Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Sekarang telah masuknya waktu cuti bagi siswa FK UnPad angkatan 2008 bermula 30 Januari hingga 7 Februari. Seminggu sahaja, maka Tuah tidak pulang ke Melaka. Tuah akan menghabiskan masa cuti kali ini di Pekan Jatinangor ini buat ke-5 kalinya. Tuah tidak akan pulang jika cuti kurang daripada 10 hari.
Jadi, apa perancangan masa cuti Tuah kali ini? Ha, tiada perancangan sebenarnya. Tapi, Tuah bercadang mahu membina stamina semula kerana mahu menyertai kejohanan futsal pada Februari atau Mac nanti. Bandung juga akan melansungkan Bandung Games Mac nanti anjuran PKPMI Bandung. Tuah pasti mahu menyertainya.
Tuah juga akan cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan sebagai chef terhandal di kalangan teman yang telah hanyut ditelan masa kerana setelah setahun lebih Tuah tidak memasak. Maka, setelah tinggal di rumah sewa ini, Tuah akan cuba memasak apa sahaja yang terlintas di fikiran. Malah cuti kali ini Tuah berseorangan di rumah, ini peluang terbaik untuk buat kaedah cuba-jaya.
Pada cuti ini, Tuah akan menjalan ekspedisi mendaki Gunung Geulis buat kali ke-2 bersama teman. Seperti pendakian kali pertama, kami bercadang untuk memulakan pendakian tepat jam 1 dan mungkin tiba di puncak sebelum jam 3, berehat sebentar, dan sesudah subuh akan mengadakan party BBQ. Memang seru bak kata orang Indonesia.
Sebut pasal Geulis, Tuah nak tunjuk sikit gambar di puncaknya, memang cantik.
Pada cuti kali ini juga Tuah akan cuba membaca sebanyak2 buku atau novel yang telah lama Tuah simpan tetapi tiada kesempatan untuk melakukannya.Kebanyakannya adalah novel Inggeris kerana Tuah kurang berminat dengan novel Melayu yang rata2 merupakan novel cinta. Tuah sudah muak membacanya di zaman sekolah dulu.
Tuah juga akan cuba untuk khatam Al-Quran sepanjang cuti 9 hari ini. Tuah juga akan cuba khatam bukan sirah nabi dan sirah sahabat yang ketebalannya memandulkan keinginan Tuah untuk membelek halaman pertama sahaja sekalipun. Mintak2 di beri kekuatan oleh Allah untuk Tuah memulakannya nanti.
Sebagai program untuk menguatkan ukhwan bersama rakan2, selain program mendaki gunung, kami juga bercadang untuk ke Ciater atas 2 tujuan; mandi air panas dan main paintball. Sekali dahulu Tuah pernah ke sana bermain paintball sahaja, kerana pemergian kami dicemburui masa kerana begitu ghairah bermain sehingga terlupa untuk mandi air panasnya. Insyaallah kali ini akan mandi sebelum main.
Sebagai proses memantapkan skill, Tuah akan lebih kerap berlatih badminton bersama teman seperjuangan kerana segala kejohanan badminton akan berlangsung pada bulan Februari hingga Mei depan. Maka, Tuah perlulah sediakan payung sebelum hujan, tidak mahu lagi kami untuk bertanding secara ala kadar sahaja kali ini.
Jadi, Tuah memang tiada perangcangan yang tepat dan berjadual untuk cuti kali ini tetapi semua aktiviti tersebut akan Tuah pastikan untuk dilakukan sempena cuti yang pendek kali ini. Harap2 Tuah di beri kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan semua aktiviti tersebut, amin.
Akhir kata, majulah Tuah untuk Islam, majulah Muslim untuk Islam, majulah negara untuk Islam, majulah ummat untuk Islam, majulah dunia untuk Islam, amin.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.