Sunday, February 28, 2010

Sahaja Aku Jatuh Sakit...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tuah sedang berehat sebentar dari ulangkaji pelajaran hujung minggu ini iaitu pasal gigi. Dah rasa macam dokter gigi pula sekarang. Letih kepala otak ini berfikir sejak tengahari tadi sampai tengah malam ni. Take a break, have a KitKat. Tapi, tiada KitKat pula, aiscream sahajalah.

********************************************************************************************************************

Sekarang ini tengah musim orang sakit di Jatinangor. Macam2 sakit ada; demam, selsema, pening kepala, batuk2, asma, diarrhea pun ada. Tuah baru sihat ni sejak demam selsema dan batuk2 sejak seminggu lepas. Tidak pasti sudah sembuh sepenuhnya atau belum. Makan panadol sahaja, malas nak ‘ziarah’ hospital kerana sendiri yang sakit.

Sebut pasal ziarah dan sakit ni, ada seorang kawan Tuah, perempuan, medic student juga yang Tuah ziarah minggu lepas. Sudah seminggu dia terlantar di hospital, baru pagi tadi Tuah pergi ziarah. Sakitnya, ‘metabolic ketoacidosis’. Dia seorang patient Diabetes Melitus type 1 rasanya. So, memang senang untuk dia men’dapat’kan penyakit ini.

Kalau nak diambil contoh orang yang sabar dalam menahan sakit ni Tuah rasa yang terbaik adalah Nabi Yaakub a.s.. Seperti yang anda pernah dengar atau tahu dan terlupakan, ujian pada baginda bukan setakat ujian sakit tubuh badan tetapi ditambah dengan ujian lain seperti kehilangan anak dan harta benda. Malah, baginda diuji dengan ditinggalkan isteri tersayang. Begini ceritanya, yang Tuah ingatlah.

Pada mulanya Iblis laknatullah  pergi menghadap Allah s.w.t. lalu berkata, “Ya Allah, aku ingin memohon keizinanmu untuk menguji hambamu Yaakub. Aku begitu cemburu dengan ketaatannya dalam beribadah kepada-Mu.” Lalu  Allah berfirman, “kau tidak akan mampu menganggu ketaatannya kepada aku kerana keimanannya kepada-Ku yang sangat kuat. “ Namun Allah izinkan juga.

Kemudian, iblis meminta, “aku merasakan jika anak2nya mati maka keimanannya akan luntur, ketaatannya kepada-Mu akan hilang.” Lalu, pada suatu hari, ketika Nabi Yaakub dan isterinya tiada di rumah maka iblis meruntuhkan rumah baginda yang di dalamnya terdapat anak2 baginda. Maka, matilah mereka semua. Namun, keimanan dan ketaatan baginda tidak berubah sedikit pun.

Iblis yang sangat marah mencadangkan kepada Allah, “mungkin kalau tanam2annya diambil, maka keimanan dan ketaatannya kepada-Mu akan luntur.” Pada suatu hari, bekalan air hanya untuk tanaman baginda terputus. Setelah beberapa hari semua tanaman baginda mati. Tetapi, hal ini langsung tidak mengganggu keimanan dan ketaatan baginda kepada Allah.

Iblis yang semakin marah mencadangkan kepada Allah agar, “jika kesihatan diambil darinya, maka dia akan berhenti dari melakukan ibadah kepada-Mu.” Maka, baginda nabi ditimpa suatu penyakit kulit iaitu penyakit kusta. Justeru, masyarakat semua meminggirkan baginda kerana memikirkan bahawa penyakit baginda itu boleh merebak kepada orang lain.

Namun, isteri baginda yang taat pada suaminya tetap sabar bersama baginda, menjaga dan merawat penyakit baginda itu. Hal ini bukan sahaja menambahkan keimanan dan ketaatan baginda kepada Allah, tetapi menambahkan rasa syukur baginda kepada-Nya. Baginda bersabda, “nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada aku sebelum ini begitu banyak sehingga tidak mampu untuk aku tidak tunduk dan patuh kepada-Nya.”

Iblis yang tidak tertahan lagi marahnya it uterus mencadangkan kepada Allah, “jika tiada siapa yang menjaga dan merawatnya, maka pasti ketaatannya pada-Mu akan luntur.” Maka, setelah berjaya memujuk isteri baginda, maka ditinggalkan oleh isteri baginda nabi terus tekun mensyukuri dan mantaati perintah Allah. Namun, sebelum diizinkan pergi, nabi a.s. ada berjanji bahawa jika isterinya mahu kembali kepadanya nanti, akan baginda sebat 100 kali.

