Sunday, February 22, 2009

Puisi Ummiku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Puisi ni untuk pertandingan deklamasi puisi anjuran KUBI pada Mac 2009. Kalau dah baca tolong comment kat emel Tuah smfadzil_tuah@yahoo.com. Terima kasih.


Ummiku
by Al-Tuah Al-Shahab, 9.08 pagi, 22 Februari 2009


Dialah ummiku,

embun penyejuk bagi jiwa yang hangat,

cahaya penerang bagi jiwa yang gelap,

pensyarah bagi jiwa yang kosong,

tanpa ijazah mahupun gelaran.

mengalunkan ayat-ayat cinta,

ketika cinta mula bertasbih,

ketika bersimpuh di atas sejadah cinta,

ketika bersemayam dalam mihrab cinta,

ketika cinta berbuah syurga,

ketika pudarnya pesona Cleopatra,

demi mencari redha dari-Nya,

Tuhan sekalian alam sekalian makhluk.


Apakah ketikaku,

sudah mengecap kebahagiaan dunia,

sudah bertimbun harta dunia,

sudah mencapai kejayaan menggunung,

apakah daku ingat pada ummiku,

guru pertamaku,

ustazah pertamaku,

guru besar pertamaku,

lecturer pertamaku,

dekan pertamaku di fakulti pertamaku,

apakah daku lupa akan janjiku pada tuhanku,

menjaga ummiku hingga akhir hayatku,

dikala suka mahupun duka,

ketika angin dunia menerjah laju,

tidak akan daku lupakanmu,

wahai ummiku,

ummiku yang satu.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semester baru a.k.a. Sem 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Sem baru, buku baru, group baru, time table baru, subject baru, suasan baru dan seksa pun baru. Yang lama hanya tinggal faculty and hostel. Tabiat dan perangai tak tahulah dah baru or still yang lama. Apa yang pasti, sem ke-2 daripada 7 semester kat UnPad ni akan dilalui dengan 1001 macam cerita suka dan duka mahupun kesenangan dan kesengasaraan. Takut pula bila sebut kesengsaraan. Macam sem baru ni akan memberikan kesengasaraan kepada Tuah. Masa sem 1 dulu seksa rasanya nak membiasakan diri dengan Sistem Kredit Semester (SKS) yang memeningkan tu, tapi sekarang dah faham (rasanya) dah. Sekarang dah tahu how is exam, lecture, lab activity, tutorial and kemahasiswaan or kokurikulum tu sebenarnya. Nasib baik masuk sem 2 ni tak ada orientasi macam masa awal 1st sem dulu. Kalau ada lagi memang masak la jawabnya.

Yang bestnya pasal sem 2 ni antaranya subject baru sem ni, iaitu reproduction. Memang best seperti yang dijangka sebelum ni. Tapi, yang menjadi problem subject ni adalah budak perempuan. Sebabnya, waktu discussion bila2 and kat mana2 pun, bila cerita pasal kemaluan or sex stuff je diorang mesti segan2 dan malu2 plak. Tuah tak tau la kalau ada budak laki yang macam tu juga, tapi Tuah cool je. Bukan kita cerita pasal nak buat sex or benda2 lucah, even ada belajar erection, orgasm and ejaculation, tapi cuma nak study pasal system repro je. Rilex and sempoi sudah, right?

Buku2 baru pun banyak juga, siap berjilid2 lagi. Ketebalan dan kemahalan setiap buku tak perlu ceritalah. Ada macam2 tajuk antaranya Williams Obstetrics, Berek & Noac's Gynecology dan banyak lagi. Tapi, ada juga buku lama yang masih digunakan. So, tak perlulahlah nak beli semua buku baru.

Jadual baru pun ingatkan lebih singgang dari sem 1, tapi makin sesak dan padat. Kelas yang penting pula cuma 2 jam seminggu, yang lain cuma tambahan. Well even tak berapa penting untuk repro tapi tetap ada exam untuk every kelas, so still important, right? So, memang rasa malas nak pegi kelas tapi tetap perlu juga.

