kecam, haha
Xxx: haha, yup

altuahalshahab: ko rs boleh ke buat mcm tu
Xxx: bule je, bg warning dlu aa, klau diorg wat gak, tindakan akn diambil, hoho

altuahalshahab: ko ingat x apa nabi buat lepas kena baling batu kat thaif (ni ejaan yg btul)
Xxx: pe? nabi doa?

altuahalshahab: nabi ada ambil tindakan x kat org2 thaif tu?
Xxx: xde x silap ak

altuahalshahab: so ko ambil tindakan ke kat org td tu, yg dah bg warning tp xberubah gak
Xxx: err, yg psl warning tu, tu coz ko kte klau kite ade kuase ke atas org tu. tp klau cam kes nabi neyh, nabi xde kuase pon kt atas pnddk thaif

altuahalshahab: mmg x official, tp dia anak sedara ketua kabilah di Mekah, bleh je suruh pakcik dia buat something kat diorg
Xxx: ye ke? siyes bule?

altuahalshahab: lagi satu, bukan ke malakikat ada bg tau, klu nabi nak bleh je malaikat2 ni hempap diorg dgn gunung2, the power is in his hand
Xxx: yup, tp nabi xwat kn

altuahalshahab: so berbalik kpd yg td, ko ttp nk ambik tindakan ke x?
Xxx: bg warning aa, klau diorg wat gak wat aa tindakan, tp bukanla dgn hncurkn diorg, haha

altuahalshahab: abes tu ko nk buat pe, yg x menghancurkan diorg?
Xxx: ak bru kate bukan dgn menhncurkn diorg..

altuahalshahab: abes tu ko nk buat pe?
Xxx:klau dlm conteks hri neyh, ktekan yg kutuk nabi tu adelah 1 pertubuhan, klau ak ade kuase, leh je ak bubarkan pertubuhan tu, klau negare laen, bule je kecam n stopkn bisnes, or mende2 politik yg ak xtau

altuahalshahab: klu negara lain? klu ko pemimpin negara tu?
Xxx: negare mne neyh wei?

altuahalshahab: negara yg kutuk nabi tu
Xxx: yg mengutuk? cam ak kte td aa, sape yg kutuk? individual? pertubuhan? organisasi?

Sampai sini sahaja perbualan kami kemudia dia mintak diri untuk makan. Jadi, apa pendapat anda? Mahu berdiam diri sahaja selepas dikutuk dan dihina? Atau berbuat baik walau hati kita memberontak untuk membalas dendam. Anda pernah ke merasakan dihina dan difitnah di hadapan orang ramai? Well, Tuah pernah, dan rasa macam mahu tumbuk orang tersebut masa itu juga!

Akhir kata, cuba anda pastikan sepasti2nya, betulkah tindakan anda itu berlandaskan iman, atau hati atau godaan syaitan? Adakah anda berdiam diri kerana nabi suruh atau kerana anda penakut? Dan anda jadikan sirah nabi sebagai alasannya? Mana perginya ‘berani kerana benar, takut kerana salah? Fikir2kan.

Wallahualam.


~jom lah boycott barang2 ini teman2~

Sincerely by,







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.