Monday, May 25, 2009

Lagu Hujan - Ludah Amerika

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Bukan nak promote tapi Tuah memang suka lagu ni, harap maaf siapa rasa lagu ni menyemak je eh?

Ni lirik lagunya:

Hujan - Ludah Amerika

Satu dunia sudah tahu
Masalahnya semua jadi bisu
Discovery Channel CNN
Semua satu bagaikan mesin
Bush aka semak si presiden
Menantu Dajjal kuat enjin

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Tolong sana tolong sini
Batu api
Alasan kamu nuklear lagi
Satelit cari si Saddam
Anjing bersama senapang
Misai si hitler pun panjang
Sogok wanita telanjang

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!



Hujan - Ludah Amerika

Pepatah Tuah: Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri madu-madukan,hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, May 23, 2009

Ciri2 Lelaki Acuan Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pernah terbayang untuk menjadi lelaki acuan Al-Quran or pasangan yang sebegitu? Mari kita lihat ciri2nya.

Seorang lelaki yang beriman,

yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt,

yang sentiasa haus dengan ilmu,

yang sentiasa dahaga dengan pahala,

yang solatnya adalah maruah dirinya,

yang tidak pernah takut berkata benar,

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

yang menjaga tuturkatanya,

yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung,

yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang,

yang menghormati ibubapanya,

yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,

yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga,

yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam,

yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat,

yang sentiasa bersedia untuk agamanya,

yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw,

yang boleh diajak berbincang dan berbicara,

yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,

yang tidak pernah membazirkan masa,

yang matanya kepenatan kerana kuat membaca,

yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,

yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,

yang sentiasa mengingati mati,

yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,

yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah rumah impiannya, bersama wanita acuan al-quran.


*******

Pepatah Tuah: Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, May 20, 2009

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ada 5 syarat yang anda mesti lepas baru boleh buat maksiat. Nak tahu apa syarat2nya? Ikuti kisah berikut:

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?". "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Adakah anda juga insaf seperti lelaki itu, terisak2 dan terus bertaubat kepada Allah? Banyak di kalangan kita yang mengeluh, "susah betul nak berhenti berbuat maksiat" or "aku bukan taknak berhenti bercouple or merokok ni, cuma beratlah, kau tak rasa mana tau, cakap senang je". Tapi, kalau anda fikirkan pasal 5 syarat ni pasti takde hal lah anda nak berhenti. Tuah dah mencubanya, anda bila lagi?

*******

Pepatah Tuah: Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, May 17, 2009

Beriman Dengan Exam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Selama ini, Tuah cuma tahu ada 6 perkara dalam rukun iman, iaitu beriman kepada:

1-Allah
2-Malaikat
3-Kitab2 Kalam-Nya
4-Nabi2 dan Rasul2
5-Hari kiamat
6-Qada' & qadar

Tapi, akhir2 ini, Tuah mula menyedari satu lagi perkara iaitu beriman dengan exam, meyakini dengan hati bahawa exam ni susah dan semakin dekat (exam countdown 15 days to go!), melafazkan dengan kata2 (di mana2 semua orang kata: wah, exam dah dekat) dan membuktikan dengan perbuatan iaitu study hard. Anda ada perasan tak?

Sama macam meyakini bahawa exam dah dekat, tetapi perasankah anda bahawa kematian itu lebih dekat, (death countdown 0 second to go!). Selalu kita di peringatkan bahawa kiamat sudah dekat, so, bersedialah menghadapinya. Lagi pun tanda2 kecil dan besar sudah banyak yang dah terjadi sekarang. Tapi, kematian itu lebih dekat dengan kita. Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati itu adalah orang yang bijak dan cemerlang.

Kembali kepada iman dengan exam, bukan tak bagus, cuma ramai yang rajin membanyakkan ibadah ketika masa hanya hampir pada exam. Kalau biasanya puasa sebulan sekali pun susah, tapi bila nak dekat exam seminggu 2 kali pun takde hal. Kalau biasanya solat jemaah di masjid seminggu sekali di masjid (solat jumaat), tapi bila dekat nak exam maghrib isyak takde lagi solat di bilik, mesti ke masjid.

