Friday, April 23, 2010

Ikut Iman Barulah Aman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

 Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja Tuah buang semua barang2 yang ber’lambang’ Yahudi di rumah. Tidak mengira mahal atau tidak harga barang itu, seperti laptop yang menggunakan processor Intel Inside sehinggalah handphone Nokia Tuah ini. Tapi, kalau ikutkan hatilah.

Orang kata, ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut iman barulah aman. Jadi, disebabkan nak aman ikut imanlah Tuah.

**************************************************************************************************************************

Banyak benda yang berlaku ke atas Tuah dalam 12 hari Tuah tidak buat post baru. Masa yang dibazirkan dengan benda2 yang kurang penting lebih Tuah utamakan dari menulis post ini. Perlu ke diceritakan di sini? Nanti sudah seperti blog-diari seperti yang ramai buat, terutamanya perempuan.

Tapi, atas dasar kasihan kepada kipas-susah-mati (die hard fans)Tuah yang mahu juga tahu apa yang berlaku ke atas Tuah, maka secara ringkas Tuah akan cerita, hehe. Ceritanya begini.

Bermula 12 April lepas kami pelajar tahun 2 FKUP (Fakultas Kedokteran (FK) Universitas Padjajaran (UnPad)) telah melangkah ke system baru iaitu Hemato-Immunology-System (HIS). System ini di antara yang susah sepanjang belajar di fakulti ini, bagi kami. Moga2 kami semua dapat memberi kensentrasi yang tinggi sepanjang belajar system ini.

Sempena masuk sistem baru, kami juga dipecahkan kepada kelompok baru. Tuah diberi kelompok E1, kelompok pertama bagi pelajar2 Malaysia. Yang terbaiknya dalam kelompok ini ialah semua ahlinya perempuan, termasuk Tuah (lelaki sejati) ada 11 orang semuanya.

Tutorial pertama memang agak suram bagi Tuah kerana perlu ‘masuk’ dengan telatah dan cerita2 mereka. Mula2 memang Tuah agak senyap, tetapi tutorial kedua dah mula bersuara. Tutorial ketiga sudah mula bising, hehe. Semoga kami aman dan sentosa hendaknya sebagai satu kelompok hingga akhir nanti.

Sejak Khamis lepas sehingga hari ini Tuah menyibukkan diri bersiap siaga untuk menghadapi kejohanan badminton sempena Olimphiart 2010 yang sedang berlangsung. Empat hari berlatih badminton, sehari kemudian ke gymnasium, esoknya berlatih lagi, dan bertanding hari rabu malam.

Semalam selepas kecewa kerana kekalahan yang tidak sepatutnya berlaku Tuah ke gym lagi. Malam tadi berlatih badminton untuk bertanding esok. Moga2, berkat usaha dan doa yang Tuah panjatkan ke hadrat Ilahi Tuah akan menaang esok, beregu badminton, amin. Doakan kami ye.

Tapi, Sabtu lepas Tuah pergi ke satu program bertajuk Care For Palestin di kampus, anjuran Dewan Kebajikan Masjid Asy-Syifa’ FK (Asy-Syifa’). Masuk2 je ke dewan tempat berlangsungnya program hanya Tuah seorang sahaja pelajar Malaysia yang datang. Tidak tahu mana pergi yang lain.

Dengan t-shirt berkolar dan seluar jeans semua yang hadir tengok Tuah dari atas sampai ke bawah, macam pelik sahaja. Maklumlah, program Palestin, mungkin pakaian formalnya baju melayu dan seluar slact. Tapi, apa masalahnya dengan jeans? Bukan haram pun memakainya. Apa yang tidak kenanya dengan majlis tersebut?

Sejak 2 minggu ini juga Tuah telah memberhentikan segala usaha memuat turun movie, lagu dan tv series. Tuah dah kata mahu berubah, mahu bersama menaikkan semula nama Islam, maka hiburan yang melalaikan Tuah buang jauh2. Permainan game pula yang Tuah ceburi, harap2 tidak berlebihan pula.

Dalam 2 minggu ini juga kecoh di Malaysia mengenai APCO, sebuah syarikat konsultan yang memberi konsultansi mengenai perhubungan awam, termasuk juga kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (DSN). Banyak juga yang dibayar kerajaan kepada APCO ni untuk konsultansi mereka.

Yang kecohnya, pembangkang mengatakan kerajaan kini bersekongkol dengan Zionis Israel membunuh rakyat Palestin dengan menggunakan khidmat APCO ini, yang katanya milik Yahudi. Yang peliknya, kenapa Facebook yang terang2 pengasas dan pemiliknya Yahudi mereka masih gunakan tetapi APCO mereka tidak mahu guna? Apa bezanya ek? Tolong terangkan.

Cari punya cari Tuah jumpa kaitan pengasas APCO ini dengan Israel. Margery Kraus, seorang ahli jawatan kuasa yang membentuk Teuza Fund, suatu pertubuhan untuk bidang berteknologi tinggi dalam hal kesihatan, bioteknologi, komunikasi dan software untuk Israel.

Memang dia ini orang Amerika dan asal sana tapi dia terlibat secara langsung dalam pembinaan negara Israel. Tuah jumpa info tersebut di sini http://www.apcoworldwide.com, http://www.eurasia.org dan http://www.teuzafund.com/. Jadi, apa komen anda wahai penyokong kerajaan?

Facebook memang Tuah tidak jumpa apa2 yang boleh mengaitkan pengasanya dengan Israel melainkan dia seorang Yahudi tulin yang mengamalkan ajaran Judaisme. Tidak jatuh hukum haram berurus niaga dengan orang seperti ini, Cuma kalian jangan dilalaikan dengan Facebook sudahlah.

InsyaAllah, dalam 44 hari lagi Tuah akan menduduki peperiksaan akhir semester 4, tahun ke-2 sebagai pelajar FKUP. Semoga Tuah sudah bersedia untuk mengahadapi peperangan tersebut. Jom mula sibukkan diri dengan belajar untuk final tersebut sekarang kawan2 FKUP ku!

Akhir kata, 2 minggu ini banyak benda berlaku. Bukan banyaknya yang penting tetapi betapa kita mengahargai segala yang berlaku, betapa peratus kebaikan yang kita lakukan dalam segala aktiviti yang kita lakukan sepanjang masa tersebut. Dan berapa banyak pula tindak balas yang baik yang berlaku ke atas kita sepanjang masa berlangsungnya benda2 tersbut.

Wallahualam.

 ~Comel betul budak ni joget, Amin boleh buat ke?~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!