Friday, July 1, 2011

Mencari 'Rezeki'

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Di masa exam menyendiri,
macam dah tak sedar diri,
dunia luar dah tak dihirau lagi,
sebab buku dan nota kata mari,
game dan wayang kata pergi,
jangan pula buat tak reti,
pergi la study!

Di musim peperiksaan,
kononnya asyik mengulang kaji pelajaran,
perut pula selalu kelaparan,
mulalah mulut mencari makanan,
mengakibatkan bertambah berat badan,
betul tak rakan-rakan,
kan kan kan?

Baru sahaja habis peperiksaan,
begitu seronok mengosongkan fikiran,
tengok buku rasa macam nak makan,
tengok 'lecture note' rasa nak telan,
tapi semua sudah ditinggalkan,
kerana sudah habis peperiksaan. Yahoo!!

**************************************************************************************

    Sedang lelaki A dan B berbual ketika berjalan ke kedai makan, lelaki A berkata...

Lelaki A: wei B, cuba tengok awek tu (sambil menunjuk ke arah seorang perempuan yang memakai baju putih ketat dan 'transparent')
Lelaki B: Ooo, yang itu ke?

    Wanita C tiba2 muncul dari belakang mereka seraya berkata...

Wanita C: tengok tu, suka tengok yang macam tu..
Lelaki A: sudah dia tayang, ter-tengok lah, kan B?
Wanita C: Kalau macam tu tak payahlah di tegur2, cakap kat orang lain..
Lelaki A: cuba dah mengelak dari melihat dan menegur, tapi ter-tengok dan ter-cakaplah kat si B..
Lelaki B: betul. Ini lah masalah yang menimpa kaum lelaki yang tidak mahu tetapi dipaksa untuk mahu. Di mana2 ada sahaja yang bagi tayangan umum dan 'sneak peak' percuma. Kalau dah menjolok mata macam itu mana boleh tahan, mana nak tak tengok. Kalau iman setakat orang umum memang ke laut jawabnya.
Lelaki A: macam orang mengantuk di sorong bantal, macam orang yang sedang kelaparan di beri nasi, macam orang haus di beri air sejuk, macam2 lagi lah, hehe..

    Suasana hening seketika sambil mereka meneruskan perjalan kaki. Kemudian...

Wanita C: jadi?
Lelaki B: jadi, jangan lah pakai pakaian sebegitu. Kalau boleh perempuan jangan pakai baju putih, walau baju kurung mahupun jubah. Tudung pun pilih yang memang tidak 'transparent'.
Lelaki A: mereka2 ini tak belajar sesuatu ke semasa di zaman sekolah dulu. Pakai baju kurung macam pakai plastik, nampak segalanya yang di salut. Tudung punya singkat sampai nampak semuanya sekali. Budak lelaki pun apalagi, ramai2 mencari 'rezeki' sambil ucap alhamdulillah..astaghfirullahalazim!
Wanita C: baguslah dah sedar..

    Suasana hening kembali. Tak lama kemudian..

Lelaki A: mata lelaki tidak perlu cermin mata x-ray pun sudah boleh lihat tembus, yang ditutup rapi pun boleh nampak, apalagi yang terbuka sana sini.
Lelaki B: 'mahal'nya wanita bila nak dikahwini nati jika calon lelaki tidak pernah melihat aurat calon isteri atau menyentuh mereka. Susah rasanya nak dapat wanita yang 'mahal' sekarang ni.
Lelaki A: kalau boleh cuba jadi se'mahal' tu, ajak kawan2 sekali.
Wanita C: okay...(sambil berjalan laju meninggalkan lelaki A dan B terpinga2)

    Mereka berdua pun meneruskan pencarian 'rezeki' pada hari itu. Erk..

******************************************************************************************

    Sedang dalam sebuah kereta menuju ke sebuah restoran, sekumpulan 4 orang pelajar lelaki berbual2..

Pelajar A: hei B, how did you get X (pacar B)? I mean how come?
Pelajar B: what do you mean? I tried to start talking to her and then she reply back. Then, we get together.
Pelajar C: I heard you like somebody else, this girl, Y.
Pelajar B: haha, that's true. But, I don't want to 'touch her, because she's too got to be spoiled. She's like my 'calon isteri'.

    Masing2 pelajar A,C,D terkesima sebentar mendengar jawapan pelajar B. Kemudian...