Dengan ketaatan dan kesyukuran nabi pada nikmat Allah ini maka tertewaslah Iblis laknatullah dan menjauhlah dia dari menyakiti baginda nabi lagi. Allah yang begitu menyayangi hambanya ini dengan segera memulangkan semua nikmat pernah dikurniakan-Nya sebeblum ini kepada baginda nabi satu persatu.

Bermula dengan nikmat sihat, diikuti dengan nikmat tanaman baginda yang tumbuh sihat dan semakin menjadi2 serta rumah yang lebih besar dan indah dari sebelumnya. Setelah kembali menjadi seorang yang kaya maka berita kesihatan baginda nabi sampai ke pengetahuan isteri baginda dan dia mahu pulang ke pangkuan nabi.

Baginda turut bergembira dengan kembalinya isteri tercinta. Akan tetapi, janji baginda sebelum ini perlu ditepati. Lalu, baginda mengambil 100 helai rumput dan disebatnya isteri baginda itu sekali. Maka, mereka berdua turut dikurniakan anak2 seperti mana sebelum ini.

Pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini yang pertama ialah walau apa pun ujian, dugaan, derita dan kesakitan yang melanda jangan sekali2 kita kufur dengan nikmat Allah dan berhenti dari mentaati perintah-Nya.

Pengajaran kedua, iblis itu adalah musuh yang nyata bagi kita umat manusia, maka berhatilah2 dalam menghadapi dugaannya. Janganlah sekali2 kita terpengaruh dengan godaan dan pujuk rayunya. Mintalah perlindungan Allah dari terpengaruh dengannya.

Pengajaran ketiga, jangan sekali2 kita memungkiri janji walau sesukar manapun kita berjanji. Dan, jangalah dengan mudah membuat janji jika tidak pasti yang kita boleh menunaikannya atau tidak. Sesungguhnya, cirri seorang munafiq itu ialah apabila berjanji dia memungkirinya.

Pengajaran keempat, pasangan hidup, kaum keluarga, rakan dan taulan itu datang dan pergi. Janganlah terlalu menaruh harapan yang tinggi kepadanya. Namun, Allah tetap berada di samping orang yang bersabar. Maka, selalu2lah mengingati-Nya.

Akhir kata, nasihat Tuah buat semua, jangan berdoa meminta kehidupan yang mudah, tetapi berdoalah menjadi orang yang kuat dalam hidup. Jangan berdoa memohon tugas yang yang sebanding dengan kemampuan, tetapi berdoalah memohon kekuatan yang sebanding tugas2 itu.

~orang miskin juga sakit,
orang sakit juga perlu perubatan,
orang miskin juga perlu pembelaan~

Wallahualam.

p/s:
1)    Kawan yang sakit di rumah sakit dah makin pulih, semoga dapat segera kembali ke kelas.
2)    Esok dah mac, lagi sebulan lagi midsem exam, banyak lagi perlu dipelajari untuk Dermatomusculoskeletal system ini.
3)    Baca kes adik Syafiah yang dibunih kejam kekasih ibunya membuatkan diri tertanya2 apakah ramai lagi mereka yang seperti lelaki zalim itu di luar sana, bukan melindungi kaum tetapi menzalimi mereka yang lemah. Apa nak jadi dengan umat sekarang.
4)    Salam maulidurrasul buat semua! Apa yang anda akan katakan jika berpeluang bertemu nabi sekarang?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, February 18, 2010

Tuah Nak Kahwin Dengan...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hari ini bertarikh 18 Februari, bersamaan dengan hari lahir adik Tuah, Sharifah Raudhah. Maka dengan ini, Tuah nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-** buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Amin.

****************************************************************************************************************

Berbalik kepada tajuk post ni, sudah lama Tuah simpan post ini untuk diterbitkan sempena post yang ke-100. Segan rasanya nak terbitkan post ini. Sebab lain ialah kerana Tuah tidak pasti yang Tuah sudah bersedia atau belum untuk berkongsi hal peribadi dengan orang lain.

Sebelum ini Tuah tidak pernah berkongsi cerita atau masalah dengan orang lain, walau dengan abah ummi Tuah. Kalau setakat adik-beradik dan kawan lagilah tiada harapan. Tapi, apabila Tuah tekan button ‘publish’ ini maka Tuah telah melakukan sejarah peribadi, suatu perubahan yang tidak dapat Tuah pastikan bagus untuk Tuah atau tidak.

