Saturday, June 27, 2009

Kisah Tuah Dan Teman Beliau

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sebulan lagi nak balik Malaysia. 2 bulan lagi nak masuk bulan Ramadhan. 3 bulan lagi nak masuk bulan Syawal. "Alangkah indahnya saat ini," kata Tuah ketika melihat kalendar di desktopnya. Semua tarikh2 penting sudah beliau marked dengan niat untuk menaikkan semangatnya yang kini sedang dilanda masalah homesick yang paling teramat sangat.

Andai result masa judicium 1 untuk final yang baru lepas ini tidak meng'izin'kan beliau untuk remedial test pasti dia boleh pulang awal dari tempoh masa sebulan. However, beliau sudah membeli tiket untuk pulang sebulan lagi, dengan niat untuk mengadakan suatu ekspedisi menjelajah Bandung atau Jakarta bersama2 rakan yang tidak remedial tetapi akan stay back untuk pulang menemani rakan2 yang remedial. "Who with me?" he asking all his friends when he mentioned all his plan during dinner last night.

Apabila ditanya oleh teman mengapa tidak bercadang untuk pulang awal jika tidak perlu remedial exam, beliau menjawab, "bukankah banyak benda yang bermanfaat boleh dilakukan disini seperti bersilaturahim dengan teman2 ikhwan Indonesia yang mana tidak terdapat di Malaysia". Tambah beliau, ini merupakan peluang yang ditunggu2 selama ini yang tergendala dek peperiksaan yang memakan masa sebulan termasuk studyweek.

Apabila ditanya apa result yang beliau target untuk exam kali ini, dengan tanpa berfikir panjang beliau menjawab, "walau apa pun resultnya hamba terima seadanya, asalkan semuanya A atau paling kurang pun dapat pointer 4 flat. Sama ada result itu baik atau buruk semuanya merupakan ujian daripada Allah,. Bukan sahaja gagal dalam peperiksaan tetapi cemerlang juga ujian dari-Nya. Seperti dalam Surah Al-Anbiya' ayat 35 (21:35) yang maksudnya, "Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan." Tercengang sambil ternganga mulut teman beliau apabila mendengar yang kebaikan juga cubaan dari Allah.

Untuk menutup atau mengurangkan kadar keterbukaan mulut teman beliau itu lantas beliau pula bertanya, "pernah dengar istidraj?" Maka di jawab teman beliau itu, "tidak wahai Tuah, tidak pernah hamba dengar seumur hidup hamba. Cuba tuan hamba khabarkan kepada hamba apa kebendanya maksud benda alah tersebut."

Dengan mengerutkan dahi beliau cuba untuk mengingatkan kembali maksud istidraj yang beliau pernah ditugaskan untuk hafal oleh ustazah yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah menengah beliau dahulu. Setelah pasti dengan maksud istilah tersebut maka beliau menjawab, "merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini, pengarang kamus ini berkata Istadrajahu membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya."

Tambah penulis tersebut, jika dikata "Istidrajullah al-abda" yang bermaksud Allah meng’istidraj’kan hambanya; membawa erti yang setiap kali hamba-Nya membuat, menambah atau membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat, menambah atau membaharui nikmat-Nya ke atas hamba-Nya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hamba-Nya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Berpandukan surah Al-An’am ayat 44 (6:44) yang bermaksud, “Ketika mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka dapat itu, lalu dengan tiba-tiba Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa.”

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hamba-Nya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hamba-Nya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am).”

Tamat Cerita "Istidraj". Semoga tuan hamba faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah pada masa hadapan.

Setelah itu, Tuah lantas menamatkan post beliau buat kali ini dengan menaip “segala yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu dari hamba yang datangnya dari Allah tapi disandarkan pada hamba sebagai sandaran kepada kalian semua.”

Wallahualam.

ada band Black Metal nama Istidraj, tak tahu kenapa nak guna nama ini juga

p/s:
1) kisah ini tiada kena mengena sama ada dengan yang hidup mahupun yang mati
2) hei Joe, KMM 2006/07 takde reunion ke?

*******

Pepatah Tuah: Ikut hati mati, ikut rasa merasa lah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.