Pelajar D: then. what is X? Is she's spoiled already?
Pelajar B: not spoiled, but not that good. She only the right girl for a girlfriend, not a wife. Y, have all the material to become a good or perfect wife. So, I don't want to spoil it.
PElajar A: so, X is your 'rezeki' lah?
Pelajar B: well, indeed.

    Suasan senyap seketika buat beberapa minit sebelum...

Pelajar B: but don't tell X I said that, or Y. I don't want them to know any of it.
Pelajar C: know what?
Pelajar D: haha, nice one...

    Akhirnya mereka tiba di restoran yang di tuju, menanti untuk melanatak 'rezeki' masing2.


p/s:
1) harap2 lelaki A,B dan wanita C serta pelajar A,B,C,D tidak baca blog ni
2) seperti yang di sebut di atas, MINGGU EXAM DAH HABIS! YAHOOOOO!
3) sekarang masanya menimba ilmu ukhrawi pula, jom teman2
4) rindu orang Terendak yang akan menjadi orang Krubung tidak lama lagi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, June 26, 2011

Berkawan Berhibur Beribadah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dengan yang sesat, sesiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:256)

Dan orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:71)

Di fakulti tempat Tuah belajar, ada satu adat atau budaya atau kebiasaan yang dilakukan majoriti siswa iaitu mengadakan program antara ahli kelompok belajar. Pelajar lelaki dan perempuan digabungkan dalam satu kumpulan dan akan bersama sampai habis satu blok atau sistem, lebih kurang setengah semseter.

Bahagian belajar bersama memang dibolehkan dan tidak menjadi masalah. Belajar dengan perempuan, Tuah pun suka. Bukan atas sebab yang tidak patut tetapi antara kelebihannya perempuan selalunya lebih rajin belajar, maklumlah tiada apa lagi nak buat selain belajar, 'no life' bak kata kawan2. Yang lelaki dengan sukan, game dan macam2.

Bahagian bukan belajar bersama yang tidak bagus. Antaranya makan2 dalam kelompok, sewa kereta pergi jalan2 ke kota bertujuan berhibur dan macam2 lagi. Antara alasan dilakukan hal2 tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelompok supaya dalam masa belajar bersama nanti tidak kekok, malu2 dan sebagainya.

Masalahnya, kalau program sebegini dibuat di awal pembentukan kelompok masih logik lagi alasan tersebut. Tetapi benda2 macam ini selalu dilakukan di hujung2, ada juga yang buat di hari terakhir kelompok.

Bukan nak tunjuk bagus sebab Tuah pun pernah menyertai program2 seperti ini. Dan dari pengalaman Tuah banyak buruk dari baiknya. Kalau hubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim ni biasanya susah nak mengelak dari tidak melampaui batas, terutama ketika keluar bersama, apalagi beramai2.

Mengikut Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat karib Dr. Yusuf Qardawi, dalam bukunya 'Tahriir al-Mar’ah' mengenai etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam, diberi gari panduan seperti berikut:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yang menepati syari’at
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah atau berdua-duaan, namun boleh jika:
    a. khulwah di kawasan awam yang ada orang ramai
    b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
    c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Kalau masa keluar berkelompok diberi beberapa etika, antaranya:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yang manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dalam berbicara

Memang tujuan berkawan antaranya untuk menghibur hati. Berhibur dan berkawan tidak salah.Yang salah adalah caranya. Berhibur dan berkawan biar berpada2.

Mungkin sebelum kita tidak tahu jadi tidak mengapa. Tapi setelah tahu, jangan buat2 tak tahu, sebarkan dan amalkan. Berubah segera, jangan tunggu sampai senang baru nak berubah, takut terlambat sudah.

Memang susah nak lakukan perubahan dan menjadi lain dari yang lain. Tetapi ingatlah hanya sedikit sahaja yang masuk syurga. Dan majoriti tidak semsti betul. Kalau boleh elak sila elakkan. Kalau boleh cuba untuk tidak menyebab orang lain terasa hati jika kita mahu menegakkan kebenaran. Amar makruf nahi munkar.

Wallahualam.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, June 22, 2011

Hanya Dia Pernah Membuatku Menangis

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Post ini sebenarnya ada sekali dalam post sebelum ini,  tapi Tuah tarik keluar, sebab nak post berasingan.

Tuah memang pernah menangis. Semua orang pernah, tapi Tuah jarang sangat. Kali terakhir Tuah menitiskan air mata ialah ketika di tingkatan 2, disebabkan oleh abah sendiri. Begini ceritanya.