Jadi, post kali ini bukanlah mengenai undangan walimatul urus perkahwinan Tuah, atau surat cinta yang pada Tuah adalah terlarang, cinta terlarang. Memang agak jiwang post ini, maka Tuah harap siapa yang tidak bersedia untuk berjiwang bersama Tuah sila tamatkan pembacaan post ini sekarang. Kerana Tuah takut ada yang termuntah di tengah pembacaan post ini nanti.

Di zaman sekolah dahulu, Tuah suka berkawan dengan teman2 yang biasanya dipanggil ‘pondan’, ‘softlan’, ‘bapuk’ atau ‘maknyah’. Bagi Tuah, ada hikmahnya Allah ciptakan ‘mereka’ ini lembut dan bersifat keperempuanan. Bagi Tuah, asalkan mereka tidak berpakaian dan dengan sengajanya berlagak seperti perempuan, mereka adalah lelaki sejati, ‘gentleman’ yang perlu dihormati.

Apa yang Tuah nak cerita ialah ada suatu masa, ‘mereka’ ini bercerita tentang ciri2 isteri idaman. Maka, masing2 keluarkan ciri2 isteri ideal mereka ini. Masa itu, hanya Tuah seorang sahaja yang tidak mengutarakannya kerana pada masa tersebut tidak pernah terlintas difikiran yang Tuah akan berkahwin pada suatu hari nanti, atau Tuah mahu kahwin atau tidak. Tapi, sekarang sudah ada keinginan untuk beristeri, beranak, dan berkeluarga.

Maka, baru sekarang Tuah ada ciri2 wanita idaman untuk dijadikan isteri. Namun, ciri2 ini bukan semata berdasarkan nafsu tapi juga berdasarkan faktor2 yang Tuah fikir penting untuk menjadikan rumahtangga Tuah kekal bahagia sehingga ke anak cucu, selagi nyawa dikandung badan, hingga hujung nyawa.

Jadi, ciri utama yang perlu ada pada wanita tersebut ialah disenangi dan menepati kehendak abah ummi Tuah. Maksudnya, kalau nak kahwin dengan Tuah, dia perlulah ber’kahwin’ dengan abah ummi Tuah dahulu. Kalau dia lepas ujian pertama ini maka ujian lain bukanlah masalah untuk dia.

Sebabnya, ciri2 lain yang Tuah cari sebagai seorang isteri adalah berdasarkan pemerhatian Tuah terhadap calon menantu yang mana menjadi pilihan hati abah ummi Tuah. Ini Tuah dapat berpandukan apa yang abah ummi Tuah pernah cakap pada anak2 dan cara mereka mendidik anak2 perempuan mereka. Ada juga ditambah dengan kehendak dan naluri Tuah sebagai seorang lelaki dewasa.

Ciri pertama yang Tuah pasti akan menyebabkan ramai yang tidak mengerti sebabnya ialah dia mesti seorang Sharifah. Bukan atas alasan sombong atau ‘memilih bulu’, tetapi atas sebab sayangkan bangsa kata abah Tuah. Yang ini Tuah tidak mahu uraikan lebih lanjut, takut jadi kontroversi. Tapi, Tuah tidak yakin pasal hal ini lagi sekarang.

Ciri kedua, dia mesti mempunyai ciri2 sebagai seorang isteri mithali. Apa ciri2 wanita sejati? Bagi Tuah wanita sejati mestilah tahu menjaga isi rumah tangga; bukan sahaja isi rumah tetapi termasuk rumah tangga. Maksudnya, kesejahteraan rumah tangga juga terletak di bahu seorang isteri. Sebagai tambahan dia mesti pandai melakukan kerja seorang suri rumah, contohnya memasak.

Selain itu, isteri mithali mestilah pandai menjaga aurat dan kehormatan diri serta keluarga. Dia juga perlu taat kepada suami, hanya jika tidak bercanggah dengan hukum syara’. Dia juga mestilah seorang ibu mithali dan anak mithali. Susah juga nak jadi isteri mithali, kan? Tapi, susah bukan bermakna mustahil.

Dan ciri yang terakhir ialah dia mestilah berpendidikan tinggi. Tidak perlulah sehingga memperoleh Master atau pHD tetapi cukup sekadar ijazah pertama. Bukan sahaja bijak dalam bekerja tetapi akan memudah proses mendidik anak2 sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Dan ciri terakhir ini begitu ditekankan oleh ummi Tuah kerana katanya, seorang isteri perlukan minda seorang yang berpelajaran untuk memastikan kemandirian pendidikan anak2.