After all, study still on, class still perlu pegi juga, assignment still kena buat juga dan rehat pun mesti secukupnya, tak lebih tak kurang. Kalau jadi medical student tak rasa seksa macam ni tak medical student la namanya. Bak kat Han-Je Hyun dari tv series Fullhouse, “Aza aza fighting!”

Waakhirul, salam study dari Tuah untuk semua student Malaysia especially yang study oerseas or lebih tepat lagi kat Indonesia dan terutamanya kat Bandung di UnPad more precisely. Study rajin2 dan jangan buang duit study abroad dan jauh dari family tapi takde hasil, orait? Sampai sini je lah untuk kali ini. Sekian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saturday, February 21, 2009

Lana Lang & Clark Kent

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada semua peminat Smallville, Tuah ada pengumuman nak buat. Dalam episode 14 season 8 entitled 'Requem', ada berita sedih bagi yang nak tengok the most powerfull couple have happily ever after relationship. Lex yang baru je mati dalam episode ni, dibunuh dalam truck at Metropolis by Oliver Queen a.k.a. Green Arrow telah merancang benda ni dah lama sebelum dia hilang. Ini disebabkan special suit yang dipakai Lana yang bagi super power kat dia (super speed & super strength) akan menyerap semua Kryptonite sehingga menjadikan Lana as human kryptonite. Maka, dengan ini Clark takkan dapat nak rapat dengan Lana even dalam 3 meter.

So, kalau dah nak rapat pun tak boleh, paham2 je lah. Memang sedih tengok babak kat bangsal kat rumah Clark tu. Because of that, Lana akan menghilangkan diri dari Clark bagi mengelak untuk get too close with Clark, sebab Clark degil gila nak couple gak even dah tak boleh rapat.

Ada hikmahnya benda alah ni macam ni. Kalau Clark still ingat kat Lana, macam mana dengan cinta sejati dia kat Lois Lane. Sebab, sebelum kemunculan semula Lana kat walimatul urus Cloe & Jamie, Clark dengan Lois dah nak make up dah. Tapi tiba2 Lana datang dan kacau scene dua real couple wanna be tu nak kissing. Well, memang susah Clark nak lupakan 1st loe dia tu, Tuah pun prefer Lana gak, haha. So, mungkin lepas ni Clark akan lebih focus kat Lois kot, I really hope so, hehe.

By the way, Tuah memang respect kat Lex yang really super smart dengan merancang semua ni. Kalau nak kata Lex ada power, mesti power dia adalah kepandaian dia. Nasib baik Lex dah mati, kalau tak memang Superman akan mati ditangan Lex before Smallville series ni end. Well, that's all for now. Tengoklah episode ni, sangat digalakkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Thursday, February 19, 2009

Futsal-lah Pulak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

World Cup 2010 kat South Africa nextyear, so in the mean time bolehlah tengok Champion Leage for 2009 and 2010. Tapi, setakat menonton orang main je mesti tak cukup puas melainkan kita sendiri yang main, especially final match. Janganlah nak mimpi nak main masa final world cup 2010 nanti sebab Malaysia dah tak layak nak masuk pun, dan layak ke nak wakil negara even Malaysia layak?

So, banyaklah game yang dianjurkan untuk membolehkan ramai orang dapat main cuma tak seprestij final world cup. Starting 15/2 ni selama sebulan akan diadakan pertandingan futsal anjuran Kelab UMNO Cawangan Bandung (KUBI). Well, sebab taknak ketinggalan Tuah pun join gak even barely good in footbal, wakaka! Group Tuah nama Mock-A-Junior, 10 members: Tuah (substriker), Ato as captain (top striker), Kudin as manager (last man defender) , Raop assistant manager (backup striker), Akmal coach (subdefender), Azrinas (midfielder), Kacak (subdefender), Aiman (submidfielder), Luqman (submidfielder) & Ashak (goalkeeper).