Pada satu petang beliau janji mahu ambil pulang dari asrama, janjinya lepas solat Jumaat. Tunggu punya tunggu, sampai jam 3.30 lebih beliau belum juga tiba. Tuah pun pulang sendiri naik bas.

Punyalah geram sebab beliau tidak tepati janji malah membuat Tuah menunggu lama. Tapi, sampai rumah dekat nak maghrib tengok beliau sudah menunggu dalam rumah. Tuah buat tak kisah terus masuk bilik. Tiba2 beliau panggil menghadap. Marah Tuah pada masa itu sudah reda.

Beliau tanya, "kenapa tidak tunggu abah ambil, abah dah kata nak ambil, kan? Abah lambat sedikit sebab tertidur lepas solat Jumaat dan tiada yang kejutkan. Sebaik terjaga abah terus bergegas ke sekolah."

Tuah diam tidak berkata apa2. Takut kalau bersuara malah menjadi dosa melawan kata orang tua.

Beliau berkata lagi, "abah tunggu sampai semua pelajar sudah keluar dari sekolah. Tanya pak 'guard' dia kata asrama sudah kosong. Abah pergi juga ke blok asrama takutt2 Fadil ada masalah. Abah sampai pusing satu sekolah, pergi bilik, kelas, masjid takut2 Fadil tertidur."

"Abah dah tua dah nak jalan2 satu sekolah cari Fadil, sampai sakit lutut mencari2 tadi. Akhirnya pak 'guard' kata mungkin Fadil sudah pulang dengan kawan2 tadi. Abah pun balik dengan penuh kerisauan, betul ke Fadil sudah pulang. Sampai rumah ummi kata belum pulang lagi, bertambah risau jadinya."

"Dah setengah jam abah sampai Fadil baru sampai tadi. Ingat balik awal tadi boleh sampai awal dari abah ke? Penat dan risau abah petang ni. Sampai rumah Fadil boleh terus masuk ke bilik tak cakap apa2. Dah tak sayang abah ke?"

Tiba2 mata beliau merah dan air mata menitis. Dalam banyak orang, hanya abah sahaja yang pernah buat Tuah menangis dengan sedahsyat2nya. Tuah pun turut menangis, lebat gila2. Tuah pun tak tahu kenapa. Tangisan bersalah dan insaf kot. Sedihnya bila teringat balik cerita ni. Maafkan Fadil, abah.

Tuah bukan seorang anak yang nakal apalagi derhaka pada ibu bapa. Malah abah dan ummi sendiri mengaku sedari masih bayi lagi Tuah tidak pernah menyusahkan untuk dibesarkan. Sampaikan nenak Tuah sendiri pernah beriya2 meminta izin abah dan ummi untuk membela Tuah. Mesti Tuah comel sangat agaknya masa tu, huhu.

Tapi, biasalah, dalam beberapa perkara mungkin Tuah tidak perasan pernah membuat mereka berdua terasa hati pada tindakan Tuah, walau telah cuba untuk menjadi sesempurna mungkin. Maaafkan Fadil, abah dan ummi.

Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa kedua abah dan ummi ku, sayangi dan kasihilah mereka  sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu kecil, jauhkanlah mereka dari fitnah dunia dan masukkanlah mereka dalam golongan orang yang dilindungi-Mu di dunia dan akhirat kelak.

Serta, kau lindungilah aku dan adik-beradikku dari melukakan hati dan menitiskan air mata mereka berdua. Semoga kau jadikan kami anak yang soleh dan dapat berbakti kepada mereka berdua semasa di dunia dan di akhirat.

Ameen.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Abah, Abahku!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Seorang abang dan seorang kakak serta dua orang adik telah meninggal dunia sewaktu kecil disebabkan oleh penyakit aneh yang sama di alami beliau. Hal ini menjadikan beliau anak bongsu dari 9 orang adik beradik.

Tarikh lahir pun tidak begitu pasti kerana lambat mendaftar kelahiran beliau, mungkin kerana ibu dan abah beliau sibuk memikirkan cara menyelamatkan nyawa beliau. 3 bulan selepas lahir baru daftar. Pilih2 tarikh yang sesuai, pertengahan Mac, menjadi 16 Mac 1953.

Dilahirkan dengan nama Syed Abdul Hamid tapi dibesarkan dengan nama Md Shah. Nama yang diberi oleh seseorang yang merawat penyakit beliau. Semua orang panggil Md Shah, seluruh sanak saudara.