Sebut pasal ciri2 isteri idaman ni, pasti ada yang terfikir adakah Tuah sudah berjumpa dengan wanita yang menepati semua ciri tersebut. Jawapannya kita tunggu di post akan datang sebab post ini panjang sangat. Jadi, bersambung ke post ‘Tuah Nak Kahwin Dengan…2’.

Wallahualam.

~Tuah definitely tidak akan naik pelamin~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, February 13, 2010

Tuah Seorang Syed

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

2 minggu lepas masa dalam perjalanan ke Kota Bandung menaiki bas seorang kawan Tuah ada Tanya kenapa keluarga Tuah meneruskan kelansungan penggunaan nama keluarga iaitu ‘SYED’. Katanya tidak pernah lagi dia jumpa ‘SYED’ selain Tuah seumur hidup dia untuk bertanya macam2 soalan pasal keluarga ‘SYED’.

Tuah pun tidak tahu kenapa setelah setahun setengah kenal baru hari itu dia nak tanya Tuah. Mungkin segan agaknya mahu bnertanyakan hal peribadi pada Tuah. Atau dia tidak berminat pun sebelum ini untuk bertanya. Dan setelah bercerita pasal nama yang dibanggakan dek kerana dikurniakan oleh ibubapa sendiri maka dia punya idea dan kesempatan untuk bertanya.

Macam2 dia tanya, bukan sahaja mengenai penggunaan nama keluarga sahaja. Antara soalan berkaitan ialah mana datang atau asal penggunaan nama ini, apa keturunan orang yang menggunakannya, apa peraturan yang melibatkan anggota keturunan keluarga ini dan hal yang paling biasa ditanyakan pada Tuah ialah pasal ‘SYED’ hanya kahwin dengan ‘SHARIFAH’, serta ada beberapa soalan kecil lain yang Tuah tidak ingat.

Pening jugalah Tuah nak jawab semua soalan tadi. Maklumlah, tiada buku panduan atau peraturan mengenainya. Sumber yang Tuah dapat hanyalah dari pada abah dan ummi Tuah, dan kadang2 dari pakcik makcik dan saudara2 lain, ataupun dari kawan yang juga bernama ‘SYED’. So, kalau salah jawapan Tuah ini sila betulkan pada yang berkaitan.

Jadi, soalan pertama yang ditanya ialah kenapa guna nama keluarga. Katanya zaman ini dah tidak ramai lagi yang mempertahankan penggunaan nama keluarga ni. Lagipun, sekarang ini ramai yang menggunakan nama ‘SYED” dan ‘SHARIFAH’ tetapi bukan dari keturunan ‘SYED’. Apa yang bestnya guna nama ini?

Tuah yang tengah mamai2 duduk dalam bas mengantuk ini terus segar ditanya soalan2 sebegitu. Tuah lantas memikirkan jawapan yang paling tepat untuk diberikan sebagai jawapan. Tauh kata macam ini; “yang Tuah tahu, Tuah tidak pilih nama Tuah sendiri termasuk nama ‘TUAH’ ini. Abah Tuah yang berikan, lalu didaftarkan pada surat beranak.”

Tapi, yang Tuah tahu, nama ini sebagai tanda atau marking untuk sanak saudara lain mengenali satu sama lain, sesama ‘SYED’. Kalau ada sepupu Tuah yang tidak bernama ‘SYED’ atau ‘SHARIFAH’ maka Tuah tahu yang bapanya bukan ‘SYED’ dan bukan dari keturunan keluarga ‘SYED’, dan sebaliknya. Memang ramai yang saja2 meletakkan nama anak ‘SYED’, untuk apa Tuah tidak tahu.

Bagi kami berketurunan ‘SYED’, kami gelarnya ‘SYED JUMAAT’. Kami agak kurang gemar dengan mereka2 yang seperti ini yang sepertinya cuba menipu kaum keluarga kami agar menganggap mereka sebagai satu keturunan. Biasanya kalau nak letak juga nama ‘SYED’ sebab bagus maksudnya, orang akan meletakkan nama ‘SAID’.

Tiada yang special pun dengan nama ini kalau berdasarkan kelansungan penggunannya. Tapi, dari segi maksud memang mantap, tapat ke sasaran. Maksud Tuah, mentang2 nama ‘SYED’ maksudnya pemimpin, banyak persatuan yang dianggotai Tuah diketuai oleh Tuah. Paling rendah pun timbalan. Ingatkan Tuah seorang yang kena, abang2 Tuah juga begitu.

