Sunday, February 28, 2010

Sahaja Aku Jatuh Sakit...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah sedang berehat sebentar dari ulangkaji pelajaran hujung minggu ini iaitu pasal gigi. Dah rasa macam dokter gigi pula sekarang. Letih kepala otak ini berfikir sejak tengahari tadi sampai tengah malam ni. Take a break, have a KitKat. Tapi, tiada KitKat pula, aiscream sahajalah.

********************************************************************************************************************

Sekarang ini tengah musim orang sakit di Jatinangor. Macam2 sakit ada; demam, selsema, pening kepala, batuk2, asma, diarrhea pun ada. Tuah baru sihat ni sejak demam selsema dan batuk2 sejak seminggu lepas. Tidak pasti sudah sembuh sepenuhnya atau belum. Makan panadol sahaja, malas nak ‘ziarah’ hospital kerana sendiri yang sakit.

Sebut pasal ziarah dan sakit ni, ada seorang kawan Tuah, perempuan, medic student juga yang Tuah ziarah minggu lepas. Sudah seminggu dia terlantar di hospital, baru pagi tadi Tuah pergi ziarah. Sakitnya, ‘metabolic ketoacidosis’. Dia seorang patient Diabetes Melitus type 1 rasanya. So, memang senang untuk dia men’dapat’kan penyakit ini.

Kalau nak diambil contoh orang yang sabar dalam menahan sakit ni Tuah rasa yang terbaik adalah Nabi Yaakub a.s.. Seperti yang anda pernah dengar atau tahu dan terlupakan, ujian pada baginda bukan setakat ujian sakit tubuh badan tetapi ditambah dengan ujian lain seperti kehilangan anak dan harta benda. Malah, baginda diuji dengan ditinggalkan isteri tersayang. Begini ceritanya, yang Tuah ingatlah.

Pada mulanya Iblis laknatullah  pergi menghadap Allah s.w.t. lalu berkata, “Ya Allah, aku ingin memohon keizinanmu untuk menguji hambamu Yaakub. Aku begitu cemburu dengan ketaatannya dalam beribadah kepada-Mu.” Lalu  Allah berfirman, “kau tidak akan mampu menganggu ketaatannya kepada aku kerana keimanannya kepada-Ku yang sangat kuat. “ Namun Allah izinkan juga.

Kemudian, iblis meminta, “aku merasakan jika anak2nya mati maka keimanannya akan luntur, ketaatannya kepada-Mu akan hilang.” Lalu, pada suatu hari, ketika Nabi Yaakub dan isterinya tiada di rumah maka iblis meruntuhkan rumah baginda yang di dalamnya terdapat anak2 baginda. Maka, matilah mereka semua. Namun, keimanan dan ketaatan baginda tidak berubah sedikit pun.

Iblis yang sangat marah mencadangkan kepada Allah, “mungkin kalau tanam2annya diambil, maka keimanan dan ketaatannya kepada-Mu akan luntur.” Pada suatu hari, bekalan air hanya untuk tanaman baginda terputus. Setelah beberapa hari semua tanaman baginda mati. Tetapi, hal ini langsung tidak mengganggu keimanan dan ketaatan baginda kepada Allah.

Iblis yang semakin marah mencadangkan kepada Allah agar, “jika kesihatan diambil darinya, maka dia akan berhenti dari melakukan ibadah kepada-Mu.” Maka, baginda nabi ditimpa suatu penyakit kulit iaitu penyakit kusta. Justeru, masyarakat semua meminggirkan baginda kerana memikirkan bahawa penyakit baginda itu boleh merebak kepada orang lain.

Namun, isteri baginda yang taat pada suaminya tetap sabar bersama baginda, menjaga dan merawat penyakit baginda itu. Hal ini bukan sahaja menambahkan keimanan dan ketaatan baginda kepada Allah, tetapi menambahkan rasa syukur baginda kepada-Nya. Baginda bersabda, “nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada aku sebelum ini begitu banyak sehingga tidak mampu untuk aku tidak tunduk dan patuh kepada-Nya.”

