Tuesday, November 30, 2010

Jangan Nak Mengarut

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Isnin lepas lepas tengok filem Harry Potter yang ke 7, Tuah balik dengan seorang kawan ini. Masa berborak ada cerita sedikit tentang babak 18SX dalam cerita itu. Walau tidak berapa nak 18SX, tetapi ianya tidak banyak sedikit mengganggu fikiran dan hati kami.

Dalam perbualan tersebut, kawan Tuah ada cakap, masalah remaja dan kanak2 yang meningkat remaja mencari2 ‘pengetahuan’ dan ‘info’ tentang seks berpunca dari masalah ibu bapa yang terlalu berahsia dan tidak mahu bersifat terbuka atau open minded.

Masyarakat selalunya beranggapan, jika ibu bapa mula berkongsi tentang hal2 seperti ini, gejala porno, seks bebas dan buang anak dikalangan remaja tidak akan berlaku atau kurang. Betul ke kalau ibu bapa berkongsi hal2 seperti ini di rumah maka gejala2 tidak sihat ini akan berkurang atau tiada sama sekali?

Tuah sama sekali tidak bersetuju. Kalau betul sebegitu, bagaimana pula dengan mereka yang tidak melakukan gejala2 tidak sihat tadi? Adakah di rumah ibu bapa mengajak mereka bebincang hal2 seks seperti mengajak mereka bercerita mengenai kisah kanak2 atau sirah nabi2? Pastinya tidak.

Ada pihak yang merancang untuk mewujudkan mata pelajaran pendidikan seks dalam silibus pelajaran di sekolah. Apa kes ni? Mata pelajaran berkaitan agama dan rohani hanya dipandang enteng oleh pihak sekolah, tetapi pelajaran seperti sudah mahu diwujudkan. Gilalah. Memang gila.

Asas kepada permasalahan ini mungkin terletak pada ibu bapa. Bukan kerana mereka tidak open minded dalam hal2 berkaitan seks. Tetapi, kerana kurangnya didikan agama kepada anak2 ketika di rumah. Jika anak2 berpendidikan agama yang sewajarnya, pasti masalah2 berkaitan seks bebas dan porno tidak wujud.

Kerana, dalam agama juga telah diajarkan mengenai seks. Contohnya, jangan mendekati zina, jika sudah cukup syarat dari segi zahir dan batin cepatlah2 menikah, jika belum mampu berusaha untuk menahannya dengan berpuasa, dan macam2 lagi. Tetapi, semua itu tidak dianggap penting untuk diajarkan kepada anak2.

Bagi sesetengah orang, pendidikan seks penting kerana ianya memberitahu remaja bahawa jika berhubungan kelamin dengan jantina lawan maka akan menyebabkan si permpuan mengandung di luar nikah. Maka, sila gunakan kondom, atau jangan lakukan yang ‘ringan2’ sahaja seperti peluk dan cium.

Adakah pendidikan seperti akan membendung gejala tidak sihat tadi? Sama sekali tidak. Sebaliknya akan lebih banyak lagi kes sumbang seperti ini. Kerana mahu eksperimen katanya, sehingga terlanjur pada akhirnya. Jadi, apa yang baiknya? Apa yang bagusnya?

Pada akhirnya, Al-Quran dan Al-Hadith adalah panutan yang sebenarnya dalam menanggani apa2 sahaja masalah yang ditimbulkan manusia. Janganlah berharap pada solusi yang dicadangkan manusia, yang mungkin diangkat dari mereka yang bukan sahaja kafir, malah berniat untuk menjatuhkan umat Islam.

Back to the basic, that is what we have to do. Berhati2lah dengan dunia yang serba bahaya di luar sana. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t. Jangan cuba nak mengarut!

Wallahualam.


~ok, ini memang mengarut, tapi lawak~

Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Friday, November 26, 2010

Untitled


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tadi ada baca blog seorang teman, katanya letih menunjukkan muka gembira sementara hatinya berkata sebaliknya. Ada teman kata Tuah nampak macam santai sahaja menghadapi masalah2 yang dihadapi, walau betapa sulit dan besarnya masalah tersebut.