Pada bulan Mac yang lepas beliau bersara dari perkhidmatan awam, sebagai Pembantu Kesihatan Awam. Sedar tak sedar, sudah tua rupanya beliau ni. Kalau dilihat dari fizikal beliau nampak muda, dalam 40an lagi. Tapi kalau dilihat dari raut wajah nampak ketuaan beliau.

Kehidupan di masa beliau membesar dan bujang jarang dikongsi beliau. Tetapi ada beberapa benda yang Tuah tahu mengenai beliau. Antaranya beliau merupakan seorang anak yang nakal tapi saat taat pada ibu bapanya. Pernah ditampar oleh abah beliau kerana kenakalan beliau.

Di sekolah merupakan budak nakal. Ponteng kelas, didenda guru dan mengusik pelajar2 lain menjadi kebiasaan. Yang paling best ialah beliau merupakan jaguh atau otai di sekolah. Macam2.

Berkahwin di usia 29 tahun, beliau merupakan seorang suami yang tegas dan tetap pendirian. Kalau hitam dikata beliau maka hitamlah, walau sebenarnya putih. Dengan anak2 lagi lah, panas baran. Tiada dari anaknya yang tidak pernah dipukul beliau, tidak kira kecil atau besar.

Namun, beliau merupakan seorang abah yang amat pengasih dan penyayang. Sangat2. Kalau mampu, beliau akan beri apa sahaja yang dikehendaki oleh anak2, apa sahaja. Tapi, kalau ingkar, terutamanya pada ummi, memang cari nahas, tali pinggang menunggu untuk dilepekkan ke mana2 bahagian tubuh.

Beliau merupakan abah dan juga idola bagi anak2 beliau. Sebut sahaja bidang apa yang mahu diidolakan, semua boleh, serba serbi boleh. Akademik, sukan, pertukangan, berkebun, sukan dan macam2 lagi. Kalau dalam sukan, tiada anak2 yang dapat menandingi.

Kalau mahu disebut piala dan pingat sukan, semua ada. Satu almari besar diperlukan untuk menyimpannya, bukan susun cantik2 sebagai perhiasan, tapi sumbat selagi muat. Sampai satu ketika, piala2 tersebut perlu dibuang kerana ada banyak lagi yang baru perlu diletakkan di  dalam almari tersebut. Tapi bukan satu atau dua ketika, tapi banyak ketika. Bola sepak, takraw, tenis, lumba kari, dan macam2 lagi.

Tapi sukan terbaik beliau yang masih aktif sampai sekarang ialah badminton. Naib juara Kejohanan Badminton acara beregu lelaki bagi penjawat awam seluruh Malaysia. Kalau tidak silap umur beliau ketika itu sudah hampir 50. Memang ganas.

Dalam pelajaran, memang tidak tinggi. Sampai STPM pangkat 1 dan beliau berhenti. Kerana beberapa alasan tertentu. Tapi, minta sahaja beliau ajar matematik mesti boleh. Kakak beliau pernah kata yang beliau merupakan pelajar terbaik di sekolah. Bila ditanya pada beliau, tiada respon.

Dalam bab seni beliau juga mantap. Juara karaoke seluruh Batu Pahat. Naib juara sketsa peringkat negeri Johor di zaman sekolah sambil mendapat anugerah pelakon terbaik. Kalau menyanyi Tuah tidak pernah dengar. Tapi kalau berzanji Tuah pernah dengar, merdu dan masyuk suara beliau.

Bukan sahaja dalam hal2 keduniaan, dalam bab agama juga tidak kalah hebatnya. Maklumlah, bersekolah agama di Johor zaman beliau, jika sudah tamat belajar sudah boleh menjadi mufti layaknya. Beliau selalu menjadi rujukan Tuah dalam hal2 agama, terutamanya dalam bahagian syariah dan fekah.

Kalau mengaji al-Quran memang beliau yang ajar, dan ummi, ganti2. Pernah sekali Tuah tengah baca sendiri, kerana salah tajwid, tiba2 beliau lantunkan bacaan yang betul. Padahal ketika itu beliau sedang menonton televisyen. Semua anak dikhatamkan oleh beliau sebelum dikhatamkan di sekolah. Memanglah sangat seksa nak khatam dengan beliau ni.