Pada 1st match, Mock-A-Junior vs SuperPet (Twp08). Selepas mendahului dengan 2 gol menerusi Ato & Raop tidak sampai 10 minit perlawanan, kitorg pulak dibolosi 2 gol sebelum tamat halftime15 minit. Selepas rehat, kitorg dibolosi dengan 1 gol sehingga tamat perlawanan dengan result 2-3 tewas. Apa yang membengangkan kitorang dah lead by 2 gol tapi lawan segera bangkit dari ketinggalan dan meneruskan penguasaan dengan menambah 1 gol lagi. Mungkin kerana masing2 dah penat, so kitorang just macam biar je kalah sebab dah tak larat nak main.

Tapi, kalah sekali tak bermakna kalah lagi sekali lagi dan sekali lagi dan sekali lagi yang akan menjadikan kalah 3 kali. Ahad ni 22/2 kitorang jumpa Twp07 plak. Dengan perancangan rapi dan strategi2 yang telah dipelajari sepanjang minggu ni, kitorang tak berharap menang besar, asal menang cukup, taknak seri apalagi kalah.

Akhir kata, tolonglah doa2kan kejayaan Mock-A-Junior untuk menang every match after this until qualify to super leage and seterusnya ke semi, final dan terus menang kejohanan ni een kitorang 1st time join. Don't 'mock the junior' because there are not really a junior.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wednesday, February 18, 2009

Selamat Hari Jadi Raudhah!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Post kali ini ditujukan khas untuk adik Tuah. Sikit je nak cakap ni...cuma nak ucapkan kat adik perempuan Tuah yang seorang ni, yang bernama Sharifah Raudhah Al-Shahab...

SELAMAT HARI JADI!

yang jatuh pada tanggal 18 Februari 2009 iaitu hari ini. Semoga panjang umur dan murah rezeki, serta dikabulkan doa dan diterima amal ibadatnya. Rajin2kan diri untuk solat sunat dan study elok2, jangan sampai nanti menyusahkan hati umi dan abah serta semua orang yang senantiasa mengharapkan kejayaan anda. Orait?!

Saturday, February 7, 2009

After Exam a.k.a. Masa Cuti

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh,

Pertama sekali di sini Tuah nak memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah azzawajalla di atas limpah kurnia dan inayah-Nya dapatlah Tuah menjawab exam final sem 1 yang lepas dengan jayanya (rasanya dengan jayanya). Dipendekkan cerita, maksudnya sekarang dah cutilah, hahaha. Sebab, setiap habis exam especially final exam mesi cuti panjang.Tapi, malangnya bagi student UNPAD 1st year batch 2008 dan mungkin batch yang lain pun sama agaknya, hanya bercuti seminggu je, sebab fakulti kedekut cuti. Orang dah penat memerah otak sebulan penuh ni bagi la cuti sebulan penuh or 2 bulan terus. Adoiyai!

So, disebabkan cuti pendek je, maka Tuah ambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia, even miss Malaysia so much, especially masakan Umi. Tapi, ramai gak sudent 1st year yang pulang. Sampai tinggal 15 orang je daripada 105 orang overall yang menetapkan keteguhan di dada untuk stay je sepanjang cuti seminggu ni.

Cite pasal exam lepas memang tension. Even dah study mpi thp 'gila2' pun masih tak boleh jawab. Memang tak susah, sebab kalau susah masih boleh jawab lagi. Ini dah sampai tahap tak bleh jawab dah. Tapi tak semua paper yang macam, cuma FBS3 je rasanya. Yang lain ok je, hehe. FBS3 tu memang rasa macam soalan untuk doktor yang dah grad baru boleh jawab, gila ke apa? Exm CRP cuma letih menunggu giliran kena panggil jawab exam je, tapi boleh confirm A. FBS4 and Compre FBS3&4 pun easy sebab banyak keluar soalan pastyear. Compre FBS1&2 boleh tahan susah gak sebab banyak dah lupa sebab dah lebih 2 bulan tinggalkan. Exam SOOCA dapat kes HDN, dah prepare habis dah, tapi masa exam tak boleh buat plak. Tak macam exam OSCE, memang senang. Dalam 7 rooms, 2 rooms je yang tak confirm pass, yang lain bleh kata fullmark jugaklah. But, overall rasany ok la untuk 1st sem ni, hihi.