Ada beberapa sepupu dan kawan2 Tuah juga begitu. Tidak tahu pula semuanya hanya kebetulan atau tidak. Tapi, di UnPad Tuah cuba lari dari apa2 group supaya tiada diberi jawatan2 besar lagi. Harap2 sampai habis belajar di UnPad. (EGM PKPMI dan KUBI dah dekat, cuaknya!)

Pasal asal-usul ini, ada berkaitan dengan keturunan kami. Dah memang asal usul mengenai keturunanlahkan? Tuah tidak suka cerita pada kawan2 pasal keturunan sebab takut ada yang kata Tuah berlagaklah, bangga dirilah, riaklah, ujublah, dan macam2 lagi. So, siapa yang betul2 nak tahu boleh request directly pada Tuah melalui ym, facebook atau email, anytime. Pada kawan Tuah itupun tidak diceritakan sebab tidak sempat nak cerita kerana telah tiba di destinasi, dan dia tidak lagi bertanya.

Kalau peraturan ini sedikit sahaja yang Tuah tahu. Pertama pasal wang zakat, haram bagi kami untuk menerimanya selain daripada anggota keluarga kami sendiri. Kedua, pasal kahwin, diharuskan pada kami (oleh kami sendiri, bukan berlandaskan syarak) untuk berkahwin sesama kami. Maksudnya macam ‘SYED’ dengan ‘SHARIFAH’. So, melepaslah pada yang bukan ‘SYED’ atau ‘SHARIFAH’ untuk mengahwini kami. Yang lain Tuah tidak tahu, macam tiada yang lain.

Jadi, sampai sini sahaja cerita Tuah pasal keluarga ‘SYED’ ini. Tidak berminat rasanya bercerita pasal kami ini pada orang lain yang bukan dari kalangan kami. Bukan berlagak, cuma tidak biasa. Sama juga seperti Tuah yang belajar di negara orang, tatkala bertemu orang Malaysia, seronok sangat rasanya bercerita pasal Malaysia dan yang sewaktu dengannya, kan?

Akhir kata, Allah ciptakan manusia ini dengan berbagai bangsa dan warna kulit supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain. Jangan jadikan perbezaan bangsa sebagai halangan untuk mewujudkan perpaduan di kalangan kita, rakyat Malaysia dan umat Islam. Adios amigos.

Wallahualam.
~1 Malaysia: kerajaan rakyat atau kerajaan 'langit'?~
p/s:
*happy valentine's day pada non-muslim, yang muslim jangan nak loghat nak sambut juga




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, February 10, 2010

Kisah 3 Stooges

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Amaran sebelum baca: kalau anda fikir anda terkena, yakinlah bahawa Tuah tidak bercerita pasal anda, tapi orang lain yang mirip seperti anda. Ambil ikhtibar darinya.

Post ini bukanlah post mengumpat atau untuk melepas geram tetapi sekadar kisah tauladan buat anda semua.

Tuah ada 3 orang kawan. Seorang ini pendek dan kecil. Memang kalau bab tidak cukup berat badan untuk derma darah atau kes orang2 kerdil ini memang dia sahaja ‘bahan’ kutukannya.

Seorang lagi, ada masalah pada fizikalnya. Dari segi gayanya nampak macam orang sudah berumur. Memang kalau anda jumpa dia buat pertama kalinya memang anda akan panggilnya pakcik, padahal umurnya baru mencecah awal 20-an.

Dan yang seorang lagi, tiada masalah fizikal, tapi masalah mentalnya. Dia seorang yang lembap, bukan sedikit lembapnya. Bukan tidak pandai atau cerdik, tetapi dalam bertindak dia agak lambat. Dan semua orang yang pernah bekerja dengannya akan makan hati melihat ke’tenangan’nya membuat tugasan.

Nak dijadikan cerita, 3 orang ini berkawan baik. Yang pertama dan kedua ini dating dari IPT yang sama, kenal masa di sana. Yang kedua dan ketiga ini pula satu sekolah. Lalu yang pertama dan ketiga kenal sebab kedua2nya berkawan dengan yang kedua tadi.

Dalam tempoh setahun lebih, ketiga mereka ini agak rapat, macam couple dah, cuma untuk kes mereka ini triple lah. Makan bersama, buat kerja bersama, bermain game bersama, tengok wayang bersama, keluar bersama dan macam2 lagi bersama. Memang macam couple mereka bertiga ini.

Seperti yang Tuah cakap tadi, masalah yang kedua ini pada fizikalnya, yang ketiga ini pada kelembapannya. Dua orang kawan ini selalulah jadi ‘bahan’ kawan2. Tetapi tidak pada yang pertama. Sebagai kawan baik, mereka bertiga tidak pernah mengutuk sesama kawan baik.

