Tuesday, March 10, 2009

Cerpen 'Biar Putih Mata Hitam Jangan Hitam Mata Hati'

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ni adalah cerpen yang Tuah hantar untuk pertandingan tulis cerpen sempena Festival Kesenian Islam anjuran KUBI yang tarikh tutupnya 10 Mac iaitu hari ini. Dah baca tolonglah komen. Rasanya cerpen ini tidaklah begitu mengasyikkan. So, enjoy!

BIAR PUTIH MATA HITAM, JANGAN HITAM MATA HATI


Salam kemerdekaan tuan. Boleh saya jumpa dengan Komander Ben Azwar sebentar?”

Siapa namamu dan apa tujuanmu mahu berjumpa dengan tuan komander?” Katanya keras, namun langsung tidak menggerunkanku.

Saya Salim Al-Muttakhir, tuan. Tujuan saya bertemu tuan komander adalah untuk menyampaikan informasi berkenaan perbincangan rakyat Palestin sebentar tadi,” ujarku.

Apakah benar kata-katamu ini atau hanya bertujuan untuk mengancam kem kami ini?

Tiadalah berani saya untuk bertindak sedemikian rupa, apatah lagi saya masih mempunyai ibu, isteri dan anak-anak tuan. Berilah kebenaran kepada saya tuan, hanya sebentar,” rayuku.

Baiklah. Engkau tunggu di sini dahulu. Biar aku berbicara dahulu pada tuan komander.

Baiklah, tuan. Terima kasih, tuan,” kataku lega.

Tentera tersebut lantas menuju ke khemah yang paling besar dan paling indah yang seakan-akan tereletak di tengah-tengah kem ini. Khemah tersebut di jaga oleh dua orang tentera bersenjata di pintu masuknya. Khemah-khemah yang lain tidak pula mempunyai tentera pengawal di pintu masuknya malah kelihatan begitu buruk sehingga ada bahagian daripada dindingnya yang terkoyak.

Setelah beberapa minit, tentera tersebut keluar khemah besar itu lantas memanggilkan untuk masuk menemui komander.

Apakah yang kamu mahu wahai manusia? Apakah kau punya informasi baru yang yang berguna untukku?” tanya komander tersebut.

Sudah tentu wahai tuan yang termulia. Petang semalam telah diadakan rapat khusus antara semua pendudukdi kawasan Gulmira. Saya juga turut menghadirinya, tuan”.

Apa kaitannya rapat tersebut denganku?” tanyanya.

Begini, tuan. Dalam rapat tersebut, telah disepakati oleh semua yang menghadirinya dengan sebulat suara akan mengumpul setiap pemuda, kanak-kanak yang sudah layak, orang-orang tua yang masih berdaya, serta wanita-wanita yang berhati waja, untuk bersatu melancarkan serangan hendap terhadap kem ini selanjutnya menghalau kalian semua dari kampung mereka ini. Para pemimpin dari kawasan berhampiran juga telah menyatakan persetujuan untuk turut menghantar bantuan bagi merancanakan rancangan tersebut,” ceritaku panjang lebar.

Apakah kamu pasti dengan berita ini wahai Salim? Jangan kau cuba menipu dengan tujuan untuk memerangkap kami atau kerana mahu kami berundur. Jika itu niatmu maka nahas menantimu dan keluargamu,” gertaknya padaku.

Jangan begini, tuan. Saya bersumpah atas nama keluarga bahawa segala kata-kata saya ini adalah benar belaka. Terpulanglah kepada tuan untuk mempercayainya atau tidak.”

Baiklah, aku percaya informasi daripadamu ini. Apakah yang kau mahu sebagai balasan kepada khidmatmu denganku selama ini? Nescaya akan aku perkenankan permintaanmu itu,” tanya komander tersebut.

Tiada lain yang saya mahu sebagai balasannya melainkan bekalan makanan selama sebulan unutk keluarga saya dan ubat-ubatan untuk ibu saya yang sedang tenat di rumah. Cukup sekadar ini sahaja, tuan.”

