Monday, May 31, 2010

Kenangan Terindah 3

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Empat hari lepas 27 Mei, bersamaan dengan hari lahir adinda Tuah, Syuhada namanya (Chu nama manja). Maka dengan ini, Tuah nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke-12 buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Juga semoga cemerlang dalam UPSR September nanti. Amin. You can do it, I know you can. Mungkin Tuah boleh bagi last minute talk to you before exam nanti. Moga2.

*********************************************************************************************************

(sambungan dari sini...)

 Biasanya dan di mana2, sekolah yang majmuk atau multiracial yang hebat dalam PBSM ni. Tapi, di peringkat sekolah rendah di Melaka, sekolah Tuah yang majoritinya Melayu mendominasi. Dan 2 kali Tuah menjadi ketua kontijen ini. Masa darjah 5, menjadi ketua bagi kontinjen B, darjah 6 kontinjen A.

Dua bulan sebelum perkhemahan sewaktu darjah 5, kami dipanggil oleh guru penasihat untuk diberi taklimat. Yang peliknya, masa tersebut dipertengahan ujian. Tiba2, cikgu masuk dan umumkan, “siapa yang namanya disebut, selepas tamat menjawab semua soalan, sila bergerak ke dewan segera.” Dan, macam yang dijangka nama Tuah disebut.

Ditengah2 ujian, Tuah dan mereka yang juga dalam bilik ujian yang sama dengan Tuah meluru bergerak ke dewan, seronok sangat agaknya. Maklumlah, tahun sebelumnya Tuah tidak disertakan dalam kontinjen, kerana tidak menghadiri pemilihan, kerana demam pada hari tersebut, kalau tidak silap.

Setibanya di dewan, kami dipecah kepada 2 kumpulan mengikut nama yang disebut, tetapi kali ini, nama Tuah dan kawan Tuah, Ahnaf tidak disebut. Kerana, kami berdua sahaja yang perlu menjalani pemilihan. Aduh, sedihnya. Tapi, tidak mengapalah, cuba yang terbaik.

Cikgu Zaleha, guru penasihat kami menerangkan yang kami calon untuk mengetuai kontinjen B. Dan yang tidak terpilih menyertai kontinjen A, bukan sebagai ketua, kerana sudah ada ketuanya. Maka, cikgu suruh kami pilih yang mana satu. Setelah berbincang, kami berdua putuskan mahu melalui proses pemilihan, yang terbaik menjadi ketua.

Bermacam ujian yang kami hadapi. Antaranya, ujian memasang khemah, ujian memasak, ujian berkawad, dan akhir sekali ujian suara untuk menjadi komanden skuad kawad. Semua ujian itu penting kerana di perkhemahan memang ada pertandingan2 tersebut, bezanya disertai satu kumpulan, 7 orang ahli. Akhirnya, keputusan diumumkan seminggu kemudian.

Seperti biasa, Tuah yang terpilih. Memang kurang seronok kalau menjadi kontinjen B, tetapi, menjadi ketua kontinjen B akan membolehkan Tuah menjadi ketua kontinjen A tahun hadapan. Setelah beminggu2 berlatih kawad dan sebagainya, kami pun pergi meyertai perkhemahan tadi.

Yang bestnya, ada seorang ahli dalam kontinjen B yang Tuah minat. Ahha, ni yang tidak mahu cerita ni. Adoiyai! Ok, nanti sahajalah Tuah cerita.

Kontinjen B hanya memperoleh saguhati, dan kontinjen A menjadi juara keseluruhan. Tapi, kami menang kategori kawad. Masa darjah 6, Tuah jadi ketua kontinjen A secara automatik. Dan budak tadi pun ahli kontinjen A, bersama Ahnaf dan 4 orang yang lain. Masa inilah berlangsungnya kenangan terindah Tuah. Nak cerita sikit pasal dia.