Walaupun selalunya beliau nampak sihat walafiat, hakikatnya beliau menghidap banyak penyakit. Tuah mendoakan beliau sihat sejahtera dan panjang umur sehingga dapat melihat cucu2 beliau nanti. setakat ini menantu pun belum ada. Anak sulung beliau akan menikah di pada Syawal akan datang, semoga berjalan lancar semuanya.

Tuah juga mendoakan agar beliau dan isteri akan dapat menunaikan haji di mekah pada tahun akan datang. Semoga masalah2 kesihatan beliau tidak menghalang beliau melaksanakan segala rukun haji kelak.

Satu kata2 beliau yang Tuah ingat sampai sekarang, "abah tiada harta yang bertimbun seperti ayah orang lain untuk diwasiatkan pada anak2, hanya pelajaran tinggi sahaja yang mampu abah berikan selagi abah mampu".

Ketahuilah bahawa anak2mu menyayangimu sepenuh jiwa dan raga. Dikaulah permata dan mutiara hidup kami adik beradik. Dan ketahuilah bahawa anakmu di perantauan ini sangat merinduimu di siang dan malamnya.

Selamat Hari Abah, abahku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, May 14, 2011

Twilight Sehingga Breaking Dawn

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa suka baca novel Twilight, Newmoon, Eclipse dan Breaking Dawn? Bukan setakat menonton filemnya sahaja. Saya pasti ramai yang berkata tidak minat. Ramai dikalangan kawan Tuah yang suka baca novel tidak suka siri novel ini melainkan mereka yang ‘hardcore’ baca novel.

Antara alasan mereka tidak meminati siri ini adalah jalan cerita yang membosankan dan kisah pontianak atau ‘vampire yang ‘typical’. Ada pula yang kata penulis novel ini terlalu feminin dan sexist. Tak kurang juga yang kata tahap kejiwangan novel2 ini sungguh meloyakan. Yang ini pasti lelaki yang ungkapkan.

Bagi Tuah selaku peminat novel2 berbahasa Inggeris, novel ini punya gaya atau ‘style’ yang tersendiri. Kalau anda peminat siri novel Harry Potter, novel ini tidak sesuai sama sekali dengan anda. Hal ini kerana novel Harry Potter adalah kisah kanak2. Tetapi, Tuah juga meminati siri tersebut kerana mempunyai unsur mistiknya yang tersendiri dan plot cerita yang mantap.

Seperti novel Harry Potter, novel Twilight tidak kurang hebat juga unsur mistik dan magisnya. Dan hal ini yang berjaya menarik minat Tuah untuk membaca novelnya. Kalau bab cintanya tidaklah begitu meloyakan berbanding filemnya. Novel ini selamat dari segi unsur2 lucah dan jiwang yang keterlaluan.

Kalau anda peminat Lord Of The Rings, pasti anda boleh menjadi peminat novel Breaking Dawn, novel keempat dalam siri ini. Kerana, terdapat unsur2 dramatik yang berjaya membuat Tuah untuk membaca sehingga habis novel ini.

Memang novel kedua dan ketiganya iaitu Newmoon dan Eclipse agak tidak ‘newmon’ dan ‘eclipse’ semata, namun tidak rugi jika anda membaca novel2 ini. Ini disebabkan jika anda berminat untuk menamatkan siri ini yang bermula dengan Twilight yang begitu menarik perhatian dan berakhir dengan Breaking Dawn yang bergitu tragis, maka seharusnya anda baca 2 novel yang ditengah2nya.

Pendek kata, tidak rugilah jika anda baca semua siri novel2 ini. Kalau anda peminat siri novel Shopaholic, Pretty Little Liars, Gossip Girl dan PS. I Love You pasti novel ini menjadi pilihan anda. Seperti mana Tuah meminati siri2 novel tersebut.

Siri Twilight bukan membosankan atau terlalu perlahan jalan ceritanya tetapi anda yang terlalu cepat ‘jump to the conclusion’; dasar lelaki! Cuba baca dengan tenang dan anda akan dapat apa yang mahu disampaikan penulis novelnya selain cerita mistik dan cinta tiga segi dalam siri Twilight ini.

Tak rugi punya!

P/s:
1) sudah lama Tuah tinggalkan Harry Potter dan Twilight Series ni. Sekarang tengah baca novel I Am Number Four oleh Pittacus Lore dan Siri The Immortals oleh Alyson Noel, best wooo!
2) Eat Pray Love berbaloi ke untuk dibaca?
3) ada cadangan novel yang best2 tak?