Bukan tak bagus di masa2 nak exam ni kita tambah amalan. Sama macam di bulan puasa, cuma lepas habis exam keep up je lah semua tu. Jangan lepas exam terus taknak dah ke masjid or malas dah nak beribadah sekuat nak exam dulu, ini yang salah. Janganlah jadi orang yang tak bersyukur. Janganlah jadikan Allah hamba kita, bila perlu kita puji dia untuk nak dapatkan pertolongan-Nya, bila dah tak perlu kita tinggalkan saja.

Jangan jadi sekumpulan anak kapal yang di ceritakan Allah dalam surah Yunus ayat 22-23 yang bila takut ditimpa ombak besar mereka berkata "Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pasti kami masuk di kalangan orang yang bersyukur". Tapi, apa yang berlaku selepas selamat, maka mereka mula berbuat kezaliman di bumi tanpa alasan yang benar.

Wallahualam.


*******

Pepatah Tuah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan…

p/s:
1. goodluck guys FKUnPad for final exam starting from nextweek for 4th year, the next week 2nd year, 1st of June my fellow 1st year, and the next week 3rd year. Do your best and let's God do the rest!
2. join mybrute at-as (http://at-as.mybrute.com), hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, April 29, 2009

Happy Birthday To Me

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hari ini hari jadi saya, blog Ini Al-Tuah AL-Shahab Yang Punya! Ualng tahun pertama saya. Taknak post panjang2, sebab sangat busy dan penat sekarang ni. Cuma nak terima kasih kepada semua pembaca saya sekalian.

Semoga Tuah dan Shahab berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga dan teman2 tersayang supaya boleh terus post di blog ini serta mampu menghasilkan post yang mantap, hmm.

Ni link post pertama dulu pada 29 April 2008, semasa masih lagi di Unity College. Masa saya di'create' Tuah tengah class 5 minute break dan sesaja lepak di computer lab more than 10 minutes, haha.

Nak tahu lebih lanjut akan Tuah ceritakan pada ulang tahun kedua nanti iaitu pada 29 April 2010.

p/s: maaf tiada pepatah dari Tuah yang sesuai, tak ada idea nak buat sebab rasa terharu sangat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, April 28, 2009

Apa Sebab Ente Buat Medic Ni, Fadil?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

"Apa sebab ente buat medic ni, Fadil?", tanya sepupu Tuah masa dekat2 nak fly ke Indon dulu.
Tuah jawab pendek, "itu je yang ana mampu buat. Nak buat bisnes atau undang2 tak laratlah. Ente bolehlah."

Mamat tu pun terima dengan redha je jawapan Tuah tu. Itu merupakan jawapan ikhlas daripada Tuah. Nak buat macam mana, dah memang tu je yang Tuah larat. Dapat juga tawaran buat electric mechatronic engineering kat UMPerlis dan UniSel selain tawaran medic kat UnPad ni. Tapi, punyalah Tuah tak minat sampai tak buka langsung surat tawaran tu. Abah dan abang Tuah pun pelik. At the first place, siapa yang suruh mintak dulu, kan? Bisnes or account memang tak minat, tapi berniaga minatlah. Insyaallah Tuah bakal usahawan in the future.

However, itu cerita lama. Bila dah sampai kat sini, persoalan tu timbul balik. Bukan dari orang lain, tapi dari Tuah sendiri. Terutamanya bila terasa tensen nak kena belajar banyak2 masa dekat2 nak exam. Sekali lagi salah sendiri study last minute, favourite time untuk study dari dulu lagi, huhu. But, jawapan lama tu macam dah tak sesuai nak di'apply' masa ini. Sebab, Tuah larat ke nak belajar banyak2 ni. So, Tuah cari solution kepada jawapan dan masalah ketidaklaratan Tuah ini. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya, baru2 ni. Thank you, Allah.