Dia merupakan rakan sekelas sejak darjah 4, darjah 3 baru dia masuk sekolah Tuah ini. Darjah 5 baru kami agak rapat, bermula semasa latihan2 sebelum ke perkhemahan ini. Tapi, Tuah buat tidak kisah kat dia. Tapi, masa darjah 6, sebab hampir setiap hari perlu berhubungan dengan dia dengan kerapnya, maka Tuah luahkan juga kat dia.

Masa itu malam kedua perkhemahan. Esoknya kami pulang ke sekolah. Malam itu ada campfire, kumpul semua peserta. Tuah cuba untuk duduk sebelah dia. Mula2 kami berbual pasal perkhemahan, lama2 Tuah cerita juga pasal ‘tadi’. Aduh, seganlah nak cerita! Maklumlah masih kecil lagi.

Yang menjadi kenangan indahnya ialah pada esok harinya. Pada malam itu selepas Tuah cerita segalanya pada dia, dia diam membisu dan terus menjauhi Tuah, mungkin tidak tahu mahu berkata apa. Tuah pun malu berlapis2 dan risau kalau dia ceritakan pada kawan2 yang lain, pasti Tuah di’bahan’ di sekolah nanti.

Esoknya, hari terakhir perkhemahan. Sewaktu majlis penutup, kontinjen A diumumkan sebagai juara keseluruhan, maka Tuah ke pentas untuk mengambil hadiah dan piala pusingan. Beberapa saat selepas Tuah turun dari pentas, nama Tuah diumukan, sebagai peserta terbaik, kategori yang pertama kalinya diwujudkan. Sekali lagi Tuah naik ke pentas.

Seronok bukan kepalang masa itu, bukan sahaja menjadi juara keseluruhan dan menjadi peserta terbaik, tetapi kerana sebelum kami bertolak pulang ke sekolah, dia yang tadi menyatakan hasrat hati yang juga telah lama meminati Tuah. Buat pengetauan anda, dia menjadi tumpuan ramai sewaktu darjah 6, dengan kecantikan dan kepandaiannya. Hehe.

Kami bersama sehingga tingkatan 4 sahaja. Kerana, dia minta putus disebabkan mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana akan menghadapi SPM pada tahun berikutnya. Tuah pun tidak kisah pada masa itu, kerana telah pun tawar hati padanya. Makumlah, jarang berjumpa dan berhubungan. Masing2 duduk berjauhan kerana tinggal di sekolah berasrama yang berjauhan.

Kesimpulannya, Tuah suka sangat cerita yang pertama, kerana perkara yang berlaku telah mengubah Tuah dari pelajar yang tidak berdisiplin kepada yang berdisiplin. Tuah juga terpilih sebagai calon ketua pengawas, tapi tidak terpilih pada akhirnya, maklumlah tidak cukup berdisiplin. Yang terpilih adalah Ahnaf tadi.

Cerita yang kedua, Tuah kurang suka, sebab malu pada diri sendiri, kecil2 lagi dah tahu nak bercinta. Sekarang bila tengok budak2 sekolah bercinta sakan di pasar2 raya, Tuah akan tegur dan nasihat mereka. Tuah dulu tiada yang nasihat, ahli keluarga Tuah pun tidak tahu. Kawan2 pun tidak boleh harap.

Akhir kata, mungkin setakat ini sahaja cerita kenangan terindah Tuah. Untuk sekolah menengah banyak sangatlah, malas nak cerita. Jangan kecewa pula, teruskan melawat blog ini kerana banyak lagi cerita2 dan perkara yang Tuah akan utarakan dalam blog ini.

Wallahualam.

~George Carlin on Saving Planet,
make sense,
but only to an idiot~

p/s:
1) ini memang yang terakhir, post terakhir before exam
2) the new one after exam, maybe on 25th May!
3) final exam is only next week, 3 'brutal' weeks, pray your me and my friend, ok?



Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

2 comments:

  1. mantap..mantap..dari kecik dah berwibawa..proud to be one of your friends..yeahh~~

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!