Adakalanya Tuah jawab balik dengan mengatakan buat apa nak buat muka sedih atau tunjukkan kesedihan kita pada orang lain? Bukan ada faedahnya, malah tidak bagus untuk orang lain. Apabila orang lihat kita bergembira tatkala dia berada dalam kesusahan, pasti akan sedikit menceriakan hatinya.

Tapi itu semua kata orang atau kata Tuah semata2. Realitinya tidak semudah itu.

Tuah sudah melatih diri sejak kecil lagi untuk tidak mengambil peduli dengan diri sendiri, samada dari segi mental mahupun fizikan, emosi dan perasaan. Apa yang berlaku telah berlaku, yang terjadi telahpun terjadi. Semuanya tinggal sejarah, jangan ambil kisah, dan jangan diulangi jika perlu.

Tidak perlu diulang2 fikir atau berkata2 mengenainya. Yang penting, tidak mengganggu orang lain, tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Walau kadang2 rasa kasihan pada hati yang pedih diperlakukan sedemikian, namun hidup perlu diteruskan untuk mencapai mimpi di masa hadapan.

Tidak pernah terfikir untuk menceritakan masalah kepada keluarga mahupun kawan2, lebih2 lagi Tuah sort of counselor kepada teman2. Tapi, hakikatnya diri sendiri yang tehempap dengan banyak masalah orang lain, ketika masalah diri bertimbun2 lagi.

Walau bagaimanapun, hidup tidak selalunya indah. Dan hidup yang tidak mengandungi masalah merupakan hidup yang tidak menyeronokkan dan membosankan. Setuju? Atau setuju untuk tidak setuju?

Wallahualam.
 
 ~macam best je live action movie Pokemon ni~

 p/s:
1)kalau ada isteri mungkin Tuah akan mula kongsi masalah dengan orang lain, iaitu dengan si isteri. Atau dengan awek pun boleh? Haha
2)ada yang suruh Tuah kongsikan masalah Tuah dengan pembaca blog ini, tapi Tuah tidak mahu membebankan para pembaca sekalian dengan masalah2 Tuah. Kerana mereka juga pastinya punya masalah masing2
3)semoga kita semua berada dalam perlindungandan rahmat Allah s.w.t



Sincerely by,





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, November 22, 2010

Kisah Anak Yatim Piatu Kegilaan Ramai


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Bayangkan...

Lahir sebagai yatim piatu, tidak pernah melihat wajah ibu bapa walau dalam gambar. Pastinya tidak pernah terbayang bagaimanakah rupa keduanya. Apatah lagi memori bahagia bersama.

Sejak kecil hidup bersama ibu saudara, yang mempunyai suami yang bukan sahaja membenci malah membiarkannya dibuli oleh sepupu yang pemanas dan kawan2nya yang merupakan pak turut. Di anak tirikan bukan sahaja dalam rumah malah dalam lingkungan sosial sekitarnya.

Sebagai anak tunggal dan ibunya pula dibenci oleh saudara mara, dia langsung tidak mengetahui sejarah hidup ibu bapanya dahulu. Siapakah mereka dan apa pekerjaan mereka. Malahan, sebab kematian ibu bapanya juga bukanlah seperti yang diceritakan oleh ibu saudaranya.

Namun, semuanya berubah pada suatu hari. Bermula dengan sepucuk surat sehingga beratus malah beribu2 surat yang diterima dihantar langsung untuknya. Setelah dirampas oleh bapa saudaranya semua surat2 tersebut, seorang utusan dihantar untuk memastikan dia membaca isi surat tersebut.

Betapa terkejutnya dia apabila mengetahui siapa dirinya, begitu juga kedua ibu bapanya. Setelah bertengkar antara utusan tadi dan ibu saudaranya, barulah ibu saudaranya mengesahkan segalanya, termasuk tragedi pembunuhan ibu bapanya dan nasibnya yang terselamat dari tragedi tersebut.

Pada akhirnya, dia dijemput untuk mendaftarkan diri ke sekolah yang diciptakan khas untuk dirinya, dia telah bersiap sedia. Walau ditentang hebat oleh ibu dan bapa saudarnya, dia tetap pergi untuk hidup bersama dengan orang2 yang khas sepertinya.