Itu semua cerita pasal exam, ni pulak cerita pasal lepas exam a.k.a masa cuti. Bosannya memang tahap melampau. Mula dirasai pada hari ke-5 cuti sebab dah takde benda nak buat dah. Sebelum cuti ada terfikir nak try khatam Al-Quran, nak habiskan novel Inggeris and Indonesia lah, nak tengok semua movie yang belum tegoklah, or nak pegi jalan2 seluruh Bandung or ke Jakarta.

However, bila dah cuti ni suma benda tak jadi.Baca Al-Quran tak sampai half pun, novel Inggeris langsung tak sentuh, dah lah tak jalan ke Jakarta, Bandung pun cuma pergi ke tempat yang dah selalu pergi je. Tapi, novel Indonesia memang Tuah baca, ada 7 semuanya, semuanya karya Habiburrahman El-Shirazy except Fenomena Ayat2 Cinta karya adik dia, Anif Sirsaeba El-Shirazy. Antara novel Indonesia yang dah habis baca termasuk Ayat2 Cinta, Bila Cinta Bertasbih 1-2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Dalam Mihrab Cinta, dan Ketika Cinta Berbuah Syurga.

Novel Inggeris bukan taknak baca, just because all colletion in PDF format, and takde laptop plak nak guna, huhu. Yang movie tu memang hampir 10 movie je yang dah ditonton, takde selera lh nk tengok. Tv series pun tak tengok, tunggu ketibaan laptop sendiri je nanti lepas cuti, kirim kat kawan.

Waakhirnya, separuh daripada mission masa cuti telah berjaya dilakukan dengan jayanya, haha. Dan setlah tinggal 2 hari je lagi cuti ni ada pulak assignment baru yang datang dari fakulti. Dahlah cuti pendek, bagi kerja plak masa cuti belum habis. Nak tak nak kena lah buat.

So, sampai sini je post kali ini sebab Tuah nak start buat assignment malam ni(kalau tak ngantuk lagi). Harap2 sebelum start class dah siap, takdelah bertambah beban nak study lagi. Semoga apa yang Tuah type ni dapat jadi saluran untuk kita semua mendapat berkat dan rahmat dari Allah, amin. Akhir kata, adios amigos!

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh

Friday, January 16, 2009

Periksa, exam, imtihan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

"Alkisah, toyib, maka tersebutlah kisah di sebuah padang pasir, toyib, sang kancil beramai2 menghadap Sultan Firaun..." Samsudin, Seniman Bujang Lapok.

Tersebutlah kisah di sebuah bilik di mana terdapat seorang medical student yg akan mengambil final exam untuk semester 1. Saat ini, hanya buku2 yg tebal, lecture note dan learning issue berupa mindmap sahaja yang menjadi kawan kepadanya, well, apart of roomate, roomate's laptop, handphone and bale's tv.

Disebalik semua itu, di hatinya tak pernah dia melupakan penciptanya yang maha esa, berdoa memohon agar diberi kejayaan dalam exam coming soon. Seluruh penghuni bale juga telah diselubungi oleh rasa risau dan takut akan ketidak sempatan mereka untuk mengulangkaji topik2 yang telah mereka pelajari sejak 5 bulan lepas.

Mereka akan mula menduduki exam pada 19 Januari hingga 31 Januari. Bermula pada 1st week dimulai dengan exam bertulis multi dicipline exam (MDE) and comprehension, dan pada 2nd week with oral test which is SOOCA presentation and OSCE. Akan tetapi, semua itu pasti akan dihadapi dengan tenang dan sabar oleh pelajar harapan negara ini yang bernama Al-Tuah Al-Shahab (bukan nama sebenar). Semoga beliau berjaya dalam exam kali ini dan exam2 seterusnya.

