Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Post ini sebenarnya ada sekali dalam post sebelum ini, tapi Tuah tarik keluar, sebab nak post berasingan.
Tuah memang pernah menangis. Semua orang pernah, tapi Tuah jarang sangat. Kali terakhir Tuah menitiskan air mata ialah ketika di tingkatan 2, disebabkan oleh abah sendiri. Begini ceritanya.
Pada satu petang beliau janji mahu ambil pulang dari asrama, janjinya lepas solat Jumaat. Tunggu punya tunggu, sampai jam 3.30 lebih beliau belum juga tiba. Tuah pun pulang sendiri naik bas.
Punyalah geram sebab beliau tidak tepati janji malah membuat Tuah menunggu lama. Tapi, sampai rumah dekat nak maghrib tengok beliau sudah menunggu dalam rumah. Tuah buat tak kisah terus masuk bilik. Tiba2 beliau panggil menghadap. Marah Tuah pada masa itu sudah reda.
Beliau tanya, "kenapa tidak tunggu abah ambil, abah dah kata nak ambil, kan? Abah lambat sedikit sebab tertidur lepas solat Jumaat dan tiada yang kejutkan. Sebaik terjaga abah terus bergegas ke sekolah."
Tuah diam tidak berkata apa2. Takut kalau bersuara malah menjadi dosa melawan kata orang tua.
Beliau berkata lagi, "abah tunggu sampai semua pelajar sudah keluar dari sekolah. Tanya pak 'guard' dia kata asrama sudah kosong. Abah pergi juga ke blok asrama takutt2 Fadil ada masalah. Abah sampai pusing satu sekolah, pergi bilik, kelas, masjid takut2 Fadil tertidur."
"Abah dah tua dah nak jalan2 satu sekolah cari Fadil, sampai sakit lutut mencari2 tadi. Akhirnya pak 'guard' kata mungkin Fadil sudah pulang dengan kawan2 tadi. Abah pun balik dengan penuh kerisauan, betul ke Fadil sudah pulang. Sampai rumah ummi kata belum pulang lagi, bertambah risau jadinya."
"Dah setengah jam abah sampai Fadil baru sampai tadi. Ingat balik awal tadi boleh sampai awal dari abah ke? Penat dan risau abah petang ni. Sampai rumah Fadil boleh terus masuk ke bilik tak cakap apa2. Dah tak sayang abah ke?"
Tiba2 mata beliau merah dan air mata menitis. Dalam banyak orang, hanya abah sahaja yang pernah buat Tuah menangis dengan sedahsyat2nya. Tuah pun turut menangis, lebat gila2. Tuah pun tak tahu kenapa. Tangisan bersalah dan insaf kot. Sedihnya bila teringat balik cerita ni. Maafkan Fadil, abah.
Tuah bukan seorang anak yang nakal apalagi derhaka pada ibu bapa. Malah abah dan ummi sendiri mengaku sedari masih bayi lagi Tuah tidak pernah menyusahkan untuk dibesarkan. Sampaikan nenak Tuah sendiri pernah beriya2 meminta izin abah dan ummi untuk membela Tuah. Mesti Tuah comel sangat agaknya masa tu, huhu.
Tapi, biasalah, dalam beberapa perkara mungkin Tuah tidak perasan pernah membuat mereka berdua terasa hati pada tindakan Tuah, walau telah cuba untuk menjadi sesempurna mungkin. Maaafkan Fadil, abah dan ummi.
Ya Allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa kedua abah dan ummi ku, sayangi dan kasihilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu kecil, jauhkanlah mereka dari fitnah dunia dan masukkanlah mereka dalam golongan orang yang dilindungi-Mu di dunia dan akhirat kelak.
Serta, kau lindungilah aku dan adik-beradikku dari melukakan hati dan menitiskan air mata mereka berdua. Semoga kau jadikan kami anak yang soleh dan dapat berbakti kepada mereka berdua semasa di dunia dan di akhirat.
Ameen.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!