Setelah lima tahun bersekolah di sana dan pulang tiap kali cuti sekolah, dia kini sudah mempunyai reputasi sebagai wira bagi rakan2 dan mereka yang berasal dari dunianya. Namun, ada juga pihak yang jahat yang menganggap dia sebagai halangan untuk mereka mencapai tujuan jahat mereka.

Berbagai rancangan telah dijalankan sejak tahun pertama dia bersekolah di sana untuk menghancurkannya. Suatu kelompok yang diketuai oleh seorang yang paling ditakuti oleh masyarakat di dunianya telah berkali mencuba untuk membunuhnya.

Tetapi, berkat nasib dan bantuan dari kedua orang teman rapatnya, dan teman2 sekolahnya serta seluruh masyarakat sekitarnya, segala usaha jahat tersebut dapat dipunahkan. Setelah bertahun2 menjadi wira bagi mereka, kini akhirnya dia perlu membuktikan kehebatan dirinya.

Setelah pelindungnya yang amat hebat akhirnya mati untuk melaksanakan misi utama mereka, dia kini hanya boleh mengharapkan kedua orang temannya sebagai pendamping bersama2 dalam usaha untuk menjatuhkan kekuasaan musuh utamanya dan masyarakat dunia.

Pelbagai cubaan dan halangan bakal dihadapi mereka dalam melangsaikan misi tersebut. Banyak rencana yang telah dirancang, tetapi semuanya mesti dirahsiakan oleh mereka bertiga walau kepada ibu bapa, keluarga dan teman2.

Okey, sudah boleh berhenti bayangan anda tadi.

Begitulah serba sedikit cerita latar belakang mengenai kisah seorang remaja yang diminati ramai, dari kelompok kanak2, remaja, dan dewasa di seluruh dunia. Remaja yang diberi julukan The Choosen One ini tidak lain adalah Harry James Potter.

Tuah mula menonton filem pertamanya ketika cuti sekolah selepas PMR. Setelah tamat menonton filem keempat, Tuah terus mencari novelnya pula. Dibaca langsung dari yang pertama sehingga yang ke lima. Kerana yang keenam dan ketujuh belum diterbitkan lagi.

Mula meminati siri ini setelah mendengar serba sedikit ceritanya dari abang Tuah ketika berkebun bunga di rumah. Kerana bunyi filemnya macam seronok, maka Tuah mulalah bergelumang dalam dunia magik si Harry Potter.

Malam ini Tuah akan menonton filem ketujuhnya di panggung wayang gambar (PAWAGAM). Walau sedikit terlambat (2 minggu lambat, sedikit apanya!), tapi tidak ada bezanya dengan apa yang dilihat oleh mereka yang telah menontonnya lebih awal.

Sedih juga mahu menonton bahagian pertama filem yang diadaptasi dari novel ketujuh atau terakhirnya ini sebab setelah tamat bahagian kedua nanti maka tiada lagi cerita mengenai Harry Potter lagi, legasinya dan dunianya akan tamat di sini.

Tapi, hidup mesti diteruskan. Semoga ada lagi novel yang setanding atau lebih baik lagi dari siri ini. Tidak kisahlah dari mana asalnya atau bahasanya. Yang penting kualitinya bagus dan tidak menyesatkan minda pembacanya.

Wallahualam.


~suka tengok iklan ni, lagu dia best~

p/s:
1) wah, ini post pertama Tuah sejak berhenti sementara mengisi blog ini, 14 minggu yang lalu
1) banyak post yang Tuah buat sepanjang 14 minggu ini tapi berhenti sekerat jalan, tiada mood dan semangat untuk ditamatkan. Mungkin sebab kecewa sangat kot
2) banyak yang minta Tuah update blog ini, tapi Tuah rasa macam nak tutp sahaja. Buka yang baru, yang lebih emosi serta berhati dan perasaan
3) banyak yang berlaku pada Tuah sepanjang 14 minggu ini. Kalau ada masa akan diceritakan sedikit di sini, kalau Tuah sudi



Sincerely by,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.