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, May 8, 2011

When You Try Your Best But You Don’t Succeed

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

When you try your best but you don’t succeed, what will you do next? What is the problem? What is it actually that you do? Are you sure it is your best work? Or you think it is the best but the reality it isn’t? Maybe you know that you can’t but you try as if you can? Or you said that you can but the reality is you can’t?

There are lot of questions that we will ask ourselves if we do not succeed in what we do, like the questions up there, or more than that. Or, to some people love to put the blame on other people or other thing and situation. But, have you asked yourself what do you seek when we do that thing, or ask those questions?

Is it the fault? Or, it is the way to make ourselves feel right or happy? Or, just to have a peaceful mind after any obstacles that Allah put on us that we think we have failed? Or, what actually?

In Islam, there is a way to have the peaceful mind. It is called muhasabah and zikr. Muhasabah or recheck what we have done and corrected it is one way to have a peaceful mind. In way, we will know what really happen, whose fault is it, and how to make the corrections to the problems that come upon us before.

With zikr, in every failure or success that we achieve we know that it is our only fault or greatness or for that lead to it. It is the Creator who gives us the chance to achieve that. In everything we do, it includes our part of work and His part of work as well. If we want to excel in anything we do, always do our best and ask for His help.

Well, it is not that easy to do that. But, it is possible.

Like my friend said, God say ‘yes’ to our prays in 3 ways. Firstly, he gives us directly what we pray for. Secondly, he didn’t give us directly but in time which He only knows best. Thirdly, He never gives us what we want, but He give us better thing, far better than what we pray for. Sometimes, He didn’t give is in this life but in afterlife, which is heaven. Who do not want that? Right?

At the end, never lose hope, never blame others. Keep doing what we love and it will reduce the workload. Keep asking for Allah’s help and He always answer His servants pray. And He never let us down; we are the one who let us down.

Wallahualam.





p/s: I thought this will be a short article, because my English is a bit rusty right now, but who knows...hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, May 4, 2011

Ketika Cinta Bertasbih - Novel, Filem & Drama Tv

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Siapa pernah baca novelnya? Siapa pernah menonton filemnya? Siapa pernah melayan setiap episod siri televisyennya? Tuah jawab; saya, saya dan saya. Rasanya paling ramai telah menonton filemnya, kurang sedikit yang melayan dramanya selepas menonton filemnya. Dan paling sedikit yang baca novelnya.

Antara ketiga2nya, bagi Tuah novelnya yang paling mengasyikkan. Bukan setakat gaya bahasanya atau setnya yang indah, tetapi jalan cerita dan perwatakannya juga cukup mengagumkan Tuah. Siapa yang terfikir disebalik kegagalan seorang pelajar untuk menamatkan pelajarannya di IPT adalah demi menyara hidup keluarganya setelah kematian bapa. Yang memandang sinis pasti ramai.

Antara filem dan novelnya, dari segi jalan cerita dan watak adalah sama. Yang membezakan keduanya ialah penceritaan, set dan perwatakannya.

Kalau dilihat dari novelnya, watak pembantu lelaki bukanlah seorang yang jahat dan tidak berhati perut. Dia tidak lebih dari seorang yang bernasib malang dan mangsa yang teraniaya. Yang dia mahukan cuma kebahagiaan sementara walau terpaksa menyakitkan hati orang yang dicintainya buat sementara. Hal ini turut melukai hatinya sendiri.

Kalau ditonton filemnya, seakan watak tersebut adalah watak antagonis yang hanya mementingkan diri dan tidak jujur. Sehingga ramai antara mereka yang telah menontonnya merasakan dialah orang yang paling jahat di dunia kerana berbohong kepada semua orang. Kesian watak tersebut.

Kalau dari segi set, tempat belajar watak ini diceritakan sangat indah, dibayangkan seperti kita dapat melihatnya. Namun, set di dalam filem agak kurang menarik perhatian. Mungkin kos untuk mendapatkan set yang sama tidak mencukupi. Boleh dimaafkan.

Tetapi, dari segi penceritaan, sangat menyedihkan. Kemantapan penulis novel tidak dapat ditandingi pengarah dan penulis skrip. Ada 3 cerita yang berbeza kalau anda perasan dalam novel tersebut.

Iaitu watak utama lelaki dengan masalah kewangan dan pelajarannya. Watak utama perempuan dengan masalah kahwinnya (typical woman, haha). Dan watak pembantu lelaki dan malang yang menimpanya.