Sabtu lepas ada usrah group Qayyum tapi Tuah join je, di Ibnu Sina lepas maghrib. Tuah pun tak pasti apa tarbiyahnya tapi salah satu isi yang Tuah dapat tangkap ialah redha Allah yang sebenarnya perlu kita cari. Masuk syurga pun bukan sebab pahala kita lebih berat timbangannya dari dosa tapi sebab Allah redha pada kita. So, apa2 pun yang kita buat masa hidup ni tak lain tak bukan hanya untuk mendapat redha-Nya semata2. Termasuklah study medicine ni. Walau apa pun reason Tuah ambil medic ni mesti tujuan asalnya nak dapat redha Allah.

Kalau ditanya temen2 sekalin, kenapa ambil medic, mesti jawapan yang sama je diberi, samada nak tolong orang, nak kaya, mak suruh, suka biology masa form 4 dulu, or sebab2 lain yang kelihatan duniawi. Tapi, kalau diteliti mesti semua jawapan tu dapat dikaitkan atau diakhiri dengan sebab nak dapat redha-Nya. Macam jawapan nak tolong orang, confirmlah tolong orang tu sebab Allah suruh. Apabila buat sesuatu yang disuruh atau digalakkan-Nya maka mesti untuk dapat redha-Nya, kan?

Kalau jawapan nak kaya dan duit banyak pun tak salah. Bila dah kaya, lebih senang nak bantu agama Allah, duit tu boleh diinfak fisabilillah. Waakhirnya untuk dapat redha-Nya. Kalau jawapan sebab mak suruh lagi clear. Bila buat sesuatu yang mak suka insyaallah dia redha pada apa yang kita buat. Maka redha Allah ada pada redha ibu bapa. So, otomatiknya kita dapat redha Allah. Yang sebab suka biology dulu pun bagus. Bila suka study terutamanya berkaitan alam maka ia akan buat kita memikirkan keindahan dan keajaiban ciptaan Allah. Maka, kita akan lebih dekat kepada-Nya kerana lebih mengenali-Nya. Jawapan yang lain2 pun kalau nak dikaitkan untuk dapat redha Allah pun boleh.

Cuba try dengan jawapan masing2. Walau apa pun kita buat, yang penting benda baik mesti tiada tujuan selain untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Makanya, jangan buat benda yang tak baik, ok? So, dapat tak jawapan kepada persoalan pertama dan kedua Tuah tadi. Jawapan untuk yang pertama tak lain tak bukan sebab nak dapatkan redha Allah. Jawapan untuk yang kedua, bila untuk dapat redha Allah memang berat, tapi asal tujuannya itu mesti cuba sehingga larat dilakukan even kita rasa sangat2 tak larat. Get it?

bakal2 doktor? veteriner je kot!:
atiqah, solehah, hilmi, Tuah

Akhir kata, sorry sebab post ni panjang sangat sebab Tuah dah lama tak post benda ni yang dah lama disimpan as draft, hehe. Busy study rasanya. Semoga kita semua berada dalam kerahmatan dan keredhaan Allah setiap masa, amin.

*******

Pepatah Tuah: Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut kena balun, huhu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, April 25, 2009

TEST DAN BUAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti. Pilihan anda menunjukkan keperibadian anda. So, try your best.

Situasinya begini. Anggap diri anda saat ini sedang memasuki sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan tebal. Setelah itu, anda buka pintunya dan masuk, didalamnya terdapat:

7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam buah. Buah-buahan tersebut terdiri daripada:

a. epal

b. pisang

c. jeruk

d. mangga

e. rambutan

f. papaya

Buah manakah yang anda pilih sebagai buah yang anda suka makan? Pilihan anda akan menunjukkan sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati2.