Namun, lama kelamaan, mungkin kerana terbiasa dengan kutukan kawan2 lain, maka yang pertama ada kutuk yang kedua dan ketiga. Yang kedua kutuk yang ketiga. Begitu juga sebaliknya pada yang ketiga. Tapi, mereka hanya kutuk belakang sahaja, mahu menjaga hati kawan baik agaknya.

Yang Tuah tidak tahan dan kesian ialah mereka ini saling buat sesuatu bersama sambil memikirkan yang kawan baik mereka ini baik pada mereka dan akan ’back up’ mereka ketika dikutuk orang lain. Malangnya, apabila seorang dikutuk, yang2 lagi hanya senyap atau mentertawakan kembali kawan mereka itu. Sungguh sadis Tuah tengok situasi tersebut.

Di sebalik cerita ini, ada 3 benda yang Tuah tidak faham. Pertama, bagaimana ketiga2 kawan ini boleh bertahan dengan kawan masing2 setelah berkawan agak lama. Kalau Tuah lama sudah angkat kaki.

Kedua, bagaimana kawan baik boleh makan kawan baiknya sendiri. Kawan makan kawan. Memanglah agak ringan pada orang lain tapi pada Tuah benda ini agak serius kerana melibatkan maruah, hati dan perasaaans seseorang.

Ketiga, walau dikutuk kawan baik atau di’makan’ hidup2 oleh kawan baik, mereka tetap setia bersama tidak kira apa juga halangan yang menimpa. Memang special hubungan mereka ini.

Sekali lagi, ingin Tuah tegaskan di sini, cerita ini tiada kaitan dengan anda atau orang di sekitar anda. Cerita ini hanya berlaku pada kawan Tuah yang anda tidak kenal langsung.

Sebenarnya Tuah agak cemburu dengan kekuatan ikatan persahabatan mereka bertiga ini. Rasanya, tidak pernah Tuah punya seorang kawan baik macam mereka ini. Semuanya Cuma mampu bertahan sebentar sahaja dengan perangai Tuah ini.

Akhir kata, kalau anda terasa juga tolonglah ubah sikap anda masing2. Dan jika anda punya kawan seperti ini, tolong tegur mereka supaya jangan buat begini pada kawan baik sendiri. Sekian buat post kali ini, semoga kita berada di bawah perlindungan Allah Azzawajalla. Adios amigos.

Wallahualam.
~ni bukan 3 Stooges~

p/s: maaf pada peminat 3 Stooges, post ini bukan pasal cerita berkenaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, February 7, 2010

3R: Ready, Rela, Redha

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ready, rela, redha. Iman, ikhlas, ihsan. Tabah, sabar, istiqamah. Teguh, tetap, berterusan. Patuh, taat, setia. Aman, damai, tenteram. Baca, kira, tulis.

Kalau nak buat something mesti kena ada 3 yang pertama. Kalau tidak bersedia jangan buat, nanti mesti tidak sempurna kerjanya. Kalau sanggup baru sesuatu yang dibuat itu akan berjaya. Dan yang paling penting semasa dan setelah buat suatu pekerjaan itu perlulah redha dengan apa yang kita buat itu.

Kalau nak beramal dan menjadi soleh perlukan 3 yang kedua. Jika tidak beriman maka sia2 perbuatan baik kita di dunia. Ikhlas adalah kunci kepada kejayaan hidup di dunia yang sementara ini. Jangan buat amal kerana selain Allah. Kalau buat amal dengan ihsan maka kita dah superb dalam amal. Beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu (Al-Hadist: Bukhari #50, Muslim #9).

Apabila menghadapi ujian daripada Allah maka 3 yang ketiga ini sangat penting. Kalau kita tidak tidak tabah maka kita telah gagal dalam ujian tersebut. Jangan sekali2 mengaku kalah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Orang yang terkuat bukanlah orang yang hantar bergaduh, tetapi adalah orang yang berjaya mengawal kemarahannya. Sabar adalah sebahagian daripada iman. (Al-Hadist: Bukhari Muslim). Kunci kepada sesuatu amal yang mantap adalah istiqamah. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Jangan sekejap rajin sekejap malas.

Maksud istiqamah adalah 3 yang keempat ini. Teguh walau di timpa bermacam dugaan, dari jin mahupun manusia. Tetaplah dalam beramal, jang terlebih ataupun terkurang. Sememangnya susah untuk memastikan amal kita berterusan mantapnya. Tetapi, jangan sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah.