Jadi, cukuplah sampai di sini sahaja untuk kali ini, sebab Tuah nak sambung study balik. Akhir kata, sekali lagi diharapkan supaya tolonglah sangat2 doakan kejayaan Tuah dalam exam ini kali ini dan yang selanjutnya, amin ya rabbal alamin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Wednesday, January 14, 2009

Happy Birthday to Us

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Happy birthday to you, Selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu,
Happy birthday to you; Selamat hari jadi; Allah selamatkan kamu;
Happy birthday to umi, Selamat hari jadi Umi, Allah selamatkan Umi,
Happy birthday to you... Selamat hari jadi... Allah selamatkan kamu...

Hari ini merupakan hari jadi Umi Tuah. So, di sini Tuah nak mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-58 kepada Umi Tuah yang bernama Sharifah Masnah Binti Haji WAn Sazali yang lahir pada tanggal 14 Januari 1961. Selamat hari jadi UMI, Dil sayang Umi sangat2. Tak tau nak cakap camne lagi Dil punya sayang kat Umi. Suatu yang menjadikan hari jadi Umi Tuah ni spesel ni ialah hari jadi Umi sama dengan hari jadi Tuah, 14 Januari, cuma tahunn je lain, 1988. So, setiap tahun Tuah akan sambut besday dengn Umi kecuali tahun ni, sebab Tuah berada di Indonesia. Jauh dari rumah, jadi tak dapat balik rumah. Tapi, even tak dapat balik rumah pun Tuah akan sambut gak hari jadi Tuah dan Umi, cuma tak bersama seperti biasa.

Nak cerita pasal sambutan hari jadi ni, macam2 yang berlaku samada kepada yang punya hari jadi atau yang jadi tukang sambut je. Kalau tradisi kat asrama memang banyaklah, cuma Tuah je yang tak kena masa kat sekolah dulu, sebab besday awal tahun, so, orang lain tak ingat. Dah 2 bulan baru orang tahu. kalau cite pasal sambutan hari jadi kat hostel, sure happening gila. Setiap, birthday mesti akan berhati2 dalam seminggu tu nobody knows that their birthday is coming, or they will suffer on their birthday.

Kalau yang simple punya mesti budak2 ni cari tepung ditambah dengan telur baling kat birthday boy. But before that must make sure yang budak tu dibasahkan dengan air sebaldi, biar basah satu badan supaya senang tepung melekat. Lepas dibaling tepung akan diikuti dengan telur. Ada jugak yang baling air yang telah dicampur macam2. Contohnya air sabun, ubat gigi, air longkang air gula dan kadang2 air longkang pun ada, memang tak tahan bau air tu. Kalau nasib tak baik, orang yang nak curah air tu pun terkena jugak, eeeeiiiiii! Memang meloyakan kerja budak2 ni. Selain itu, ada jugak yang kena angkat, pegang tangan dan kaki, then kena baling dalam kolam yang berlumut macam kolam ikan or dalam parit yang penuh air dan busuk. Maka, satu badan bau busuk dan baju tu mamang buang terus, tak larat nak basuh. Ada jugak yang kena bogel or kena belasah ramai2, tapi jaranglah berlaku. Jarang sangat.

Tapi, kalau dapat kawan yang tak gila2 macam tu, ada jugak sambutan hari jadi yang ditunggu2 oleh birthday boy. Contohnya, semua orang wish besday dia, even orang yang dia ingat benci kat dia. Ada jugak kawan yang best belikan birthday cake or buat birthday party. Pergh, memang seronok sangat lah masa tu. Kadang2, siap dapat hadiah lagi dari kawan2 or family. Tapi, biasanya sambut dengan family or beloved is a lot best than with friends.

So, untuk buat kali kedua, di sini Tuah nak ucap hari jadi kepada Umi dan jugak kepada Raudhah pada 18 Februari, Amin pada 4 Disember, Abang Lan Pada 3 Mac, Abah Tuah 16 Mac, Ashyraf 14 Jun, Syuhada pada 27 Mei, Abang Eddy pada 4 Julai dan kepada semua kawan2 Tuah yang menyambut hari jadi pada bulan Januari. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus berjuang di atas muka bumi ini dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, amin, ya Rabbal alamin.