(AMARAN: JGN TENGOK JAWAPAN DI BAWAH DULU, PILIH DULU BUAH APA)


Ini dia jawapannya:

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang

c. jika anda pilih jeruk: bererti anda adalah orang yang suka makan jeruk

d. jika anda pilih mangga: bererti anda adalah orang yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan: bererti anda orang yang suka makan rambutan

f. Jika anda pilih papaya: bererti anda adalah orang yang suka makan papaya

Banyakkan memakan buah especially buah2an tempatan, kerana ianya bagus untuk kesihatan anda dan pasangan anda (kalau ada lah).

*******

Pepatah Tuah: Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, April 24, 2009

PETUA TAHAN LAMA (rahsia turun temurun)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Petua ini turun-temurun, sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.

Ewah ewah ewah, korang suka betul kalau bab2 nak tahan lama ni, ya? Jangan pikir yang bukan2. Kat bawah ni ada petua untuk 'tahan lama'. Memang Tuah dapat sekali masa belajar silat dengan Adi Putra dulu. Tapi, dah lama sangat, takut banyak terlupa, Tuah share dengan korang. Well, ilmu kan perlu disampaikan. Bak kata pepatah Arab, bukan pepatah Tuah:

ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan yang sebelah pada hari ini, dan yang sebelah lagi pada 24 April 2010. Wah, tahan sampai setahun kan?

NASI/LAUK

Kalau nak tahan lebih lama, jangan gunakan jari atau terkena jari masa senduk lauk or nasi tu. Pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama', bayarlah zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja selalu. Barangan emas kalau tak dipakai kena bayar zakat. Kalau tak pun, nanti tetiba hilang atau kena curi, padan muka.

PAKAIAN

Nak tahan lama, jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat dan elak guna washing machine elak jemur bawah mentari terik, elak guna bleach dan elak bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Dan yang paling penting sekali jangan bagi pinjam kat kawan. Kalau nak tahan lebih lagi lama lagi pinjamlah baju kawan, baju sendiri dismpan.

KERETA

Nak tahan lama, lepas beli, simpan kat garaj, tutup elok2, jangan bagi angin masuk, jangan bagi abuk masuk, jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2. Sampai abis loan. Gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama, sebelum makan - baca bismillah dan doa makan. Habis makan - baca doa habis makan dan ucap alhamdullillah.

UMUR

Umur nak tahan lama? Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama? Jangan hisaplah. Lepas beli, letak atas meja dan pandang saja. Tak pun mintak rokok kat kawan, hehe.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang, sendiri mau ingat.

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam, rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan, syaratnya jujur dan ikhlas saja.

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA, sentiasa terbuka dan rasional.

*******

Pepatah Tuah: Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, April 23, 2009

SIAPA PUN TAK BOLEH CURI

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,


Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkayakan mereka yang menerimanya, tanpa memiskinkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorang pun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

Dialah yang bernama senyuman!

Senyum itu sedekah, senyum itu sunnah!

Senyum-senyumlah selalu!


p/s: jangan sampai orang kata anda tidak sihat pula sebab selalu tersengih macam kerang busuk!

*******

Pepatah Tuah: Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, April 22, 2009

Tangan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, korang akan temui pelbagai gaya bersalam dan apabila korang amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah. Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa? Ha, ini yang Tuah nak cerita ni.

Pada kira-kira lebih 237.5 tahun lalu, arwah guru Tuah, Adi Putra yang ajar silat kat Tuah dan lima bersaudara tu mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah Maha Bijaksananya Allah. Melalui kaedah ini, seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Masa dekat2 nak fly dulu, Tuah tengok TV3, satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Ada seorang 'kawan' perempuan Tuah ceritakan pengalaman dia. Dia ceritakan yang beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Dia kata lagi yang dahulu 'beliau' sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Dia cerita dahulu dia suka makan junk food tapi sekarang dah berhenti dah. Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang?


Keadaan tapak tangan yang basah/lembab memberitahu pemiliknya yang jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini. Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, fast foot, seafoot, siput, semut (dah melalut dah Tuah ni), mandi malam, minum air batu, air tanah, air pasir, air simen (melalut lagik), dan lain2 yang sewaktu dengannya, ok?

*******

Pepatah Tuah: Tiada rotan, pelempang berguna juga

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.