Sebagai seorang hamba Allah, raja seluruh alam, kita perlu 3 perkara yang kelima tersebut kepada-Nya. Dah kata hamba, semestinya perlu 3 perkara tersebut supaya tuan kita sayang atau stidaknya berlaku baik pada kita. Kalau Allah dah sayang pada kita, dunia ini berada dalam genggaman kita. Tapi, kalau nak lakukan 3 perkara ini memang terbaik punya susah, bukan mustahil.

Sebuah negara yang ada 3 perkara yang keenam ini memang idaman semua. Kalau lihat pada Malaysia rasanya agak kurang sedikit 3 perkara ini. Ditambah pula dengan kes penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik maka lebih tidak terealisasi 3 perkara ini di Malaysia. Mintak2 Allah bantu kembalikan semula 3 perkara ini ke tanah airku yang ter’chenta’.

Dan 3 perkara yang ketujuh atau terakhir ini mnejadi penanda aras bahawa anda pernah ke sekolah dan telah belajar sesuatu di sekolah. Kalau 3 perkara ini tidak mampu anda lakukan, maka sia2 sahaja anda ke sekolah selama 11 tahun. Benda ini juga menjadi suatu penanda aras oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan tahap kecemerlangan kementerian tersebut. Juga disebut 3M, jika masih ada pelajar darjah 6 yang belum menguasai 3 perkara ini maka kementerian tersebut gagal dalam menjalan urusan pendidikan negara.

Memang letih nak buat post ini. Bermula sejak 2 bulan lepas, akhirnya berjaya juga Tuah tamatkan. Bukan apa, Tuah nak bagi isinya banyak tetapi padat dan pendek supaya jadinya mantap. Namun, tidak pasti pula mantap atau tidak post ini. Biar anda yang tentukan. Munkin cuti sahaja yang menyebabkan Tuah punya masa yang banyak untuk mengkompreskan post ini.

Akhir kata, semoga kita ada ketujuh2 3 perkara yang Tuah sebut tadi. Berusahalah untuk mendapatnya selagi nyawa dikandung badan. Sekian sahaja untuk post kali ini. Adios amigos.

Wallahualam.

~ni masa acara Hartamania, Bulan Persada Melayu~

p/s: cuti dah habis, esok dah start sem 4, Dermato Musculo Skeletal System, could be my most favourite system

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, February 4, 2010

Laptop Oh Komputer Riba (Agak lucah bunyinya)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ni merupakan post pertama Tuah dengan laptop baru. Dah sampai Isnin lepas tapi hari ini baru berpeluang menaip. Maklumlah, tengah sibuk bercuti dengan masaknya, badmintonnya, movie dan tv seriesnya, novel2 Inggerisnya, dan macam2 lagi benda dibuat masa cuti ini. Cuti seminggu je, so, kalau nak buat banyak benda masa cuti kena rancang betul2.

Cerita pasal laptop ni, Tuah tukar baru sebab yang lama tu dah rosak. Rosak ‘terbaik’ jugalah. Salah sendiri sebenarnya, bukan salah laptop yang innocence tu. Begini ceritanya.

Balik dari Malaysia September lepas, yang rosak papan kekuncinya, tidak boleh taip huruf ‘p’. Tidak tahu pula kenapa, maybe ada seseorang yang buat sesuatu kat benda alah itu. So, Tuah buat tidak kisah sahaja dengan kerosakan itu, sebab sikit je rosaknya pun.

Then dalam 2 bulan lepas itu, masa nak makan tengahari, nak makan depan laptop. Tiba2, air yang dibawa dalam mug tertumpah, air putih sejuk. Memang menjerit juga Tuah pada masa itu, marah pada diri sendiri kenapa cuai sangat. Tapi, yang rosaknya Cuma beberapa huruf sahaja yang tidak boleh taip termasuklah key ‘panah’, ‘alt’, ‘ctrl dan ‘delete’. Tapi, Tuah bertahan lagi dengan laptop itu.

Dalam sebulan lepas itu, berlaku sekali lagi kejadian yang tidak diingini. Kali ini lebih teruk, ketika nak sarapan dengan jemput buatan sendiri. Sekali lagi nak makan depan laptop, Tuah bawak air nescafe penuh 1 mug. Sekali lagi air tertumpah ke atas papan kekunci.Menjerit Tuah sekali lagi pada diri sendiri kerana cuai sekali lagi.