Watak2 ini tidak berjaya memberi tahu penonton akan betapa susahnya mereka menghadapi masalah masing2. Dari tindakan2 yang diambil tidak berjaya meyakinkan penonton yang mereka bermasalah.

Tetapi, filemnya tidaklah seteruk siri tvnya. Kalau anda kata watak perempuan sangat baik dan teraniaya dalam filem dan novelnya, dalam siri tv dia yang paling lemah sekali. Sehinggakan Tuah pernah berhenti sementara menontonnya kerana meluat dengan watak tersebut yang seperti bidadari baiknya dia dalam novel.

For what its worth, tengoklah sendiri siri tersebut. Kerana sehingga ke akhirnya, banyak pengajaran yang dapat diambil dari siri tersebut, terutamanya bagi mereka yang mahu, akan, baru dan telah lama berkahwin.

Tuah bukanlah pakar dalam menulis novel, membikin filem dan siri tv, tetapi Tuah juga punya pendapat sendiri dalam menginterpretasi apa yang Tuah suka dan minat. Manusia dan pendapat masing2 tidak dapat dipisahkan sama sekali.

Wallahualam.






p/s: Tuah pembaca setia penulis novel ini tahu. Sudah baca semua karya beliau!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, April 30, 2011

Budak Sekolah Agama, Karkun & Pacaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Di zaman bersekolah agama dulu, ramai dari kalangan teman sekolah Tuah tidak berpacaran. Tapi, bukan sedikit yang berpacaran. Bukanlah trend di sekolah Tuah bila berpacar akan cerita pada kawan2. Dan, ramai yang cuba mengelak dari ketahuan teman2.

Yang ketahuan cuma jika terkantoi sedang menunggu bas di Melaka Sentral, sedang lepak2 atau makan di shopping complex, beli tiket wayang di Mahkota Parade dan sebagainya.Jadi, mungkin lebih ramai lagi yang berpacaran tetapi tidak ketahuan oleh Tuah dan rakan2.

Dalam ramai2 budak sekolah Tuah ada sekelompok jemaah yang terasing di dunia dakwah. Semuanya karkun atau tabligh. Selalunya mereka ini tidaklah mengasingkan diri dari orang lain, tetapi mereka yang merasa terasing atau memang mereka ini diasingkan oleh yang lain.

Yang bagusnya, tiada seorang pun dari mereka ini berpacaran. Jangan kata nak berpacaran, langgar peraturan sekolah seperti datang lewat atau keluar rehat lebih awal pun susah nak jumpa. Pendek kata, mereka ini merupakan antara insan2 yang sesuai dipanggil mantan pelajar sekolah agama.

Malangnya, ada beberapa teman Tuah yang karkun ini cuma karkun di sekolah. Maklumlah, ada suasana dan teman2 yang selalu mengingatkan sesama sendiri. Apabila ke institut pengajian tinggi semuanya membawa haluan masing2 , dan di sini bermulanya masalah dan perjalanan hidup mereka yang sebenar.

Ada yang kata sebab mereka ini datangnya dari sekolah satu jantina, atau pun dari sekolah agama. Maka, berlaku kejutan budaya ke atas mereka. Seperti teman2 yang lain, Tuah juga mengalaminya. Dulu, tidak kisah nak berdandan ke kelas, nak control macho dan sebagainya sebab semuanya lelaki. Geli atau gay rasanya kalau berbuat sedemikian di sekolah.

Tetapi, di IPT yang turut di huni oleh pelajar perempuan, kami mula berubah. Mula mengenal erti hidup sebagai remaja lelaki. Ada yang kata dah terlambat. Tetapi tidak bagi kami. This is the right time. Sebab zaman remaja adalah zaman mencuba sesuatu yang baru. Dan kami mula untuk matang di usia ini.

Namun, disebalik banyak nasihat dan pengajaran serta pelajaran yang kami dapati di sekolah dulu, ramai dari kalangan kami yang tersungkur. Dan yang paling menyedihkan ada antara yang tersungkur ini adalah mereka yang dari kumpulan karkun tadi. Kalau kena pada yang lain memang tak pelik pun bagi Tuah.

Bila di analisis semula, baru Tuah perasan apa punca kepada permasalahan ini. Mereka ini karkun hanya kerana ustaz, senior atau teman, bukan demi Allah. Maka, setelah tamat sekolah mereka tidak lagi rajin mengikut program2 tabligh samada yang harian, mingguan mahupun bulanan. Mungkin kerana merasa bosan dengan dunia dakwah ketika di zaman sekolah lagi.

