Sunday, June 26, 2011

Berkawan Berhibur Beribadah

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah jelas antara yang benar dengan yang sesat, sesiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sungguh dia telah berpegang pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar Maha Mengetahui. (Al-Baqarah, 2:256)

Dan orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain, mereka menyuruh yang makruf, mencegah yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana. (At-Taubah, 9:71)

Di fakulti tempat Tuah belajar, ada satu adat atau budaya atau kebiasaan yang dilakukan majoriti siswa iaitu mengadakan program antara ahli kelompok belajar. Pelajar lelaki dan perempuan digabungkan dalam satu kumpulan dan akan bersama sampai habis satu blok atau sistem, lebih kurang setengah semseter.

Bahagian belajar bersama memang dibolehkan dan tidak menjadi masalah. Belajar dengan perempuan, Tuah pun suka. Bukan atas sebab yang tidak patut tetapi antara kelebihannya perempuan selalunya lebih rajin belajar, maklumlah tiada apa lagi nak buat selain belajar, 'no life' bak kata kawan2. Yang lelaki dengan sukan, game dan macam2.

Bahagian bukan belajar bersama yang tidak bagus. Antaranya makan2 dalam kelompok, sewa kereta pergi jalan2 ke kota bertujuan berhibur dan macam2 lagi. Antara alasan dilakukan hal2 tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelompok supaya dalam masa belajar bersama nanti tidak kekok, malu2 dan sebagainya.

Masalahnya, kalau program sebegini dibuat di awal pembentukan kelompok masih logik lagi alasan tersebut. Tetapi benda2 macam ini selalu dilakukan di hujung2, ada juga yang buat di hari terakhir kelompok.

Bukan nak tunjuk bagus sebab Tuah pun pernah menyertai program2 seperti ini. Dan dari pengalaman Tuah banyak buruk dari baiknya. Kalau hubungan lelaki dan perempuan bukan muhrim ni biasanya susah nak mengelak dari tidak melampaui batas, terutama ketika keluar bersama, apalagi beramai2.

Mengikut Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat karib Dr. Yusuf Qardawi, dalam bukunya 'Tahriir al-Mar’ah' mengenai etika pergaulan lelaki dan wanita secara Islam, diberi gari panduan seperti berikut:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yang menepati syari’at
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah atau berdua-duaan, namun boleh jika:
    a. khulwah di kawasan awam yang ada orang ramai
    b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
    c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan
7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Kalau masa keluar berkelompok diberi beberapa etika, antaranya:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yang manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dalam berbicara

Memang tujuan berkawan antaranya untuk menghibur hati. Berhibur dan berkawan tidak salah.Yang salah adalah caranya. Berhibur dan berkawan biar berpada2.

Mungkin sebelum kita tidak tahu jadi tidak mengapa. Tapi setelah tahu, jangan buat2 tak tahu, sebarkan dan amalkan. Berubah segera, jangan tunggu sampai senang baru nak berubah, takut terlambat sudah.

Memang susah nak lakukan perubahan dan menjadi lain dari yang lain. Tetapi ingatlah hanya sedikit sahaja yang masuk syurga. Dan majoriti tidak semsti betul. Kalau boleh elak sila elakkan. Kalau boleh cuba untuk tidak menyebab orang lain terasa hati jika kita mahu menegakkan kebenaran. Amar makruf nahi munkar.

Wallahualam.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

2 comments:

Write a great comment, not the good one, thanks!