Akhir kata dari Tuah, majukan diri bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi orang umi abah, keluarga, Islam, bangsa dan negara tercinta Malaysia. SELAMAT HARI JADI UMI!

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Saturday, January 10, 2009

Tahun Baru Hijrah & Masihi

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,

1 Muharam dan 1 Januari merupakn tarikh bermulanya tahun baru dan kehadirannya disambut setiap tahun. Suatu yg menjadikannnya dinantikan semua pihak adalah kerana pada kedua hari tersebut diisytiharkan cuti umum, yey! Persamaan lain bagi kedua hari trsbut ialah sambutan hangat yang diberikn oleh 'penggunanya'. Jadi, kali ini Tuah akan mengisahkn sambutan tahun baru pertama kali Tuah di negara orang bagi kedua-dua hari tersebut.

Dimulakn dengan tahun hijrah sebab 1 Muharam datang dulu. Pada petang Ahad sebelum tahun baru, Tuah dan rakan2 beramai2 turun ke masjid sebelum masuk waktu maghrib. Dikhabarkn bahawa akan diadakan bacaan doa akhir dan awal tahun secara berjemaah. Maka berbondonglah rakan2 even yg tak pernah turun solat jemaah di masjid kecuali jumaat pun turun jugak. Tapi, setibanya di masjid 20 minit sebelum magrib selepas siap mandi apa suma, kitorang pun tunggu untuk bacaan doa akhir tahun berjemaah. Tunggu punya tunggu lebih kurang 5 minit lagi nak magrib, setelah merasakn takde bacaan doa berjemaah maka masing2 baca doa masing2 secara masing2. Selepas magrib kitorang tunggu kejap untuk bacaan doa awal tahun antara kitorang. Lepas tazkirah ringkas daripada Luqman, kitorang pun mengaminkn doa yang juga diketuai oleh Luqman. Selesai solat isya' berjemaah, kitorang solat hajat di surau Baitu Al-Arbaah berjemaah. Maka tamatlah sambutan tahun baru hijrah untuk 1430 pada malam itu dengan meriahnya.

Namun cerita sambutan tahun baru masihi lebih meriah. Selepas maghrib malam Rabu tersebut, Tuah dan rakan2 bergerak ke Jatos untuk menyambut tahun baru di sana. Setibanya di Jatos, kelihatan ratusan org berkumpul didepan Jatos. Setelah diteliti barulah kelihatan susuk tubuh angggota band yg membuat persembahan pada malam itu. Dimulai dengan band yang macam 'sampah', ditambah dengan panas dan keadaan yang sangat amat terlalu sesak itu maka kitorang dengan tak teragak2 terus meluru ke KFC dalam Jatos untuk lepak santai. Setelah menjamah aiskrim dan chicken fillet maka kitorang keluar balik ke depan Jatos tadi. Disebabkan lagu yang dialunkn band tersebut begitu menarik maka kitorang terus ke depan pentas dan tanpa segan silu untuk turut joget sekali beramai2. Setelah countdown maka puluhan bunga api dinyalakn menandakan bermulanya tahun baru 2009. Kedengaran deruman motosikal yang kuat oleh mat2 rempit yang turut berada di sana. Setelah tamat konsert tersebut maka tamatlah sambutan tahun baru bagi 2009 tamat iringan doa memohon agar diberkati, dirahmati dan diberi kejayaan sepanjang tahun.

Apa yang menjadi ketidakpuas hatian Tuah ialah kenapa acara sambutan tahun baru hijrah tidak semeriah tahun baru masihi dan kenapa tidak diadakan sambutan yg hangat oleh masyarakat umum. Akan tetapi, kenapa pula sambutan tahun baru masihi yang begitu meriah dan hangat itu tidak pula diiringi dengan acara doa atau acara2 berbentuk kerohanian. Marilah kita fikirkan bersama, mungkin pada sambutan pada tahun mendatang akan dapat kita ubah seperti yang diharapkan.

Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 dan 2009 pada tahun ini dan semoga kita diberkati, dirahmati, di beri kesihatan, kejayaan dan kemenangan di dunia dan di akhirat.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.