Jika itu permintaanmu akan aku kotakan. Akan kuarahkan anak buahku menghantarkan bekalan makanan yang cukupuntuk dua minggu dan sedikit ubat-ubatan untuk ibumu dalam dua hari lagi sesudah komfirmasi mengenai maklumatku dibuat. Cukup?

Cukup, tuan. Terima kasih, tuan. Semoga tuan segera dinaikkan pangkat kelak,” ujarku.

Sudah, segeralah pulang ke rumahmu dan pastikan tiada seorang pun daripada ahli keluargamu yang terlibat dalam serangan pada hari esok.”

Baik, tuan. Terima kasih sekali lagi, tuan,” ujarku lalu pergi.

*****

Kehidupan sebagai tali barut bukanlah kehidupan yang diimpikan oleh anak-anak Palestin, termasuk Salim. Memberi informasi kepada tentera Israel, musuh utama sekaligus pembunuh nombor satu bangsanya sendiri memang memerlukan pendirian atau alasan yang teguh. Jika diberikan pilihan lain, maka dengan segera tanpa berpikir panjang akan dipilihnya jalan tersebut. Bukan tiada penyesalan atau rasa bersalah pada bangsanya, rasa bertanggung jawab, sedih dan kecewa pada diri atau rasa hina pada diri sendiri, tetapi baginya inilah jalan terbaik untuk dirinya yang lemah ini untuk meneruskan kelansungan hidup.

Mungkin, kerana kebaculan pada bangsanya sendiri, maka fikirnya, layaklah sekiranya dia dihina, dicerca bahkan dilaknat oleh jiran tetangga, rakan dan taulan, bahkan cercaan tersebut hadir daripada saudara maranya sendiri. Namun, dia bukan dihina kerana menjadi ‘anjing’ Israel, tetapi kerana keengganannya menyertai tentera pejuang kemerdekaan Palestin, ketidak mahuannya menyertai perang lantas ketakutan mengangkat senjata memikul tanggung jawab sebagai mujahid perang, bercita-cita syahid di medan perang.

Pernah terlintas jauh dibenak Salim sampai bila perlu dia menyeksa dirinya begini, sampai bila dia sanggup membiarkan anak bangsanya diratah mudah oleh tentera zionis Israel dengan kejam dan tiada peri kemanusiaan malah menggunakan informasi yang diperolehi daripadanya, bangsanya sendiri.

Suatu masa, pada hari penyampaian hadiah di sekolahnya, anaknya yang sulung bernama Salam dijemput gurunya menyampai sebuah sajak bertajuk ‘Kami Peduli’ yang mengungkapkan rasa cinta dan kasihnya dia pada anak bangsanya, rasa bersemangatnya untuk menyertai perjuangan rakyat Plestin dan keinginannya untuk mati syahid di jalan tuhan. Sajak tersebut bukan sahaja memalitkan rasa malu pada dirinya malah menghidupkan rasa semangatnya untuk berubah dan menjadi seorang mujahid perang.

Ibunya juga pernah menyatakan rasa bersalahnya padanya kerana terpaksa menjadi penghalang untuknya menyertai peperangan disebabkan perlu menjaganya yang sakit. Dia pernah menyatakan kesediaannya untuk menyertai tentera Palestin ketika usianya 17 tahun kepada panglima pasukan Saifullah, tetapi ditolaknya mentah-mentah kerana ujarnya dia belum layak untuk menyertai peperangan disebabkan masih memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit dan tiada penjaganya lagi jika dia tiada lagi di dunia nanti. Maka, disebabkan hal ini maka dibuangnya cita-cita syahid di medan perang jauh-jauh dan berazam menjaga ibu dan keluarganya sehingga akhir hayat.

Apabila ditanya ibunya mengapa tidak memohon sekali lagi untuk menganggotai pasukan Saifullah setelah mengahwini isterinya yang boleh diharapkan menjaga ibu ketika ketiadaannya nanti, maka, segera dijawabnya,

“bukan Salim tidak mahu ibu, tetapi kondisi keluarga kita ini yang menyebabkan Salim tidak sanggup untuk tinggalkan dan apatah lagi dengan kehadiran Salam dan Salmah. Salim sudah berjanji akan menjaga keluarga kita hingga akhir hayat, bu.”

ujarnya lagi. Salim malah tidak sanggup melihat keluarganya kekurangan zat dan nutrisi maka diberi informasi kepada tentera Israel sebagai tukaran kepada makanan yang cukup untuk keluarganya.

