Sunday, March 7, 2010

Buku Harry Potter Yang Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pada Ahad minggu lepas Tuah ada beli buku Harry Potter yang baru, tapi tajuknya lain sedikit:

HARRY POTTER AND THE KUFR OF MAGIC AND THE EVIL OF IT
(yang sebenarnya: The Kufr of Magic and the Evil of Harry Potter)

Berdasarkan tajuknya pasti penulisnya juga bukan J.K.Rowling tapi Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsari. Dan, penerbit novel ini ialah tooBAGUS Publishing, bukan Bloomsbury macam novel siri Harry Potter yang lain.

Buku ini diterbitkan bukanlah bertujuan untuk menyambung siri novel Harry Potter yang ke-8 mahupun untuk menggalakkan, menyokong atau mengutuk sekeras2nya penerbitan novel tersebut. Tetapi, tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat terutamanya ummat Islam tentang hakikat sihir dan kedudukannya dalam Islam. Serta, untuk menjelaskan penipuan2 dan pembohongan yang ada dalam novel tersebut.

Pada Tuah, setiap peminat atau kipas susah mati (die hard fan) novel atau filem Harry Potter perlu ‘mendapatkan’ buku ini untuk menjernihkan dan memulihkan kembali fikiran mereka yang terpengaruh dengan cerita yang dibawakan penulisnya, J.K.Rowling (kalau ada yang terpesonglah)

Macam Tuah sendiri, tidak perlulah bantuan buku ini kerana sebelum Tuah memulakan pembacaan novel tersebut Ttelah diterapkan di dalam hati Tuah bahawa semua isi novel fiksyen ini adalah rekaan, nama pun fiksyenk, rekaan. Tiada satu pun yang betul yang boleh dijadikan pedoman melainkan benda2 yang dinyatakan adalah selari dengan syarak.

Contohnya, ada 3 Unforgivable Curse dalam dunia magic Harry Potter ini, iaitu Imperius Curse untuk mengawal setiap perbuatan dan fikiran, Cruciatus Curse untuk member penyiksaan yang amat sangat, dan Killing Curse untuk membunuh. Siapa yang melancarkan salah satu Curse ini akan ditempatkan di penjara buat selama2nya. Bukanlah bermakna hokum penjara itu yang selari dengan syarak tetapi hukuman yang paling berat dalam dunia magic tersebut diberikan pada pelaku ketiga2 Curse tersebut.

Tetapi, memang ada banyak benda yang sesat dan menyesatkan dalam novel tersebut. Contohnya Apparation. Mustahil bagi manusia untuk untuk berpindah ke suatu tempat yang jauh jaraknya dengan kadar yang begitu cepat tanpa bantuan teknologi moden atau teknologi jin dan syaitan. Kerana hanya mereka sahaja yang boleh melakukannya. Mungkin ada yang mengimpikan untuk melakukannya tapi tidaklah sampai terbawa2 sehingga memaksa diri untuk megikut telunjuk jin dan syaitan.

Jangan kata Harry Potter, banyak lagi cerita yang tidak logik dan masuk akal malah sesat dan syirik yang ada di pasaran novel mahupun filem. Cerita2 dan novel2 dari Malaysia dan Indonesia juga ada yang begitu. Tetapi, tujuan penerbitan bahan2 tersebut bukanlah untuk menyesatkan atau mensyirikkan Allah tetapi untuk sebagai hiburan sekadar luar dai kebiasaan.

Maksudnya, kalau cerita percintaan, kematian, peperangan, kehidupan seorang ayah atau ibu mahupun kisah seorang pejuang yang normal sudah banyak dan berlambak di pasaran. Bagi Tuah sendiri agak bosan dan muak dengan cerita2 sedemikian. Maka, mereka yang seperti Tuah ini akan mula mencari alternative lain untuk member hiburan pada hati, seperti novel Harry Potter ini.

Tetapi, sebelum memulakan pencarian dan menikmati hiburan2 tersebut perlulah dalam hati itu wujuk rasa taqwa dan ketaatan pada Allah dan rasul-Nya, serta keimanan yang teguh agar tidak langsung terpengaruh dengan anasir2 dan dakyah2 yang sesat yang wujud daripada sumber2 hiburan yang sebegitu. Siapa yang tidak bersedia jangan pula mahu ‘menggatal’ nak ‘menceburi’nya pula, itu yang sesat nanti.

Akhir kata, jagalah diri masing2, keluarga masing2 dan kawan2 masing2. Kalau kita rasa kita dah betul maka buat, kalau tidak betul maka buatlah yang betul. Jangan pula halalkan yang haram dan haramkan yang halal. Itu sesat namanya. Gunakanlah Al-Quran dan Ass-Sunnah sebagai pedoman dan pegangan.

Bak kata Tuah, kubur masing2 berasingan; kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku. Kalau kita boleh berada dalam kubur yang sama maka bolehlah tolong jawabkan nanti, kan? Jadi, sebab kubur berasinganlah maka kita perlu tolong betulkan dan nasihatkan orang lain semasa di dunia ini lagi, sebelum masuk ke kubur masing2.

Wallahualam.
~rindu nak baca novel Harry Potter~

p/s:

1) buku Harry Potter ini cuma ada 219 muka surat tapi memerlukan masa seminggu untuk dihabiskan. Kalau novel Harry Potter yang paling tebal (Harry Potter and the Deathly Hallows) yang ada 680 lebih muka surat Tuah boleh tamatkan dalam 4-5 hari sahaja!
2) Bilalah filem Harry Potter and the Deathly Hallows nak keluar ni? Dah lama menunggu ni.
3) tidak tahan dengan kawan perempuan yang PMS, asyik nak marah dan beremosi sahaja. Bagaimana kalau dah kahwin nanti, setiap bulan perlu mengadap, setiap hari selama seminggu pula tu. Aduh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.