Sunday, May 17, 2009

Beriman Dengan Exam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Selama ini, Tuah cuma tahu ada 6 perkara dalam rukun iman, iaitu beriman kepada:

1-Allah
2-Malaikat
3-Kitab2 Kalam-Nya
4-Nabi2 dan Rasul2
5-Hari kiamat
6-Qada' & qadar

Tapi, akhir2 ini, Tuah mula menyedari satu lagi perkara iaitu beriman dengan exam, meyakini dengan hati bahawa exam ni susah dan semakin dekat (exam countdown 15 days to go!), melafazkan dengan kata2 (di mana2 semua orang kata: wah, exam dah dekat) dan membuktikan dengan perbuatan iaitu study hard. Anda ada perasan tak?

Sama macam meyakini bahawa exam dah dekat, tetapi perasankah anda bahawa kematian itu lebih dekat, (death countdown 0 second to go!). Selalu kita di peringatkan bahawa kiamat sudah dekat, so, bersedialah menghadapinya. Lagi pun tanda2 kecil dan besar sudah banyak yang dah terjadi sekarang. Tapi, kematian itu lebih dekat dengan kita. Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati itu adalah orang yang bijak dan cemerlang.

Kembali kepada iman dengan exam, bukan tak bagus, cuma ramai yang rajin membanyakkan ibadah ketika masa hanya hampir pada exam. Kalau biasanya puasa sebulan sekali pun susah, tapi bila nak dekat exam seminggu 2 kali pun takde hal. Kalau biasanya solat jemaah di masjid seminggu sekali di masjid (solat jumaat), tapi bila dekat nak exam maghrib isyak takde lagi solat di bilik, mesti ke masjid.

Bukan tak bagus di masa2 nak exam ni kita tambah amalan. Sama macam di bulan puasa, cuma lepas habis exam keep up je lah semua tu. Jangan lepas exam terus taknak dah ke masjid or malas dah nak beribadah sekuat nak exam dulu, ini yang salah. Janganlah jadi orang yang tak bersyukur. Janganlah jadikan Allah hamba kita, bila perlu kita puji dia untuk nak dapatkan pertolongan-Nya, bila dah tak perlu kita tinggalkan saja.

Jangan jadi sekumpulan anak kapal yang di ceritakan Allah dalam surah Yunus ayat 22-23 yang bila takut ditimpa ombak besar mereka berkata "Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pasti kami masuk di kalangan orang yang bersyukur". Tapi, apa yang berlaku selepas selamat, maka mereka mula berbuat kezaliman di bumi tanpa alasan yang benar.

Wallahualam.


*******

Pepatah Tuah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan…

p/s:
1. goodluck guys FKUnPad for final exam starting from nextweek for 4th year, the next week 2nd year, 1st of June my fellow 1st year, and the next week 3rd year. Do your best and let's God do the rest!
2. join mybrute at-as (http://at-as.mybrute.com), hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.