Di IPT Tuah ini juga terdapat 2 karkun yang tidak lagi aktif. Seorang lagi perlu gesaan baru nak bergiat. Yang Tuah risaukan ialah yang seorang ini. Sibuk dengan pacarnya ke hulu ke hilir. Kalau dulu agak malu jika ketahuan Tuah, tetapi kini tidak lagi. Mungkin telah hilang malunya. Nauzubillahiminzalik.

Lepas baca satu artikel pasal susahnya nak ajak bekas pelajar sekolah agama ikut program dakwah, Tuah cuma tersenyum sendirian. Jangan kata orang lain, Tuah sendiri agak sulit untuk ikut flow mereka di sini. Banyak kurang dari lebihnya. Mungkin setelah Tuah cuba nasihat dari atas sampai ke bawah baru semuanya akan berubah seperti asalnya, insyaAllah.

Tetapi, untuk mereka yang tidak tahu atau tidak perasan, kebanyakan mereka yang bersekolah agama bukanlah atas kehendak mereka sendiri melainkan atas desakan keluarga. Seperti juga Tuah. Sebelumnya adalah bilis, tamat sekolah menjadi jerung. Sebelumnya nakal, selepasnya jahat dan macam iblis. Mungkin di situ masalahnya.

Wallahualam.




p/s:
1) buat mereka yang tertanya2, karkun tu orang yang ikut gerakan tabligh yang biasa dilihat berdakwah dari rumah ke rumah
2) buat teman yang malas nak kira, ni post yang ke 150 Tuah, jadi ada 50 lagi (150 sahaja? walhal sudah 4 tahun berblog ni, sangat tidak produktif langsung)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, April 26, 2011

Ulang Tahun Oh Anniversary...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Post kali ini pendek sahaja, cuma mahu ucapkan selamat ulang tahun atau 'happy anniversary', sebab tengah sibuk buat kerja yang dari semalam tidak siap2 lagi, dasar pemalas! Wakaka.

Ulang tahun apa yang Tuah mahu cerita ni? Tidak lain dan tidak bukan ulang tahun perkahwinan abah dan ummi Tuah tercinta yang ke-29.

Mereka kahwin pada 10 April 1982 di rumah datuk sebelah ummi di Miri, Sarawak.

Semoga perkahwinan mereka ini sentiasa dalam kebahagiaan di bawah lindungan Allah sehingga akhir hayat, ameen.

Wallahualam.






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, April 22, 2011

Ada Orang Nak Kahwin Sudah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hujung minggu lepas keluarga Tuah buat rombongan merisik dan meminang buat pertama kalinya. Jangan risau kerana rombongan ini bukan untuk Tuah, tetapi untuk abang long Tuah.

Sampai ke Temerloh satu keluarga pergi, cuma Tuah yang tertinggal di sini. Sedihnya hidup di perantauan, banyak benda tertinggal dan terlepas, huhu.

Berkenaan dengan yang dipinang, cuma sedikit sahaja info yang Tuah tahu.
1) Perempuan (semestinya),
2) Sharifah Nurul Najwa (namanya Sharifah semestinya),
3) orang Temerloh, Pahang
4) bekas pelajar UIAM (kalau tidak silap, jurusan tidak tahu).
Itu sahaja.

Satu lagi, kalau tidak silap pelajar tahfiz dulu. Mesti seorang Hafizah a.k.a. pelindung @ hafal Al-Quran. Alangkah beruntungnya abang Tuah dapat beristeri seorang Hafizah, alhamdulillah. Minta2 Tuah pun dapat isteri Hafizah juga, ameen.

Moga segala urusan berjalan lancar dari proses merisik, meminang, bertunang, nikah dan selepas nikah sehingga akhir hayat, ameen.

Jadi, abang kedua Tuah pula yang menunggu giliran. Jangan tunggu lama2 sudahlah. Kemudian, Tuah pula. Bila lagi? Kata orang sahaja lebih, huhu.


Nasihat Tuah buat Abang Eddy, jaga pergaulan dengan beliau, kerana ramai yang berbuat dosa di saat hampir menikah seperti sms yang menggoncang jiwa walau hanya peringatan bangun subuh atau tazkirah. Kalau boleh biar suci perhubungan tersebut sehingga tiba saat akad nikah nanti. Sabarlah sedikit.

Wallahualam.






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.