Iblis yang tidak tertahan lagi marahnya it uterus mencadangkan kepada Allah, “jika tiada siapa yang menjaga dan merawatnya, maka pasti ketaatannya pada-Mu akan luntur.” Maka, setelah berjaya memujuk isteri baginda, maka ditinggalkan oleh isteri baginda nabi terus tekun mensyukuri dan mantaati perintah Allah. Namun, sebelum diizinkan pergi, nabi a.s. ada berjanji bahawa jika isterinya mahu kembali kepadanya nanti, akan baginda sebat 100 kali.

Dengan ketaatan dan kesyukuran nabi pada nikmat Allah ini maka tertewaslah Iblis laknatullah dan menjauhlah dia dari menyakiti baginda nabi lagi. Allah yang begitu menyayangi hambanya ini dengan segera memulangkan semua nikmat pernah dikurniakan-Nya sebeblum ini kepada baginda nabi satu persatu.

Bermula dengan nikmat sihat, diikuti dengan nikmat tanaman baginda yang tumbuh sihat dan semakin menjadi2 serta rumah yang lebih besar dan indah dari sebelumnya. Setelah kembali menjadi seorang yang kaya maka berita kesihatan baginda nabi sampai ke pengetahuan isteri baginda dan dia mahu pulang ke pangkuan nabi.

Baginda turut bergembira dengan kembalinya isteri tercinta. Akan tetapi, janji baginda sebelum ini perlu ditepati. Lalu, baginda mengambil 100 helai rumput dan disebatnya isteri baginda itu sekali. Maka, mereka berdua turut dikurniakan anak2 seperti mana sebelum ini.

Pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini yang pertama ialah walau apa pun ujian, dugaan, derita dan kesakitan yang melanda jangan sekali2 kita kufur dengan nikmat Allah dan berhenti dari mentaati perintah-Nya.

Pengajaran kedua, iblis itu adalah musuh yang nyata bagi kita umat manusia, maka berhatilah2 dalam menghadapi dugaannya. Janganlah sekali2 kita terpengaruh dengan godaan dan pujuk rayunya. Mintalah perlindungan Allah dari terpengaruh dengannya.

Pengajaran ketiga, jangan sekali2 kita memungkiri janji walau sesukar manapun kita berjanji. Dan, jangalah dengan mudah membuat janji jika tidak pasti yang kita boleh menunaikannya atau tidak. Sesungguhnya, cirri seorang munafiq itu ialah apabila berjanji dia memungkirinya.

Pengajaran keempat, pasangan hidup, kaum keluarga, rakan dan taulan itu datang dan pergi. Janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi kepadanya. Namun, Allah tetap berada di samping orang yang bersabar. Maka, selalu2lah mengingati-Nya.

Akhir kata, nasihat Tuah buat semua, jangan berdoa meminta kehidupan yang mudah, tetapi berdoalah menjadi orang yang kuat dalam hidup. Jangan berdoa memohon tugas yang yang sebanding dengan kemampuan, tetapi berdoalah memohon kekuatan yang sebanding tugas2 itu.

~orang miskin juga sakit,
orang sakit juga perlu perubatan,
orang miskin juga perlu pembelaan~

Wallahualam.

p/s:
1)    Kawan yang sakit di rumah sakit dah makin pulih, semoga dapat segera kembali ke kelas.
2)    Esok dah mac, lagi sebulan lagi midsem exam, banyak lagi perlu dipelajari untuk Dermatomusculoskeletal system ini.
3)    Baca kes adik Syafiah yang dibunih kejam kekasih ibunya membuatkan diri tertanya2 apakah ramai lagi mereka yang seperti lelaki zalim itu di luar sana, bukan melindungi kaum tetapi menzalimi mereka yang lemah. Apa nak jadi dengan umat sekarang.
4)    Salam maulidurrasul buat semua! Apa yang anda akan katakan jika berpeluang bertemu nabi sekarang?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!