Masa itu punya tension rasa macam nak tumbuk diri sendiri. Mana tidaknya, bukan sahaja tumpah pada papan kekunci, malah cecah speaker laptop juga. Dan hasilnya bukan sahaja semua key rosak malah semuanya tertaip dengan sendirinya. Bila buka Office Word, memang cantik hasilnya, semua huruf tertaip sendiri termasuk key ‘enter’ dan ‘backspace’. Memang ‘mantap’ kan?

Bukan itu sahaja, speaker rosak, dan yang ter’mantap’ ialah screen tak boleh buka. Bukan bluescreen tapi blackscreen terus. Memang angin satu badan masa itu. Kalau adik atau kawan yang buat tu mesti Tuah tak teragak2 untuk belasah. Malangnya Tuah yang buat sendiri, so, sabar sahaja. Even, external mouse pun tidak boleh guna dah. Nasib baik internal mouse masih boleh guna.

Lama juga Tuah termenung memikirkan apa nasib laptop tu. Nak dibuang dah tiada laptop lain. Nak dipakai screen pun tak boleh pakai. Aduhai laptop. Kesimpulannya, Tuah tutup laptop tu, langsung habiskan sarapan dan buka buku belajar. Masa itu pun dekat nak exam dah.

Tiba2 Tuah perasan hikmah disebaliknya. Memang tepat masanya laptop itu rosak, masa suntuk nak exam final. Memang Allah nak tolong Tuah untuk lebih fokus dalam mengulangkaji pelajaran. Memang Tuah ada doa pada Allah mintak bantuan untuk fokus dalam pelajaran sebab dah nak exam. Doa Tuah dikabulkan dan Tuah yang merusakkan laptop sendiri. Memang ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku.

Dalam seminggu itu memang Tuah gunakan sepenuhnya masa untuk belajar. Langsung tidak sentuh laptop. Serious! Tapi, bagi yang mengenali Tuah pasti terpegun dengan kecekalan Tuah tidak menyentuh langsung laptop untuk jangka masa yang begitu lama. Gila online macam Tuah ini memang tidak mampu berpuasa ‘laptop’ lebih dari seminggu.

Maka, Tuah buka balik laptop tersebut. Siap ada wap air pada skrin laptop tu, memang panas air nescafe tersebut. Tuah tekan button ‘on’ dan tunggu dalam 3 jam lebih screen akhirnya ter’on’, tapi cuma dalam beberapa saat, lepas itu ‘off’ balik. Tuah dah nampak dah yang laptop itu ada masa depan yang tidak begitu cerah.

Setalah cuba selama seminggu lebih akhirnya screennya dapat dibuka untuk tempoh yang agak lama. Dan macam biasa, kadang2 tertutup. Tapi, macam mana nak guna kalau semua kekunci rosak? Yang boleh guna Cuma internal mouse. Apa lagi, Tuah terpaksa guna ‘on screen keyboard’ dan control guna mouse. Memang susah pada mulanya. Namun, lama-kelamaan jadi mudah.

Tidak lama lepas itu Tuah ym dengan abang Tuah yang sulung, cerita juga pasal laptop rosak. Dia suggestkan repair tapi Tuah kata rasanya macam tidak boleh repair. Hanya longkang sahaja tempatnya. Di sebabkan hari lahir Tuah kian menjelma, so, abang Tuah nak hadiahkan laptop baru sebagai hadiah hari lahir Tuah, wuhuu!

Dan setelah menanti lebih kurang sebulan, akhirnya laptop baru ini tiba ke pangkuan. Sebab malas dah nak memanjangkan post ini, Tuah tidak akan cerita features laptop baru ini. Korang boleh search sendiri kat internet. Yang Tuah boleh bagi tahu jenisnya Samsung N130, macam jenis handphone pula bunyinya.

Dan laptop lama itu masih Tuah gunakan untuk menonton movie atau tv series sebab skrinnya besar gila gedabak. Memang puas untuk tontonan umum. Nak dibuang tidak sampai hati kerana ianya telah berjasa pada Tuah selama 1 tahun setengah. Sabar ye laptop, anda Cuma di’anaktiri’kan sahaja, tidak dibuang ke dalam longkang pun.

Sekian sahaja buat kali ini, nak rancang masak apa pula untuk esok. Adios amigos.

Wallahualam.
~yang bawah laptop lama, yang atas laptop baru,
sayang keduanya~

p/s:
1) terima kasih pada yang sudi menderma laptop baru ini pada Tuah, hehe.
2) cuti~cuti~cuti…asyik buat benda lagha sahaja kalau cuti.
3) yang balik kampong cuti ni jangan kerek pula ya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.