Walau bagaimanapun, disebabkan rasa malu pada jiran dan sanak saudara, serta tidak tahan dicerca dengan berbagai cercaan dari mereka maka isterinya mengambil keputusan untuk menggantinya menyertai tentera Palestin dan syahid di medan perang ketika kubu mereka diserbu tentera Israel dengan informasi daripadanya sendiri. Namun, itu tidak sedikit pun merubah pendiriannya untuk menghentikan pengkhianatan pada bangsanya sendiri.

Tetapi, keangkuhannya terlentur juga akhirnya apabila menerima berita kematian kedua anaknya yang masih kecil syahid ketika berperang menentang tentera Israel dengan menyertai pasukan perang kanak-kanak Palestin, sehari sebelum kematian ibu kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan. Hal ini langsung memberikan hidayah kepadanya bahawa inilah que atau tanda daripada tuhan yang Maha Bijaksana bahawa sudah tiba masanya mencurahkan bakti pada agama dan bagsanya sendiri. Tiada lagi alasan atau halangan pada dirinya lagi dari berjuang fisabilillah.

Keesokkan harinya, segera dia bertemu panglima tentera Saifullah untuk menyatakan hasrat menganggotai pasukan tersebut serta menyampaikan segala informasi mengenai tentera Israel yang diketahuinya sepanjang menjadi tali barut mereka. Perkara tersebut lantas disambut baik oleh seluruh ahli pasukan Saifullah dan jiran serta saudara maranya yang juga terlibat dalam pasukan tersebut.

Alhamdulillah, berubah juga akhirnya kamu, Salim,

syukur mereka semua. Lantas kedudukan pertahanan dalam kem tersebut dan kubu-kubu penting untuk serangan disampaikannya kepada mereka semua.

Selama seminggu merancang serang hendap terhadap kem tentera Israel di kawasan Gulmira ini, akhirnya strategi yang mantap telah terencana, perancangan yang bakal membuahkan hasil telah disepakati semua, yang tinggal hanya saat dan ketika yang tepat untuk melaksanakannya. Dia berharap usahanya kali ini berbaloi dan cukup untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu kepada anak bangsa dan isterinya sendiri selama ini.

Pada pagi Sabtu, ketika tentera Israel yang majoritinya tidak berada di kem tersebut kerana mengadakan acara penyembahan pada hari yang dianggap suci oleh mereka ini di Jerussalam merupakan detik yang sesuai untuk melancarkan serangan menghancurkan kem ini lantas menghalau mereka semua dari kawasan Gulmira. Serangan yang memakan masa setengan hari ini seakan membuahkan hasil kerana dengan mudah di‘kerja’kan oleh pasukan Saifullah ini.

Salim yang tahu persis kedudukan khemah komander Ben Azwar terus menyerbu khemah tersebut.

Bismillah,”

lantas ditikamnya komander tersebut. Komander tersebut sempat mengaduh,

“Aaa..aduuh..b..bunuh bangsat satu ini. Cepat!!!

Teriak komander tersebut. Tanpa melengahkan masa senjata pengawal-pengawal komander tersebut lantas memuntahkan ratusan peluru ke tubuh Salim. Dan...

Laa ilaaha illallaaah!

Salim menghembuskan nafas terakhirnya bersamaan dengan sempurnanya kalimat agung yang mentauhidkan Allah Azawajalla, tuhan sekalian alam, sekalian makhluk. Syahidnya dia menemui tuhannya, menemui ayah dan ibunya, menemui isteri dan anak-anak yang merindu dan dirindukannya.

Ia gugur dengan seratus peluru bersarang di tubuhnya. Takbir! Allahu akbar!


Sekian, tamatlah cerpen tersebut. Apa macam? Well, Tuah mampu buat sampai situ je. Komen eh, jangan tidak komen. That's all for this time.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!